Tiga pasang kaki melangkah serentak, seragam dan serius. Seorang berada di barisan hadapan, sementara dua yang lain mengikuti di belakang. Semuanya mengenakan topeng, langkah mereka merentasi laluan dengan tenang dan bersahaja, tetapi aura yang gelap dan menakutkan terserlah jelas dari tubuh mereka.
Orang yang berdekatan dengan mereka memberi laluan tanpa perlu diarahkan, sambil ramai lain melarikan diri dan bersembunyi, terutama kanak-kanak yang menyorok di belakang kaki ibu dan bapa mereka. Yang lelaki mahupun perempuan. masing-masing intai dari jauh dan tempat persembunyian mereka.
Kenapa?
Sebab mereka semua tak nak mati awal.
Kerana orang di depan mereka ini boleh ragut nyawa mereka begitu sahaja!
Ya...tiga orang ini la The Grimm Reaper.
Ketua mereka adalah Si Beruang, di sebelah kanan yang kuat dan tanpa belas kasihan, Si Kucing. Yang ketiga, individu yang senyap dan tenang, Si Musang. Tiga ini adalah anggota terkuat di Istana dan dipercayai oleh Raja serta pemerintah negara. Selama 15 tahun, mereka telah menjaga keamanan tempat ini.
"Apa yang kalian lakukan?" tegur Si Kucing ketika berdiri di depan kedai tembikar. Dia mengetuk pedang yang bersarung pada bahu sebaik berhenti di hadapan mereka. Cora dan Makcik Jen segera menundukkan kepala mereka, takut.
Tapi tidak semua orang merasa tidak aman dengan kehadiran mereka. Edith, yang masih di atas jalan, bangkit dengan kesakitan akibat serpihan tembikar yang ada di situ. "Lelaki ini cuba membuat kecoh setelah anak Makcik Jen berhutang dengan mereka...." beritahu Edith, menghadap Si Kucing.
Si Beruang muncul dan berdiri di depan lelaki yang berlutut, tercekik oleh tali ajaibnya. "Asalnya dari mana?" tanya Si Beruang, lelaki yang paling tenang.
Edith mengepalkan tangannya dengan kesal melihat aksi lelaki botak yang mencuba menyakiti dia tadi. "Tak tahu. Lelaki ini cuba membuat kacau setelah anak Makcik Jen berhutang dengan mereka..." beritahu Edith setelah berdiri dan menghadap Si Kucing. Lelaki lampai yang tidak diketahui nama sebenar dan apa identitinya. Menurut khabar angin setiap mereka ini mempunyai rupa paras yang kacak. Tetapi mematikan.
Si botak tidak dapat menjawab kerana tercekik, matanya mula merah dan air mata mengalir dari matanya. Si Beruang mengeratkan kepalan tangan dengan soalannya tidak dijawab. Si botak berhenti bergerak dan tumbang ke jalan dalam keadaan tidak bernyawa.
Edith menahan nafas tatkala lelaki botak itu tumbang di depan kaki tidak bernafas lagi. Bersama riak tidak percayanya kepalany dipalingkan ke arah Si Beruang dengan mata terbeliak.
"Perlu ke?"soalnya begitu tak percaya.
Si Beruang tidak membalas selain memandang gadis di hadapannya dari balik topeng yang dipakainya.
Dua lelaki botak tadi berdiri kaku dekat situ kerana tergamam melihat nasib yang menimpa rakan mereka itu."Tuan...maafkan kami."mereka serta merta melutut dekat situ sambil menggosok tangan merayu di depan Si Beruang dan Si Kucing. "Kami hanya buat apa yang di suruh sahaja."
Makcik Jen yang dengar tercebik sedih sebelum menangis di situ sambil menekup muka kerana kecewa dengan keadaan yang terjadi. Kenapa la anak lelaki dia sanggup gadai kedai hanya kerana untuk berjudi.
"Berhambus...bawa rakan kau pergi dari sini sekarang. "arah Si Beruang.
Dua orang botak tadi tanpa berlengah terus bangun lalu cepat-cepat pergi dari situ ingin selamatkan diri. Namun, tidak lama kemudian, cahaya muncul dan menyapu tubuh mereka, membuat mereka menjadi debu sesaat kemudian di bawah kuasa si Musang.
Edith tercengang dengan tindakan itu dan melihat ke arah tiga lelaki bertopeng di depannya. Mereka ini memang suka menunjuk-nunjuk, membunuh di depan orang ramai seperti ini seakan ianya bukan apa-apa? Tidak ada belas kasihan langsung! Edith menatap tiga wajah tanpa ekspresi dan tidak terkejut. Mungkin orang-orang di pekan ini takut, tetapi bukan dia. Dia tidak takut mati. Jika dia perlu mati sekarang, dia sudah mati. Tetapi tidak! Jadi lelaki di depannya hanya seorang lelaki yang bangga dengan kuasa yang dimilikinya dan digunakan untuk menakuti orang.
"Marilah kita masuk..." ajak Edith setelah itu, menjauhkan diri dari tiga orang itu. Cora mengikuti, tetapi tidak lama kemudian, suara Si Beruang kedengaran di belakang mereka.
"Tunggu." Si Beruang mendekati mereka. Edith, Cora, dan Makcik Jen berhenti dan menatap Si Beruang dengan penuh tanda tanya. Edith berdiri menghalang dua orang tersebut, melindungi mereka dari mendekati Cora dan Makcik Jen.
"Apa?" sambut Edith dengan nada dan muka tidak puas hati. Dia tidak akan membiarkan Si Beruang mendekati Cora atau Makcik Jen seinci pun.
Si Beruang tundukkan muka bertopengnya dekat dengan muka Edith. Edith membelakangkan kepalanya untuk menjaga jarak. "Tak ada ucapan terima kasih? Adab mana adab?" tegurnya pada Edith.
Edith menatap tajam ke arah Si Beruang. "Saya tidak meminta bantuan anda. Jadi tidak ada urusan saya untuk berterima kasih kepada anda bertiga...." balas Edith dengan perlahan.
"Edith!" tegur Cora dengan terkejut. Bolehnya kawan dia balas macam tu dekat tiga orang Grimm Reaper ni?Berani mati sungguh!Dia tahu la Edith ni tak takut mati. Tapi jangan la nekad sangat sampai tahap begini!
Edith melihat tiga orang tersebut dengan tatapan tanpa takut.
"Oh, begitu ya?" angguk Si Beruang.
"Kenapa? Anda ingin membunuh saya seperti cara anda membunuh samseng tadi?" tanya Edith.
"Edith, sudahlah. Apa yang kau cuba buat?" desis Cora di belakang.
Edith melihat Si Beruang dengan pandangan tajam.
Si Beruang menundukkan muka bertopengnya dekat dengan muka Edith. Senyuman sinis terukir di bibir. "Anda tidak ingin tahu apa yang akan saya lakukan pada anda. Saya ingat muka dan nama anda. Tunggulah...." bisik Si Beruang sebelum pergi dengan derap langkah luas meninggalkan Edith.
Melihatkan Si Beruang berundur pergi dari situ bersama Si Musang dan Si Kucing, Edith menjuling mata menyampah sebelum mendapatkan Makcik Jen dan Cora semula. "Jom la kita masuk.."ajaknya setelah itu.
Share this novel