Bab 48 : The Chaos!

Adventure Completed 5650

3 minggu kemudian.

Seperti hujan lebat yang datang Bersama ribut, taufan, banjir dan sama dengannya, keadaan Raja Aragon begitu kelam kelibut dan tidak terurus. Tidak berhenti kerja dari menguruskan masalah yang berlaku sejak beberapa hari kebelakangan. Sejak itu dia tidak dapat berehat atau tidur dengan lena. Malah dia mengalami masalah kekurangan kaki tangan untuk membantu dirinya mengurus hal ehwal negara. Memandangkan para pembesar dan orang kuatnya semua sudah tiada. Raja Aragon terpaksa lantik dan latih orang baru yang mana langsung tak membantu dia sepanjang waktu ini.

Bermula dari kejadian beberapa tempat di mana lombong berharga miliknya telah di musnahkan. Belum itu lagi beberapa buah pelabuhan berpengaruhnya telah di kuasai oleh sekumpulan kuasa yang sampai ke hari ini tidak di ketahui identitinya. Tak cukup dengan itu, beberapa orang raja dari negara jajahan telah di gulingkan. Yang di gulingkan tu bukan sebarangan raja, orang yang bantu dia untuk berdiri teguh sehingga ke hari ini!

Paling teruknya, berita mengenai beberapa buah negeri jajahan kita sedang di serang. Dan sekarang!Dia pula ikut turut di serang. Yang mana tak lain tak bukan dari kumpulan pengkhianat yang telah tikam dari dia dari belakang! Tiga orang manusia keparat tak guna yang telah bantu bangunkan kerajaan yang jatuh senyap-senyap dari pengetahuannya.

Suasana luar Istana Bellington bising dengan suara orang bertarung, letupan boleh dengar dari pelbagai arah. Suara jeritan jangan cakap, mana-mana boleh dengar orang meraung. Di luar mahupun dalam. Segalanya menjadi kelam kabut dan tidak tentu arah. Para tentera yang bersenjata mahupun dengan cahaya kuasa di tangan masing-masing berada di merata arah dan tempat. Mayat bergelimpangan dan orang cedera bersepah-sepah.

Di dalam balairung seri istana...berkumpulnya tentera Bellington berkawal menjadi dinding penghadang buat Raja Aragon sewaktu lima lelaki bertopeng haiwan berdiri di situ dengan postur badan yakin dan penuh dengan aura yang kuat.

Para tentera di situ pula masing-masing tunjuk muka takut dan tak senang walaupun jumlah mereka lebih ramai dari lima orang di depan ni.

"Kau orang tunggu apa lagi!Bunuh la dia orang!"laung Raja Aragon dengan marah bila semua yang ada di depannya hanya berdiri dan saling memandang antara satu sama lain.

Hunter dan sahabatnya hanya berdiri di situ tidak terkutik dengan suara bentakan itu.

Semua tentera di situ mula saling memandang antara satu sama lain. Cuba tanya kepada diri mereka sama ada patut atau tidak dia orang bazirkan nyawa mereka untuk raja tak guna mereka ni.Sekali tu seorang dari mereka jatuhkan senjata ke lantai dan angkat tangan menyerah diri sebelum melarikan diri dari situ.

Lalu seorang demi seorang lakukan hal yang sama sehingga la tinggal Raja Aragon yang tercengang di situ seorang diri Bersama lima orang itu.

"Dasar tentera tak guna!"ngaum Raja Aragon Bersama muka bengis dia. FIne!Kalau tak ada siapa nak bantu dia!Tak mengapa! Dia akan uruskan semua cencorot ni dengan tangannya sendiri.

"Serah diri kau Aragon."beritahu Hunter dari balik topeng mukanya.

Aragon berdengus mengejek. "Siapa kau nak arahkan aku untuk serah diri hah?"

Hunter lentokkan sikit kepalanya ke kanan lepas dengar soalan tu. "Kau nak tahu siapa aku?"tanya dia.

Mereka berempat di situ bersiap sedia sebagai langkah berjaga-jaga. takut kalau Aragon serang mereka tiba-tiba di situ. Aragon ni bukannya boleh di agak orangnya.

"Memangnya kau siapa??"soal Raja Aragon dari balik ketapan giginya.

Hunter tanggalkan topeng mukanya lalu di tunjukkan kepada Aragon yang sikit pun takkan terjejas bila tengok muka tu. "Hunter Knight. Putera Mahkota dari Stone, anak kepada Raja Aragog yang kau bunuh tanpa belas dan jugak Budak yang kau tikam separuh mati enam tahun yang lalu."beritahunya sambil memandang gelap ke Aragon.

Kening Aragon terangkat tinggi sebaik mendengarnya. "Tak mungkin!!"lafaz dia dengan perlahan. Berasa begitu terkejut yang amat sangat.

Hunter Tarik sengih jahatnya. "Untuk pengetahuan kau, aku adalah dalang semua kejadian yang menimpa diri kau selama ni. Aku punca kenapa lombong harta kau di musnahkan. Aku jugak punca semua negeri bawah jajahan takluk kau di serang, aku jugak yang guling lima raja yang berkerjasama dengan kau untuk bunuh ayahanda aku dan rampas semua harta negara kita orang....semuanya aku. Dan sekarang giliran kau untuk aku bunuh!"pada masa dia bercakap pada masa itu matanya bertukar menjadi renungan serigala dan kedua-dua tangannya mengeluarkan cahaya terang seperti eletrik.

Sebagai isyarat, mereka berempat turut keluarkan senjata masing-masing di tangan dan salurkan kuasa ke senjata itu. Si Kucing dengan pedang samurainya, Si Musang dengan dua bilah pedang pendek. Si Rusa dengan pedang bercahaya hitamnya sementara Si Beruang dengan bilah kapaknya.

Raja Aragon kemudiannya ketawa jahat. Kelihatan sikit pun tak takut dengan mereka berlima.

"Cuba la kalau boleh!"beritahu Aragon. "Kita tengok siapa bunuh siapa. Siapa sentuh siapa dulu."katanya sebelum depakan tangannya ke kanan dan kiri menghasilkan satu lohong hitam melalui peta pentagram di Udara serta lantai balairung seri itu.

Masa itu la angin kuat mula muncul dari lohong tersebut, seluruh lantai itu mula bergegar seperti ada gempa yang terjadi. Kelima-lima mereka di situ sedaya upaya stabilkan keseimbangan badan mereka sewaktu hal itu terjadi.

"Bangkit la tentera yang takkan mati!"laung Raja Aragon dengan kuat sebelum kepala raksasa batu dan ogre bermata satu saiz gergasi dari lohong-lohong tersebut dan mula memenuhi balairung seri tersebut.

Hunter yang lihat lapan oger termasuk raksasa batu di depannya membutang mata dengan renungan terkejutnya! This gonna be a long day!

Jasper berdiri di sebelah Hunter dan siap sedia hendak menyerang. "Hei...sebelum apa-apa berlaku. Ada satu perkara aku nak beritahu kau!"katanya sambil pandang ke depan.

Hunter palingkan kepala kirinya. "Apa?"soalnya sambil berkerut kening.

Jasper ikut palingkan kepala lantas memandang Hunter. "Terima kasih untuk enam tahun ni. Kau adalah seorang sahabat dan abang yang baik. Aku syukur temui kau dan mempunyai raja sebaik kau!"

"Kau pun."angguk Hunter sebelum tersenyum. Kalau ini kali terakhir mereka bertemu. Dia takkan sia-siakan semua ni! Kepalanya di palingkan ke hadapan lalu memandang Aragon sebagai target utamanya."SERANG!"arah dia dengan selantang mungkin.

Maka dengan serentak kelima-lima orang itu maju ke depan dengan kuasa masing-masing menyerang ke arah tentera jelmaan Aragon tanpa gentar atau berfikir Panjang Bersama renungan nekad di mata masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience