"Kau yakin nak pergi sendiri?" soal Cora, sambil tunduk menyapu lantai kayu di kedai mereka, kepada Edith yang bersiap-siap hendak mencari herba. "Aku boleh ikut kalau kau tunggu sekejap. Biar aku habis kemas dulu."
Edith yang sedang mengenakan kot ke badan memandang ke arah Cora. "Tak apa. Kau sibuk satu hari ni. Jaga la kedai. Aku pergi tak lama pun," beritahunya sambil mengikat tali kot.
"Okay. Jangan lama-lama. Hari nak senja ni. Tak elok kau dalam hutan tu gelap-gelap." pesan Cora sembari memasukkan sampah ke dalam penyodok dengan penyapu.
Edith melangkah keluar dari kedai, memulai perjalanannya. Dia berjalan melintasi laluan pejalan kaki hingga tiba di depan pagar kayu yang memisahkan kawasan hutan dan pekan itu. Dengan tunduk, dia melangkah melalui celah pagar dan memasuki Hutan Black Heart.
Mengapa dinamakan begitu? Karena tanahnya berwarna hitam. Setengah dari kawasan itu dipenuhi oleh tanaman dan pohon berwarna hitam. Hanya suku tertentu di hutan ini yang tetap hijau dan berwarna-warni. Tidak tercemar dengan warna hitam. Ini kerana suku dari hutan ini adalah hutan yang Edith dan Cora usahakan. Mereka yang tanam tumbuhan di situ dengan hasil herba dan tumbuhan yang digunakan untuk pengubatan dan penghasilan posyen mereka.
Selama tiga tahun, mereka berdua berusaha memastikan bahwa semua tanaman itu tidak kehilangan nutrien asalnya. Hal ini memakan waktu dan usaha, tetapi akhirnya mereka berhasil menanam tanaman dan herba di dalam hutan tanpa merosakkan ekosistem asal. Namun, kawasan hijau ini agak jauh di dalam hutan, sehingga Edith harus berjalan cukup jauh untuk mendapatkan herba yang diperlukannya.
Bukan mereka tidak boleh membeli bahan-bahan itu dari pasar dagang. Mereka boleh saja. Tapi Edith lebih suka menggunakan bahan-bahan segar dan asli. Untuk menghindari kerugian dan memastikan keefektifan posyen yang di hasilkan, mereka harus mengumpulkan bahan-bahan itu sendiri.
Selepas meredah semak dan belukar yang ada, Edith tiba di tapak kebunnya tidak lama kemudian. Sudah hafal dimana keberadaan herba dan tumbuhan yang di kehendaki, Edith terus jalan mendekati rimbunan tumbuhan hijau di situ lalu melutut di situ. Beg sandang yang di lengkapi dengan peralatan di letakkan atas tanah kemudian. Setelah itu sudip pengorek tanah di keluarkan melaluinya.
Sudah terbiasa bekerja sendirian di dalam hutan, Edith tidak menunjukkan reaksi takut atau terganggu oleh kesunyian hutan hitam ini. Dia hanya bekerja dengan tekun.
Menurut cerita dari penduduk desa, hutan ini memiliki penjaga. Siapa pun yang mencuba berburu atau melakukan aktiviti tidak baik di dalam hutan ini pasti akan mendapat 'tulah' dari hutan ini. Sebuah insiden terjadi ketika sekelompok remaja laki-laki berkhemah di dalam kawasan hutan selama beberapa hari. Setelah mereka pulang dan keluar dari kawasan hutan ini, mereka diserang oleh penyakit kulit misterius. Edith dan Cora berhasil menyembuhkan mereka, meskipun memakan waktu dua bulan.
Bukan hanya itu, ada cerita tentang dua pemburu yang mencuba mencari haiwan magis di dalam hutan ini untuk dijual. Sebaliknya, kedua pemburu itu berubah menjadi haiwan. Sampai sekarang, tidak ada yang tahu apa yang terjadi pada pemburu yang berubah menjadi hewan itu.
Tidak semena bunyi dahan patah kedengaran.
Edith yang sedang tunduk memetik daun herba yang ada di pokok renek yang di tanamnya terus pandang ke depan dan berhenti dari bergerak.
KRAK!
Sekali lagi bunyi itu kedengaran.
Dengan pantas Edith berpaling. Dia berdiri di situ sambil gerakkan matanya kanan dan kiri cuba mencari sumber bunyi tersebut.
"Lepaskan aku la tak guna!"
"Siapa yang tak guna sekarang ni?"
"Diam!"
Kemudian terdengar suara lelaki marah dan suara langkah kaki yang banyak semakin jelas.
Terkejut oleh apa yang dia dengar, Edith dengan cepat mengemas barang-barangnya dan memasukkan benda itu ke dalam beg sebelum bergegas ke arah suara tersebut. Dia berjalan melintasi semak dan pohon di sana sampai dia melihat kelima-lima orang berdiri di depan pohon besar di bawah bukit.
Salah satu dari mereka dipaksa bersandar pada batang pohon.
"Berikan batu itu!" pinta Si Beruang.
Edith, yang melihat situasi itu, menahan nafasnya dengan tangan menekup mulut! Seperti di hentak dejavu, Edith tergamam di situ tidak bernafas untuk beberapa saat. Apa yang dia saksikan ni?Ianya sama seperti yang dia lihat di dalam mimpinya!Lima lelaki bertopeng haiwan!
"Berikan batu itu atau kau akan mati!" ancam Si Musang.
Edith kecilkan matanya untuk lihat siapa yang sedang di soal siasat itu. Sekali tu orang yang bersandar pada batang pokok itu berdiri dengan berani di depan Si Beruang lalu menujah dada tu ke belakang. "Cuba kalau kau boleh cabut nyawa aku!"tangan Edith jatuh ke bawah lepas dia menyedari orang yang sedang di soal siasat adalah Si Serigala!
Takkan la!
Kemudian Si Beruang bergerak untuk melepaskan topeng dari wajahnya dengan cepat, menunjukkan wajahnya ke depan Si Serigala.
Edith, yang belum sempat menutup mata atau memalingkan kepala, melihat wajah sebenarnya dari Si Beruang.
Sumpah! Tampan sekali! Mata, hidung, bibir, semuanya tampak sempurna.
Eh?
Edith mengerutkan keningnya.
Sekejap! Apa ini? Dia melihat wajah Si Beruang, tapi tidak ada apa-apa yang terjadi? Katanya siapa pun yang melihat wajah mereka akan mati seketika?
"Hahaha... apa kau fikir dengan menunjukkan wajah kau pada aku, aku akan mati?" tawa Si Serigala, menghentikan keterkejutan Edith. Dia terus menatap kelima orang yang berdiri di depan pohon besar itu.
"Apa yang terjadi?" tanya Si Kucing dengan terkejut, melepaskan topeng dari wajahnya. Meskipun memiliki wajah manis, dia terlihat serius.
"Tak payah kau orang tayang muka kau orang tu dekat kita orang..ianya takkan beri kesan."seloroh Si Rusa dengan bosan.
"Kenapa kau orang tak terjejas?"tanya Si Musang yang turut menanggalkan topeng mukanya.
Lantas Si Rusa dan Si Serigala buka topeng mereka dan menghadap tiga orang yang ada di situ. Lantas Si Serigala bersuara. "Sebab kita orang sama seperti kau orang. Ada muka yang boleh buatkan orang yang melihatnya mati serta merta. Namun ianya takkan beri kesan pada mereka yang mempunyai kuasa yang sama."
Terjatuh mulut Edith menengok setiap wajah di situ. Jadi kelima-lima ini adalah Grimm Reaper? Tapi kenapa dia tidak terjejas sama sekali selepas melihat wajah-wajah itu. Adakah semua khabar angin itu palsu?
"Jadi mana batu tu?"tanya Si Beruang hidung mancung.
"Aku tak ada batu tu. Ianya dah hilang masa aku nak ambik ia."beritahu Si Serigala, bermata renungan tajam.
"Tipu!Aku Nampak kau pegang peti tu malam tadi!"marah Si Kucing, berwajah manis tapi serius.
Bersama nafas tertahan-tahan penuh ketakutan, Edith bangun dari persembunyiannya lalu jalan mengundur menjauhkan diri dari situ. Dia kena pergi dari sini sebelum mereka tahu dia ada dekat sini. Mereka berlima itu adalah orang yang dia kena jauhkan diri dari!
Sedang kaki Edith mengundur ke belakang, dia dengan tidak sedar terpijak dahan kering yang ada di situ.
PRAK!
Serta merta bunyi itu bergema ke seluruh ruang hutan yang sunyi sepi itu.
"Sh*t!"lafaz Edith dengan mata terbutangnya. Dengan serentak kelima-lima kepala itu berpaling lantas ke arah dia.
Alamak! Ketahuan la pulak!
"Siapa tu!?"panggil Si Beruang yang cuba kecilkan mata hendak dapatkan penglihatan yang jelas.
Edith apa lagi, dia angkat kain dress dia tinggi-tinggi lalu lari pecut merentasi hutan itu sepantas mungkin. Dia redah dan tolak apa saja yang menghalang laluannya. Tidak peduli akan ranting dan duri tumbuhan yang mencalarkan kulit muka dan pakaiannya ketika itu.
"Berhenti!"bunyi suara orang menempik dekat belakang mula ke dengaran.
Dia tak nak mati!Arghh!!!!Edith dengan muka cemasnya berlari sepantas mungkin ke satu arah yang tidak jelas. Apa yang dia perlu buat adalah lari dari situ. Kalau dia tertangkap habis la!
Jadi apa maksud mimpi dia?Adakah mimpi dia suruh dia bantu atau saksikan semua ini?Apa maksud semua ni!?
"Agh-!"
KEDEBUK!
Entah apa yang ada di depannya, Edith telah pun melanggarnya lalu tubuh dia jatuh ke belakang dengan kuat hingga buatkan kepala dia terhantuk pada permukaan tanah di situ.
BUKK!
Adoi!Apa tadi tu?Belakang kepalanya di pegang sambil memejam mata menahan sakit. "Auw!"aduh Edith. Sakitnya! Serius?Kenapa la hari dia malang hari ni?Tak dengan kes Makcik Jen, dia bertemu pulak dengan The Grimm Reaper, tak habis lagi tersadai dalam hutan ni Bersama lima orang lelaki misteri yang menakutkan dia!
Perlahan-lahan Edith buka mata dia dan pandang ke atasnya dengan kening berkerut. Peningnya kepala dia. Bila dia pandang lima kepala sedang tunduk memandang dia. Dan kelima-lima itu sudahpun mengenakan topeng di wajah masing-masing.
"Saya tak nampak apa-apa."tipu Edith dengan suara kecilnya. Dia nak bangun tapi seluruh badan dia sakit dan kepala dia berpusing ligat dan semuanya menjadi gelap tak lama kemudian. Sekeliling dia menjadi senyap serta merta.
Share this novel