Bab 20 : Berita Ngeri.

Adventure Completed 5650

"Hei kau ada dengar berita mengenai kematian pembesar-pembesar istana?"

"Serius?"

"Ya...satu malam lapan orang kuat Raja Aragon di temui mati di kediaman mereka dalam keadaan yang mencurigakan. Katanya mereka mati kerana Grimm Reaper berdasarkan symptom yang mereka alami sebelum mati."

"Hish..tak mungkin la Grimm Reaper yang bunuh pembesar Istana. Bukan ke mereka orang raja."

"Itu la yang aku dengar...keadaan istana sekarang kelam kabut kau tahu.."

"Seram la aku dengar. Dah la jom pergi sebelah sana.."

Borak dua orang lelaki yang berdiri di sebelahnya semasa dia sedang tunduk membelek sayuran yang didepannya kemudiannya pergi ke gerai lain.

Sementara Edith palingkan kepalanya memandang belakang badan dua orang tersebut dengan renungan dalam.

Jadi yang mati dalam mimpinya itu adalah para pembesar Istana Bellington?

"Ini saja ke cik?"tanya penjual di belakang meja yang dipenuhi dengan hamparan pelbagai sayur kepada Edith apabila wanita itu menyerahkan dia bakul berisi sayur yang telah di pilih.

Edith tersentak lantas memandang ke depannya sebelum tersenyum sambil mengangguk kepala. "Ya. Itu saja."itu bermakna pemilik mimpinya ini sedang mulakan rancangan untuk jatuhkan Raja Aragon. Edith perhatikan tangan pegerai di depannya buat kerja. Kalau macam tu, pertumpahan darah akan berlangsung tak lama lagi la nampaknya.

Haih...semua ini adalah satu berita ngeri buat negara ini nanti!

"Baik."penjual itu mula menimbang sebelum dibalut dengan kertas lalu di suakan kepada Edith. "Semuanya tiga syiling gangsa.."beritahunya sambil tu.

Edith serahkan satu syiling perak kepada penjual itu. "Ini dia. Tak perlu berikan bakinya."ujarnya sewaktu menyambut bungkusan sayurannya.

"Terima kasih."senyum penjual itu dengan wajah bersinar senang hati.

Seusai itu Edith bergerak pergi dari gerai sayur untuk ke kedai dimana daging dan ikan berada pula. Hari ni Cora yang jaga kedai. Sementara dia bertugas untuk beli barang dapur untuk mereka selama beberapa hari pula.

Kerana itu Edith berada di pasar pagi ini. Seorang diri dia jalan melewati setiap gerai yang ada di situ sambil pandang kanan dan kiri dengan minat.

Dari arah belakang. kelihatan Mr. Smith. Lelaki tu sibuk menyapa setiap pegerai di situ sehingga la mata dia terarah pada belakang wanita yang mengenakan dress labuh warna purple dan rambut ikal mayang di depannya. Hafal sangat siapa, lelaki itu terus berjalan laju ingin mendekat.

Edith yang tidak perasan berhenti sekejap di gerai buah-buahan yang berada di sebelah kanannya ketika itu. Berhenti saja dia di situ, dia bertanya akan harga buah-buahan di situ sambil membeleknya. Pegerai itu dengan ceria menjawab soalan Edith. Dia tunjuk itu dan ini kepada Edith memberitahu bahawa buah-buahan di situ adalah segar.

Ketika itu la Mr.Smith tiba di sebelah Edith dan menyapa wanita itu dengan suara yang lantang. "Selamat pagi Edith."

Melompat terkejut Edith sejurus itu hingga buatkan beg rotan yang di penuhi dengan barang dapur terlepas dari cengkamannya. Ia jatuh ke tanah sesaat kemudian. Tangan dia berada di dadanya yang sedang berdegup kencang. "Encik Smith."lafaznya dari balik nafas takutnya.

Smith tersengih lebar. "Apa kamu buat seorang diri di sini?"

Pegerai itu lirik ke Edith lalu ke orang tua gatal di depannya dengan muka tak suka sebelum sibukkan diri dengan hal sendiri. Tak berani nak masuk campur. Takut nanti lingkup pulak perniagaan dia kerana lelaki tua ni.

Edith buat muka tak selesa dia masa lirik Smith. Minyak wangi segelen lelaki itu serta merta menyapa rongga hidung malangnya ini. "Selamat pagi encik Smith. Saya beli barang dapur. Beritahu dia yang undur sedikit kebelakang nak jauhkan diri.

"Oh ya...kalau begitu biar saya temankan kamu.."Smith tunduk mengutip beg rotan yang terjatuh di atas lantai itu.

"Tak perlu susah-susah. Saya bukan seorang diri.."tipu Edith yang sedaya upaya mahu jauhkan diri dari lelaki gatal di depannya ini. Sesiapa tolong la...datang dan selamatkan dia! Senyuman terpaksa terukir di bibirnya.

Terus jatuh senyuman Smith sebaik mendengarnya. Kening dia mencerun seperti marah. "Bukan seorang diri? Apa maksud kamu?"soal dia.

Edith dah telan air liur takutnya. Apa dia nak jawab??Memandai betul la!Bukan seorang diri konon! "Ya." angguk dia.

"Kamu bersama dengan siapa kalau begitu?Saya tak nampak sesiapa pun berdekatan dengan kamu?"mata Smith kerling sekeliling mereka dimana orang sedang sibuk lalu lalang di kawasan pasar itu.

"Ada...dia ada hal yang perlu di uruskan. Sebab itu la."tipu Edith lagi yang sedaya upaya buatkan ia kedengaran menyakinkan.

Tapi Smith menjadi Smith, lelaki tua tak reti mengalah itu tidak percaya. Dia malah gerak mencapai pergelangan tangan Edith. "Saya tak percaya. Biar saya temankan kamu saja."

Seakan baru di sentuh dengan virus yang memberbahayakan, Edith menjegil mata dengan penuh kengerian pada tangan yang berada di pergelangannya ketika itu. What the fish! "Tak...tak perlu. Saya tak apa-apa."tangannya cuba di pulas.

"Jangan la malu. Saya tak makan orang."sengih Smith.

Naik kembang tekak Edith melihat lelaki tu tersenyum. Dia pulas tangannya sambil membuka mulut hendak bersuara. Pada masa itu la satu tangan bersarung tangan kulit hitam hinggap atas tangan Smith lalu mencengkam tangan itu erat-erat.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya orang yang berdiri rapat di belakang Edith dengan tiba-tiba.

Kepala Smith tersentak memandang lelaki bertopeng mulut dan anak rambut hitam menutupi dahi hampir seluruh muka kecuali mata itu saja yang dapat dilihat.

Edith ikut palingkan kepalanya ke belakang nak tahu siapa. Sekali tu dia nampak mata dari balik anak rambut tu lantas dia menahan nafas terkejutnya.

"Kamu siapa?"soal Smith yang terus merentap tangan dia dari di pegang.

"Patutnya saya tanya siapa encik ni sehingga berani-berani mengganggu kekasih saya?"

Kening Smith terangkat tinggi sebaik mendengarnya. Dia pandang ke Edith kerana tak percaya. "Kekasih?Dia kekasih kamu?"soalnya.

Edith pandang ke Smith dumbfounded.

"Sorry sayang...awak pasti tunggu lama..."lelaki tu lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Edith lalu sandarkan badan itu rapat ke tulang rusuknya.

Kejung badan Edith bila dia rasakan tangan tu menyentuh badannya. Namun dia paksakan jugak bibirnya tersenyum supaya Smith yakin dengan semua lakonan ini.

Berasa tidak puas hati, Smith merenggus kasar lalu mencampak beg rotan itu ke tanah semula lantas berlalu pergi dari situ dengan langkah yang marah.

Menjauh saja kelibat orang tua itu, lelaki di sebelah Edith lepaskan pelukkan lalu tunduk mengutip beg rotan Edith dari tanah lalu disuakan kembali pada wanita itu. "Kau tak apa-apa?"tanya Hunter sambil tu.

Edith pandang bakul rotannya lalu ke mata Hunter. Lelaki depannya kelihatan berbeza kalau tidak kenakan topeng Serigala tu. "Ya...saya tak apa-apa. Terima kasih."ucapnya segan silu.

"Banyak lagi barang yang kau nak beli.."Hunter pandang ke pegerai penjual buah yang sejak tadi perhatikan mereka sekejap sebelum pandang ke Edith semula.

"Tak...saya hanya tengok-tengok nak lihat barang apa yang saya perlukan. Apa awak buat dekat sini?"tanya Edith sambil capai bakul rotan itu dari tangan Hunter.

Diberikan saja bakul itu kepada Edith, Hunter terus selukkan tangan ke dalam poket baju yang di pakainya kedua-dua belah. "Entah...hati aku tergerak untuk ke sini."beritahunya.

Edith tersengih. Mujur la Hunter ada di sini. "Okay. Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Terima kasih untuk bantuannya tadi."pamit dia sambil beri tundukkan kecil pada Hunter. Setelah itu dia pun gerak untuk berpaling dari situ.

"Tunggu."minta Hunter dekat belakang serta merta.

Edith kembali berpaling memandang Hunter dengan kening terangkat. "Ya saya."

"Boleh aku temankan kau?"tanya Hunter dari balik topeng mulut yang di pakai.

Berasa senang mendengar pelawaan itu, Edith mengangguk kepala. "Silakan.."ajunya

Bersama senyuman nipis di bibir dari balik topeng mulutnya, Hunter jalan untuk ke sisi Edith. Mereka berdua kemudian jalan berdampingan sepanjang perjalanan itu. Berborak akan sesuatu dan singgah sekejap gerai yang di lewati untuk lihat apa yang patut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience