Bab 49 : Tiga Orang.

Adventure Completed 5650

Sejak seminggu yang lalu, Edith dan Cora telah di hantar semula ke Istana Batu Cahaya Mortal dimana Raja Eddison tinggal atas permintaan Hunter sendiri kerana kesibukan dan tiada siapa boleh jagakan mereka berdua sekiranya Hunter dan yang lain keluar untuk berperang. Sejak Edith dan Cora di sini kehidupan mereka tidak ubah seperti tuan puteri selepas Raja Eddison buat makluman bahawa puterinya yang hilang sudah kembali.

Petang itu Edith keluar temankan Cora terbang sekitar kawasan istana itu. Yang mana agak mengejutkan ramai orang istana di situ, tapi mereka hanya berani perhati dari jauh saja akan dua orang itu. Selepas itu, Edith dan Cora pergi jalan-jalan sekitar istana untuk cuci mata dan fahamkan tempat itu dengan lebih lagi sebelum berhenti di tasik belakang bukit istana.

FLOP!

Sebiji batu tercampak di atas air tasik itu.

Dua orang duduk saling berdamping di atas deka kayu menghadap tasik tersebut sambil menghayun kaki depan belakang dengan senang. Menikmati pemandangan matahari terbenam dari situ.

"Kau rasa dia orang akan menang ke?"tanya Cora sewaktu termenung memandang ke depan.

Edith palingkan kepala lalu pandang tepi muka Cora. "Kenapa?Kau risaukan seseorang ke?"tanya dia.

"Saja tanya...aku cuma terfikir."beritahu Cora lagi sebelum melepaskan hela nafas kesalnya. Kalau la dia lama berlatih dan seekor naga yang kuat dia pasti boleh bantu mereka. Tapi Jasper beritahu dia yang Hunter tak boleh risikokan keselamatan dia kerana Edith. Dia berborak dengan lelaki tu semalam sebelum Hunter dan yang lain bertolek ke Bellington.

Edith rangkul bahu Cora lalu rehatkan kepalanya ke bahu tu. "Kau tahu...kau tak salah dalam hal ni. Aku tahu kau nak membantu...tapi keadaan tak izinkan kita untuk lakukannya..jadi jangan buat diri kau rasa serba salah soal ni.."

Dengan bersahaja Cora lentokkan kepalanya ke Edith. "Aku harap Jasper dengan yang lain akan baik-baik."luahnya sewaktu wajah bertopeng Jasper muncul di depan matanya. Kalau lelaki tu balik nanti, dia akan luahkan perasaan suka dia pada lelaki tu. Sungguh dia benar-benar sukakan Jasper sejak di kubu rahsia hari tu.

Pada masa tu Edith duduk sebilik dengan Hunter. Jadi Jasper terpaksa sebilik dengan dia. Pada masa tu mereka habiskan masa untuk berbual dan bercerita pelbagai perkara termasuk mengenai kisah silam Jasper. Sejak itu dia suka pada Jasper sebab merasakan jasper seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

"Dia orang akan."beritahu Edith sambil pandang pemandangan matahari yang sedang terbenam di depannya.

Tidak semena, dua orang pengawal di raja muncul dari arah belakang dan mendekati dua orang itu dengan senyap. Bila mereka sudah tiba dekat dengan mereka baru la mereka berhenti dan bersuara. "Tuan puteri"

Dengan serentak Cora dan Edith angkat kepala mereka dan toleh ke belakang sebelum dongak memandang ke atas.

"Ya saya.."sambut Edith.

"Mereka sudah pulang."maklum pengawal itu dengan wajah mendung.

Edith yang dengar terus mengukir senyuman lebar di bibir. Cepat-cepat dia bangun dari situ sebelum Tarik Cora Bersama supaya berdiri dengannya. "Iya?Kalau macam tu bawa saya kepada mereka sekarang."lengan Cora di pegang Edith semasa dia hendak maju ke arah pengawal tu.

Pengawal dua orang itu hulur tangan ke Edith dan Cora untuk di sambut mereka.

Sambil tersenyum senang, Edith pegang tangan pengawal pertama. sementara Cora pegang pengawal kedua. Lantas mereka berdua hilang dari situ dalam sekelip mata Bersama pengawal itu sebelum muncul semula di depan pintu masuk Utama istana.

Tanpa memikirkan apa-apa, Edith jalan laju masuk ke dalam istana itu dan terus di atur ke arah balairung seri singahsana ayahandanya. Tidak sempat pengawal tolak pintu untuknya, Edith terlebih dahulu tolak pintu itu dan berjalan masuk ke situ Bersama senyuman lebar dia.

Namun begitu pandang saja dia ke dalam ruangan itu, senyuman Edith jatuh dan air mukanya menjadi bungkam serta merta.

Raja Eddison pandang ke arah Edith dengan renungan sedih dan serba salahnya buat seketika sebelum menggeleng kepala dengan perlahan.

Cora menyertai Edith di sisi tidak lama kemudian. Dan air mukanya sama seperti Edith.

"No!"lafaz Edith dengan sedih sebelum bergegas ke arah tiga orang yang berdiri di situ dengan kepala tertunduk ke bawah.

Cora sudah jatuh terduduk dekat lantai itu Bersama muka bungkam dan matanya mulai kemerahan mengeluarkan air mata.

"Apa yang dah berlaku?Kenapa awak bertiga je ada dekat sini?Mana yang lain?"tanya Edith semasa cengkam kain kemeja hitam yang terpasang di badan Hunter lalu di goncang badan tu sikit. "Mana Jasper...Caspian?"soalnya.

Hunter yang termenung memandang ke lantai itu perlahan-lahan angkat mata dia untuk pandang ke Edith. Matanya turut kemerahan seperti baru habis menangis. "They not made it."beritahunya dengan perlahan.

Edith menggeleng kepala. Dia pandang ke Julius dan Alaric dengan kening berkerut. Tak!Please jangan cakap mereka sudah tiada lagi. Please. "Tak...mereka tak apa-apa. Awak janji nak datang berlima?"

Raja Eddison dapatkan Edith lalu Tarik anaknya ke dalam pelukan untuk di tenangkan. "Bawa bertenang anakanda."

"Tak!Cora dia..."Edith pandang ke rakannya yang sudah terduduk di lantai sana tersedu sedan menangis dengan tangan menekup di muka. Dia yang lihat ikut turut menangis pada masa yang sama. "Tak"kasihan Cora!

Hunter yang memang dalam keadan devastated dan bersedih tidak dapat beri apa-apa respon sama ada untuk pujuk Edith atau menangis. Kepalanya penuh dengan imej dimana Caspian dan Jasper di saat-saat terakhir mereka!

Alaric bercakung dekat situ sebelum mula menangis dengan teruk tanpa suara. Julius pula hanya mengepal penumbuk dan memejam mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience