Bab 18 : The Protector

Adventure Completed 5650

"Saya adalah seorang Protector yang di cipta dari negara Stone Hill. Kerajaan bawah pemerintah Raja Aragod. Cora, adalah jelmaan naga belaan saya."beritahu Edith dengan dada naik turun sesak nafas. "Kami di hantar ke sini untuk mengambil semula Batu Cahaya Mortal yang telah dicuri dari negara kami dan Raja Aragod."

Master Luna pandang tak berkedip ke Edith. "Lagi."arahnya.

Edith mengetap gigi erat-erat bila Master Luna masih mahu lebih dari tu. "Kami menetap di sini sebagai usaha untuk mencari dimana keberadaan Batu Cahaya itu. Bertahun kami jalankan siasatan. Namun tiada hasilnya. Pencarian demi pencarian telah kami jalankan. Langsung tiada penunjuk dimana batu itu berada. Sehingga la suatu malam, saya dapat mimpi aneh yang sama dimana seseorang berebutkan batu tersebut beberapa kali. Selepas itu mimpi dimana saya...atau seseorang berniat mahu dapatkan batu tersebut dari Istana Bellington namun batu itu tiada dalam peti tersebut pun terjadi. Dan sejak itu keadaan ini berlanjutan. Itu semuanya. Tiada yang lain. Sekarang beritahu saya. Apa yang tak kena dengan saya sekarang ni?"

Berasa puas hati dengan keterangan itu, bahu Master Luna yang tegang tadi jatuh tenang semula. "Kerajaan Aragog?Bukan ke kerajaan itu sudah lama digulingkan dan negara itu sudah di takluk?"soal dia.

"Ya...lima tahun lepas. Sebaik saja saya tiba di sini. Negara itu sudah di gulingkan kerana Batu Cahaya Mortal yang bertanggungjawab melindungi tempat itu dirampas. Kerana itu saya di sini. Tapi sayangnya saya terlewat. Namun begitu, selagi misi saya tidak selesai, selagi tu saya berada di sini." jelas Edith Bersama renungan kesal dan wajah serba salahnya.

Master Luna tarik nafas lalu dilepaskan dengan Panjang. "Baik. Saya beritahu. Jadi dengar betul-betul apa yang saya cuba sampaikan."

Cora dan Edith pandang muka Master Luna bersama renungan yang focus dan siap sedia lalu mengangguk kepala faham.

"Mimpi kamu itu bukan ramalan masa depan atau vision. Ianya adalah mimpi milik seseorang. Seseorang yang berkongsi satu jiwa dan teras dengan kamu. Untuk itu kamu akan dapat lihat apa yang berlaku di masa lampau, masa akan datang atau perkara yang sedang berlaku pada orang ni."beritahu Master Luna yang teringat akan apa yang roh dari alam maya beritahu kepadanya tadi.

"Siapa orang tu?"tanya Edith dengan muka tercengang dia. Boleh pulak jadi macam ni?

Master Luna duduk tegak lalu rehatkan lengannya di atas meja kecil di depannya lalu sondongkan sedikit badan ke depan supaya berada dekat dengan Edith. "Saya tak tahu. Hanya kamu saja yang ada jawapan untuk soalan tu. Apa yang saya boleh beritahu kamu, seseorang itu ada kaitan dengan Raja Aragod kamu. Kamu ingat lagi bagaimana kamu di pilih sebagai Protector sebelum ke sini?"

Edith palingkan kepalanya ke Cora lalu berkerut kening.

Cora ikut pandang ke Edith. Faham akan maksud renungan itu, dia angguk kepala beri kebenaran. Habis semua rahsia mereka terbongkar depan nenek seram ni!

"Semuanya bermula dari kelahiran saya."Edith palingkan mukanya lalu memandang Master Luna dengan renungan serius. "Ibu yang melahirkan saya meninggal dunia. Kata bidan yang sambut saya, ibu saya meninggal selepas melihat wajah saya sebaik dilahirkan. Serangan jantung katanya. Setelah itu saya di besarkan di rumah anak Yatim di raja. Masuk saja usia 5 tahun saya di temui dengan Permaisuri Agong. Dia berikan saya anugerah iaitu sebiji telur naga. Lantas telur itu dibesarkan seiringan dengan saya. Genap umur saya 10 tahun, Cora, si naga pun menetas dan menjadi pendamping saya sejak tu. Masuk usia 12 tahun dia dibawa menghadap Raja Aragog yang mana diangkat sumpah dimana sihir Proctector di tanam ke dalam jantung saya. Setelah itu saya di latih dan di ajar ilmu sihir, ilmu pertahankan diri beberapa lagi jenis ilmu sehingga berusia 20 tahun. Sampaila tercetusnya kekecohan dimana ada berlakunya pecah masuk ke dalam Istana dan Batu Cahaya Mortal hilang dari penjagaannya. Ekoran kejadian tu saya di hantar ke situ untuk mencarinya lepas Raja Aragog syak orang dari Bellington dah larikan batu itu."

Master Luna mengangguk kepala. Dia dah tahu semua cerita itu lepas dia pegang kepala Edith tadi. Dia saja tanya sebab nak pastikan Edith tidak menipu kepada dia.. Memandangkan anak di depannya ini berkata benar, maka gilirannya pula yang bercerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience