Bab 30 : Sedia berkhidmat.

Adventure Completed 5650

"Siapa yang kau panggil tuanku hah?"balas Hunter sambil jalan mendekati katil itu lalu berdiri di situ dengan tangan bersilang di dada. "Bukan ke raja kau Aragon?"

Edith dongak memandang Hunter. Dia kerutkan kening tak suka. "Kenapa awak cakap macam tu. Tak Nampak ke orang ni tengah sakit?"tegurnya.

Hunter berdengus mengejek. "Ingat aku nak kisah.Kalau dia tahu dia ada negara dan raja yang perlu di lindungi, kenapa dia ikut jugak si keparat tak guna yang diagungkan selama ni?"getusnya Bersama perasaan berombak marah di dada.

Alaric kerutkan keningnya bila dia mula rasa tenaga dalam badan dia bergerak-gerak kuat yang menyakitkan. Sakit yang buat seperti di pukul, tapi perasaan seperti berada di atas kapal yang berayun ikut alunan ombak. "Aku terpaksalagipun aku dengar putera mahkota Raja Aragog telah terkorban semasa peperangan tu. Jadi aku tak jangka yang kau masih hidup."jelasnya sambil memejam mata.

Edith pandang ke Alaric sebelum ke tangannya yang kini berada betul-betul di tengah dada dimana teras kuasa Alaric berada. Dia salurkan kuasanya untuk stabilkan semula gelombang tenaga yang ada di dalam badan ni.

Hunter tanggalkan topengnya dari muka lalu duduk dengan marah di katil milik Cora lalu memandang serius ke Alaric. "Aku dah ada dekat sini. Kau nak apa?"renggusnya.

"Julius dengan Caspian kini di penjara sebagai hukuman sebab tak Berjaya menangkap siapa dalang pembunuhan pembesar Istana Bellington. Raja Aragon arahkan aku untuk cari kau sampai dapat sebab dia yakin orang tu adalah putera mahkota yang datang hendak balas dendam di atas perbuatannya terhadap orang tu...iaitu kau."jelas Alaric yang mukanya mula kembali kepada warna normal. Tidak sepucat tadi.

"So?"balas Hunter dengan muka tak pedulinya.

Edith pandang judging ke Hunter. Perangai tu kan. Yang buat jahat dekat Hunter sekarang adalah Raja Aragon. Bukannya Alaric. Tak dengar apa lelaki ni cakap tadi. Alaric ikut Raja Aragon sebab terpaksa. Bukan sebab dia suka-suka.

Hunter Nampak akan renungan di berikan oleh Edith, namun dia hanya buat tak tahu.

"Jadi Betul la yang kau adalah putera mahkota kepada Raja Aragog?Sepupu kepada Raja Aragon?"tanya Alaric.

Berketik terus rahang Hunter mendengar gelaran tu termasuk nama si keparat tu. "Jangan kau kaitkan aku dengan iblis tu!"beritahunya dari balik ketapan gigi.

Kening Edith terangkat tinggi bila Nampak mata Hunter bersinar seperti mata serigala naik angin. "Hunter..."panggilnya dengan perlahan.

Dengan laju dan menakutkan sekali mata itu mengerling ke Edith.

Edith agak taken back sikit dengan perubahan Hunter yang tak ubah seperti haiwan bengis mahu menerkam mati mangsanya. "Bawa bertenang..mata awak tu.."pesan dia yang masih cuba sembuhkan Alaric.

Alaric yang lihat akan Hunter semakin yakin lelaki di depannya ini adalah anak kepada lagenda Raja Aragog yang terkenal dengan kuasa sihir istimewa Serigala. Hanya waris yang sah dan asli saja dapat mewarisi kuasa ini. "Bagus la kalau tuanku masih hidup lagitak sia-sia kami tunggu masa ni."beritahu dia yang teringat akan Julius dan Caspian. Sebak dan lega bercampur baur dalam hatinya sekarang ni.

Hunter cuba tenangkan dirinya dengan nafas naik turunya sewaktu memandang Alaric. "Apa maksud kau?"

Alaric berkerut kening sewaktu menelan air liur dengan susah payah.

"Tujuan kami berkerja untuk Raja Aragon adalah cari tahu bukti yang boleh tunjuk dia bersalah atas kematian bekas raja dan cara untuk tumbangkan lelaki tu. Tapi sayangnya kami tak boleh gunakan muka kami untuk membunuh dia kerana Batu Cahaya Mortal berada dalam tangannya. Untuk itu kami terpaksa ikut semua perintah dia supaya dia yakin pada kami dan percaya kepada kami untuk kekalkan kami berada di sisinya."jelas Alaric. "Sehingga la kes pecah masuk istana tu terjadi...sesuatu buatkan aku terfikir. Kenapa kau orang datang pecah masuk istana dan cuba curi batu tu...kemudian kita berjumpa dalam hutan tu...aku pandang muka kau, tapi tak sure sama ada betul atau tidak apa yang aku Nampak...kemudian..masa kau bunuh semua pembesar Raja Aragon...ianya semakin buat aku tertanya-tanya. Itu yang aku ada dekat sini.."

Edith lepaskan nafas lega lepas dia lihat teras kuasa Alaric kembali kepada normal dan kulit lelaki itu tidak lagi kebiruan seperti tadi. Lebam-Lebam pun sudah menghilang sepenuhnya. Yakin yang Alaric tidak apa-apa, dia gerak hendak bangunkan Alaric dari perbaringan tu. "Awak dah okay sekarang."beritahunya sambil pegang lengan tu.

Mata Hunter lirik ke tangan Edith sewaktu Edith cengkam lengan Alaric untuk bantu lelaki tu bangun. "Kalau ya aku ada putera mahkota yang hilang tu, kau nak buat apa?Beritahu kepada si keparat tu yang aku masih hidup dan cuba gulingkan dia sama macam dia buat pada keluarga aku enam tahun lepas?Macam tu?"ujarnya dengan jengkel.

Alaric bangun dari perbaringanya sambil beri senyuman terima kasih kepada Edith sebelum turunkan kaki dari katil. Tanpa berlengah, dia gerak ke lantai dan melutut sebelah kaki di situ di depan Hunter. "Kami sedia berkhidmat untuk tuanku kalau begitu."

Edith ingatkan Alaric nak terjatuh ke apa, dia dengan terkejut hendak sambut Alaric namun tak jadi lepas perasan yang lelaki tu bukan terjatuh tapi hanya melutut gaya kesatria memberi hormat kepada raja.

Mata Hunter lirik ke kepala Alaric yang tunduk memberi hormat kepadanya. "Aku tak percayakan kau. Apa buktinya kau berikan kesetiaan kau kepada aku, sedangkan aku bukan sesiapa lagi dalam negara ni."

Edith pandang ke Hunter dengan kening berkerut, Buatkan dia teringat akan mimpi dimana Hunter sedang berperang dan telah ditikam oleh Raja Aragon. Lantas dia pandang ke Alaric semula.

"Kalau aku tak setia, dah lama identiti tuanku didedahkan kepada Raja Aragon dan tuanku sudah pun di tangkap sejak seminggu yang lepas."beritahu Alaric sambil angkat kepalanya memandang Hunter.

Hunter menggengam jari jemarinya yang berada di atas lutut kaki dengan erat sewaktu memandang Alaric. Dia bukan tak nak terima. Tapi dia cuma berasa syakwasangka. Mana tahu semua ini hanya la perangkap yang Raja Aragon set up untuk kenakan dia semula.

"Dah tu...kau nak apa dari aku je ni?"soal Hunter yang gerakkan matanya ke Edith di atas katil depannya.

Edith balas renungan Hunter dengan senyuman nipis di bibir. Lega sebab Hunter sudi berlapang dada untuk menerima Alaric.

"Selamatkan Julius dan Caspian Bersama aku. Dan kita orang akan ikut sama dengan tuanku untuk takluk negara ni dan jatuhkan Raja Aragon."beritahu Alaric Bersama renungan nekadnya. Dia dah hadap cukup dengan kekejaman Aragon terhadap dirinya dan juga rakan-rakan dia. Memandangkan dia dah ada tiang dan bumbung untuk menaungan dan bersandar. Tiada apa-apa yang dia takutkan lagi. Selama bertahun lama dia simpan perasaan nekadnya ini.

Buat seketika ruangan itu menjadi senyap dan sunyi tiada suara. Sama ada Edith, Alaric mahupun Hunter bersuara. Masing-masing terdiam tanpa sedar.

"Baiklah...kalau itu mahu kau. Tapi ingat. Kalau aku tahu kau cuba lakukan sesuatu di belakang aku. Tanpa teragak-agak, aku akan bunuh kau dan rakan-rakan kau tu."pesan Hunter.

"Baik tuanku."balas Alaric dengan nada formalitinya.

Edith tersenyum senang mendengarnya. Bagus la Hunter ada pengikut yang baru. Lepas ni mudah sikit perjalanan mereka untuk hadapi cabaran yang mendatang kemudian.

"Edith.."panggil Hunter tidak lama kemudian.

"Hm?"sahut Edith dengan kening terangkat semasa Alaric berdiri dari melutut lalu tunduk membutang baju yang mendedahkan badannya. .

"Jangan sesuka hati sentuh atau selamatkan orang lain tanpa kebenaran aku. Faham tu?"pesan Hunter dengan muka jengkel dia.

Edith tersengih lantas mengangguk kepala perlahan. "Faham tuanku."sahut dia dengan nada di buat-buat patuh. Ingat dia nak dengar ke. Suka dia la nak selamatkan siapa?Hak dia. Even dia adalah Protecor Hunter, Hunter tiada kuasa untuk arah dia itu dan ini kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience