Bab 15 : The Core Hunter

Adventure Completed 5650

Selepas mengenakan pakaian dan kelengkapan di badan, topeng yang berada di atas meja kayu menghadap jendela di capai sebelum di pasang ke muka. Dua orang itu kemudiannya mula berjalan keluar dari ruang tersebut.

"Kau dah sedikan petanya?"tanya Hunter semasa gerak ke arah pintu keluar.

"Dah."jawab Jasper sambil ikut dari belakang.

"Berapa orang target kita malam ni?"terbuka saja pintu itu, Hunter langkah kaki kanan keluar terlebih dahulu sebelum lantai kayu di bawahnya berubah menjadi lantai rumput hijau dan mereka berdua tidak lagi berada di kubu sebaliknya di sebuah bukit menghadap sebuah perkampungan.

Berdiri la dua orang lelaki lampai bertopeng Serigala dan Rusa dalam gelap menghadap pemandangan perkampungan itu.

"8 orang. Dan lima darinya adalah orang paling di kehendaki. Kau sure nak hapuskan dia orang satu malam?"soal Jasper sambil seluk tangan ke dalam poket tali pinggang belakang seluar lalu mengeluarkan kertas yang di lipat empat.

"Perlu sebelum hari lahir Raja Aragon tiba, kita kena hapuskan orang penting dia dulu sebelum apa-apa hal.."jawab Hunter sambil capai kertas yang di pegang Jasper. Dia buka lipatan itu lalu melihat peta kawasan perkampungan itu. Serta merta mata serigalanya mengeluarkan cahaya terang magik untuk scan peta itu melekat pada memorinya.

"Kalau macam tu kau pilih mangsa kau...bakinya serahkan kepada aku."ujar Jasper dengan nada sinis bangganya.

"Aku ambil Menteri pertahanan, ketua kutip cukai tanah, penasihat dan setiausaha raja. Bakinya kau settlekan.."selesai dia scan peta dimana tempat tinggal empat orang mangsa curinya, dia serahkan semula peta itu kepada Jasper.

"Got it!"angguk Jasper sebelum lelaki tu lenyap di dalam Udara sesaat kemudian.

Hunter pun berbuat perkara yang sama, dia bercakung di situ lalu munculkan diri secara tiba-tiba di depan rumah mewah milik Menteri pertahanan. Melihat kawasan rumah mewah itu buatkan Hunter dengan langkah senang dan bersahajanya menjadi semakin ringan. Nampaknya Raja Aragon beri makan pada minion baginda dengan baik sejak jadi pemerintah negara ni.

Hanya menggerakkan tangannya saja, pintu rumah itu terbuka dengan sendiri. Membenarkan Hunter masuk ke dalam rumah tersebut begitu sahaja. Masuk sahaja Hunter ke dalam, pintu di belakangnya iku tertutup dengan sendiri.

Kaki berkasut kulit hitam milik Hunter memijak anak tangga sesenyap mungkin. Dia atur langkahnya sambil menanggalkan topeng muka dari wajahnya. Setelah dia tiba di depan pintu bilik tidur Utama, dia berdiri di situ dengan renungan dingin tanpa perasaan lalu tolak daun pintu itu ke dalam.

Di dalam bilik itu, kelihatan sepasang suami isteri sedang terlena di atas katil dengan pakaian pyjama yang selesa di badan masing-masing. Tidak mahu berlengah lagi, Hunter gerakkan tangan dia untuk nyalakan lampu dalam bilik tersebut.

Cahaya lampu pun membias terang ke seluruh ruangan tersebut hingga Berjaya membuatkan pasangan suami isteri di atas katil tersebut terjaga dari lena mereka.

Hunter berdiri tegak dekat depan katil dengan tangan dalam poket kotnya. Untuk bunuh seseorang, dia tak perlukan senjata. Memandangkan hanya melihat wajahnya saja cukup buat seseorang itu mati, kenapa nak susahkan diri kotorkan tangan sendiri.

"Siapa tu?"lelaki berambut perang keemaran itu duduk melunjur menggosok mata hendak hilangkan rasa silaunya.

"Apa yang berlaku?"wanita di sebelah ikut bangun kemudiannya.

Hunter pandang mereka lantas berkata. "Malaikat maut kau orang..."lafaznya.

Dengan serentak pasangan itu pandang ke depan katil mereka lantas terpandang wajah Hunter. Buat lima saat mereka berdua pandang dalam keadaan terpana sebelum mereka tersenyum senang kerana berasa suka dengan apa yang di lihat. Namun masuk saat ke sepuluh, anak mata mereka bertukar menjadi putih dan mereka terus tumbang jatuh ke katil semula dalam keadaan tidak bernafas.

Buat pertama kali dalam hidup dia, ini adalah kali pertama dia rasa lega kerana memiliki wajah kacak yang terkutuk. Wajah yang buatkan sesiapa pandang akan mati ini selalu buat dia bencikan hidupnya. Tapi kini tak. Sebab dia tahu apa fungsi wajahnya ini.

Hunter Tarik sarung tangan kulit hitam dari tangannya lalu hulur tangan ke arah mereka. Menggunakan kuasa sihir gelapnya, dia Tarik keluar teras kuasa dari dua orang manusia di atas katil tu.

Dua bebola cahaya keemasan terapung keluar dari dada setiap mereka di situ sebelum terbang mendekati ke arah Hunter. Hunter sedut bebola cahaya itu melalui tapak tangannya tanpa tunjuk sikit pun emosi serba salah di wajahnya. Dia berpaling keluar dari situ dan lenyapkan diri ke rumah target seterusnya untuk malam itu.

Perkara sama dia lakukan terhadap mereka yang lain seperti yang dia lakukan terhadap mangsa pertamanya. Dia bunuh mereka dengan buatkan mereka pandang muka dia lalu curi teras kuasa mereka. Kenapa?Sebab mereka tak layak hidup apa lagi memiliki kuasa di dunia ini. Kematian saja la yang mereka ada hak untuk memilikinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience