Episode 3 : Jiran Sebelah!

Adventure Completed 5876

Selepas seharian menghabiskan masa bekerja di kedai posyen mereka Cora dan Edith kemudiannya beransur pulang ke rumah sewa mereka yang terletak di Inn Butterforth. Sebuah bangunan empat tingkat yang mempunyai 10 buah rumah sewa di dalamnya. Tak mewah tapi lumayan la untuk mereka berdua tinggal selama enam tahun di situ.

Sementara Cora mandi, Edith bertukar giliran dengan rakannya untuk sediakan makan malam mereka. Jam di dinding tunjuk waktu sudahpun masuk 8 malam ketika Edith sedang sibuk memotong sayur di papan pemotong. Sendirian la dia di dalam dapur itu.

Sedang Edith hendak tunduk mengeluarkan kuali dari cabinet bawah dapurnya, bunyi suara orang bercakap kedengaran dari luar pintu rumahnya. Lalu diikuti dengan tapak kaki berat melangkah pada permukaan lantai kayu di situ.


"Tempat ni tak ada la besar mana. Tapi boleh tahan. Jadi jangan risau. Semua jiran di sini semuanya baik-baik belaka. Terutama sekali jiran sebelah kamu ni.."suara tuan rumah berbicara menyapa telinga Edith ketika itu.

Sambil keluarkan kuali, sambil tu Edith pasang telinga untuk dengar lebih lanjut. Dengan siapa pulak tuan rumahnya bercakap dengan mesra macam tu?Seingat dia la, wanita tua menakutkan a.k.a tuan rumah sewanya ini adalah seseorang yang suka grumpy dan cakap pun macam nak maki orang sepanjang masa. Siapa pulak orang bertuah yang dapat layanan mesra dari wanita ni.


"Tempat ni dah di bina sejak 20 tahun yang lalu. Masa saya masih muda. Walaupun begitu ianya sangat kukuh dan selamat untuk dihuni. Malah saya ada saja penghuni yang sudah berada di sini sejak tahun pertama ia di bina.."cerita tuan rumah lagi.

Dasyat sungguh suara wanita ini. Begitu lantang dan kuat sekali seakan mahu menunjuk-nunjuk. Memangnya ada yang pekak apa dekat sini?Asyik sangat memasang telinga, Edith yang tak perasan dia salah letak kualinya itu pun lepaskan pegangan dari pemegang tersebut. Lantas bergerak jatuh la kuali itu ke bawah menuju kaki berselipar Edith.

KELENTANG!


"Auw!"jerit Edith serta merta apabila jari kakinya di hempap kuat dengan kuali leper berbuntut tebal itu. "Auw...auw!"lompatnya sebelum tunduk menggosok jari kaki dia.


Jeritan itu buatkan Cora yang berada dalam bilik air serbu keluar dalam keadaan berkemban dan rambut bersyampu. "Ada apa?Kenapa?"soal dia cemas sambil pandang kanan dan kiri ruang itu.


Sambil berkerut kening menahan sakit, Edith berdiri tegak memandang Cora sewaktu gigit bawah bibirnya. Sakitnya sampai nak kena heart attack pun ada. "Kuali jatuh dekat kaki aku.."rengeknya dengan air mata di pipi.


"Apa ni!Terkejut aku.Ingatkan ada perompak tadi...hati-hati la sikit."bebel Cora sebelum masuk ke dalam bilik air semula.

Berasa geram dengan kuali, Edith sepak kuali tidak bersalah itu dengan geram.


"Banyak-banyak tempat kaki aku jugak yang kau nak landing!"bebelnya sendiri sebelum tunduk mencapai kuali itu lalu di letakkan atas dapur api semula.

Hilang terus mood nak memasaknya!Memangnya hari dia tak boleh malang dari ni agaknya??

Pemetik api di capai dari rak atas kepala sebelum di tala ke atas dapur apinya. Selesai dia nyalakan api, baru la minyak di capai dan sesi memasaknya di mulai.

Dekat 20 minit kemudian, meja makan mereka terhidang dengan masakan makan malam untuk hari itu. Cora yang selesai mandi 10 minit sebelumnya tolong sediakan meja makan dan hidangkan makanan sementara Edith ambil giliran untuk mandi pula.

Seusai Edith mandi, bersama-sama dengan Cora. Mereka pun mula makan. Walaupun hidangan ringkas, asal dapat kenyangkan perut dan bertahan untuk esok siang dah pun mencukupi buat mereka.


"Eh...kau tahu.."borak Edith sewaktu suap makanan dalam mulutnya.


"Tak."jawab Cora dengan bersahaja.


"Tadi...aku dengar Nenek Sihir Grumpy bercakap mesra dengan seseorang.." beritahu Edith sambil mengunyah makanan pula.


Kening Cora berkerut. "Serius la?Nenek Sihir tu cakap dengan mesra?"tak mungkin la nenek grumpy tu bermesra dengan orang. "Dengan siapa?"


Edith jungkit bahu. "Entah. Aku cuma dengar suara dia cakap macam nak satu dunia tahu tempat bersejarah milik dia ni. Mungkin penyewa baru?"


Cora capai piala minumannya lalu dibawa dekat ke mulut lalu meneguk air darinya. Selesai saja dia minum, dia bersuara kembali. "Penyewa baru?Maksud kau rumah sebelah kita ni?"dah lama rumah sebelah mereka ini tidak di huni. Sejak atuk Reed, penyewa lama meninggal dunia empat tahun lepas, sejak itu rumah sebelah mereka kosong.


"Agaknya. Kalau bukan rumah sebelah. Mana lagi. Sini bukannya ada bilik kosong yang banyak."balas Edith yang kemudiannya capai ikan masin yang digorengnya tadi dari pinggan lauk lalu di letakkan ke dalam pinggan makannya.


"Harap-harap jiran baru kita ni tak la seteruk Nenek sihir tu.."seloroh Cora.

Edith hanya tersengih. Harapnya begitu la. DIa sendiri pun dah hadap cukup dengan kepala angin tuan rumahnya ini.


"Oh ya..lupa aku nak beritahu kau. Akar mugworm dengan lemongrass dah habis. Boleh tak kau cari lagi dekat hutan?"pesan Cora sewaktu tunduk menghadap makannya hendak makan.


"Okay. Esok aku carikan."angguk Edith sambil gigit ikan masinnya dengan rakus. Lantak la situ macam mana muka dia. Kelaparan sangat ni sebab satu hari cuma makan sekali. Gara-gara terlalu sibuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience