Bab 38 : Perang Takluk.

Adventure Completed 5876

Tepat pada jam 12 tengah malam ketika orang istana dan para tentera sedang tidur, pada masa itu la kira-kira 30 orang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjata berkumpul di puncak bukit menghadap betul-betul istana Stone Hill. Mereka di situ berdiri tegak menghadap ketua mereka yang mengenakan topeng serigala di muka.

"Bunuh mereka semua. Tiada siapa pun yang boleh terlepas keluar dari kawasan istana tu."beritahu Hunter dengan nada serius dan dingin. "No mercy to anyone of them. Bunuh mereka serta merta. Jangan seksa. Lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda. Budak mahupun bayi. Hapuskan semua pengikut Aragon. Kejam atau tidak. fikirkan balik apa yang telah mereka letakkan kita dimana. Hutang darah di bayar darah. Kosong minda dan fikiran. Jangan fikirkan apa-apa selain satu. Iaitu bebaskan Stone Hill dari jajahan Iblis Aragon. Bila masanya tiba kita akan bangun semula."ucapnya dengan nada nekad.

"Baik tuanku!"sahut mereka semua dengan serentak.

"Semua boleh bubar mengikat tugas yang diberikan."angguk Hunter kemudiannya.

Tanpa berkata apa-apa lagi, mereka semua di situ hilangkan diri secara tiba-tiba dari situ. Berpecah kepada tiga kumpulan yang berbeza. 10 dari mereka berada di luar tembok istana. 10 lagi bertugas untuk menumpaskan semua yang berjaga di sekeliling Menara serta luar bangunan. 10 lagi bertugas untuk pecah masuk ke dalam istana dan bunuh semua orang-orang Aragon yang terdiri daripada Menteri yang tamakkan harta dan buat hidup rakyat tempat itu terseksa.

Manakala lima lelaki yang bertopeng di muka masing-masing gerak dalam satu kumpulan yang sama untuk tumpaskan orang kuat yang bertanggungjawab menjalankan segala pemerintahan itu. Hunter dan yang lain muncul kan diri semula di depan pintu gerbang tembok istana.

Kemunculan mereka itu telah buatkan pengawal yang berjaga di situ terkejut dan kalut hendak keluarkan kuasa mereka.

Disebabkan kumpulan Hunter lebih bersedia, Si Kucing dan Si Musang terlebih dahulu gunakan kuasa api hitam mereka ke pengawal-pengawal itu sekelip mata menjadikan mereka debu hitam di atas tanah.

Hunter hanya jalan menuju ke arah pintu gerbang setelah itu yang mana Si Rusa letupkan pintu gerbang tersebut pada masa yang sama dengan bebola kuasa hitamnya juga.

Pada masa itu la bunyi loceng kecemasan mula berkumandang di seluruh kawasan istana. Suara orang menjerit laung beri amaran kedengaran di merata arah. Tetapi semua itu sudah pun terlambat. Pada masa mereka semua kalut menerima amaran, para pengikut Hunter sudahpun berada di posisi masing-masing lantas bunuh semua orang yang mereka temui sepanjang perjalanan mereka.

Dari pengawal yang bertugas luar dan dalam tembok habis di bunuh dengan senjata atau bertukar menjadi batu serta debu. Manakala suasana di dalam istana sudah kecoh dengan orang bertempiaran lari nak selamatkan diri. Tak kira la orang itu bersalah atau tidak, habis di hapuskan oleh Hunter dan rakan kumpulan nereka sewaktu mereka masuk berarak ke dalam istana itu.

Cahaya merah biru, asap putih mahupun hitam, letupan dan gegaran selang seli memenuhi kawasan seluruh bangunan dan Menara istana. Ramai pengawal cuba menyerang dan pertahankan kawasan itu, namun begitu mereka yang telah di latih oleh Hunter selama enam tahun itu lebih kuat di bandingkan mereka. Maka dengan mudah 30 orang di situ bunuh mereka.

Tidak lama selepas itu, Hunter dan Jasper tiba di bilik utama dimana menempatkan general para tentera istana. Orang itu terlalu nyenyak dalam tidur hingga tidak sedar akan kehadirannya di situ apatah lagi bunyi bising sebab kedudukan bilik orang ini jauh dari kawasan peperangan terjadi.

Satu petikan jari kedengaran sebelum seluruh bilik itu bercahaya dengan sendiri. Dari api perapian serta lilin yang ada dalam bilik tersebut menyala menerangi seluruh kawasan bilik tersebut.

"Wakey wakey fatty.."seloroh Jasper yang menarik cadar itu jauh dari badan lelaki gempal yang baring telentang dengan mulut ternganga.

Tersentak lelaki gempal itu dari perbaringannya. Dia dengan bingung pada sekeliling bilik. Mencari apa yang menganggu tidurnya. Sekali tu dia ternampak dua lelaki bertopeng sedang berdiri di sebelah katil memandangnya.

"Si-siapa kau hah?"tanya dia yang gerak hendak turun dari katil tu.

Hunter dengan laju alukan tangannya ke lelaki gempal itu mengejungkan badan itu supaya tidak bergerak. "Orang yang selama ni kau orang fikir dah mati.."katanya sambil gerak menanggalkan topeng mukanya.

Lelaki gempal tu membeliakkan mata bila mulut dan badannya tidak dapat bergerak. Dan semakin terbeliak di buatnya sebaik melihat orang yang berdiri di depannya. Ianya adalah Putera Mahkota yang hilang!Tak mungkin!Dia Nampak Raja Aragon tikam Putera Mahkota ini di depan matanya enamp tahun lepas..

"Kirim salam dekat geng kau di neraka nanti.."ujar Hunter yang menunjukkan wajah membawa mautnya kepada lelaki gempal di atas katil itu.

Perlahan-lahan mata terbeliak lelaki gempal tersebut mengecil. Ibarat terpukau melihat wajah itu, bola mata lelaki itu perlahan-lahan bertukar menjadi warna kelabut lantas nafas putus dari hidung itu dan badan itu jatuh tumbang di atas katil.

Tumpas saja ketua dan kepala peperangan Aragon, Hunter gerak ke arah jendela bilik yang mana sepatutnya jadi biliknya lantas berdiri di situ.. Memandang pemandangan luar yang penuh dengan suara orang menjerit dan semburan api.

Jasper yang ada di situ berdiri memerhati belakang badan Hunter dengan senyap. Menunggu apa arahan yang bakal di berikan oleh bakal rajanya itu.

Beberapa minit kemudian pintu bilik itu pun terbuka, Si Musang, Si Beruang dan Si Kucing munculkan diri selepas selesai hapuskan para pegawai tertinggi ketenteraan di bilik lain.

Jasper yang Nampak hanya kerling sekejap ke mereka lalu kembali memandang belakang kepala Hunter semula.

"Dah selesai tuanku."lafaz Si Beruang dengan nafas mengahnya kerana penat berlari sana sini dan beraksi tanpa henti sejak tadi..

Hunter seluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu pusingkan badannya menghadap mereka berempat di situ. Peperangan pertama telah selesai. Sekarang pelan seterusnya.

"Maklumkan kepada semua raja-raja negeri bawah naungan Stone Hill untuk berkumpul awal pagi nanti. Beritahu mereka, Raja Stone Hill akan naik taktah. Kepulangan Putera Mahkota telah Berjaya menakluk Istana Utama."beritahu Hunter dengan nada penuh dengan aura kepimpinan.

Sampaikan mereka berempat yang dengar secara instinct mahu tunduk dan patuh padanya.

"Berpecah. Selepas selesai. Kau orang boleh balik semula ke markas dan berehat."ujar Hunter lagi.

Dengan serentak empat orang itu tunduk melutut sebelah kaki di lantai dengan mata terarah pada lantai. "Daulat tuanku. Titah dijunjung."lafaz mereka dengan serentak. Lalu seorang demi orang hilangkan diri secara tiba-tiba dari situ untuk ke destinasi masing-masing.

Lalu tinggal Hunter seorang dalam ruangan itu. Dia kembali berpaling memandang pemandangan malam yang berbintang di atas langit itu. Membiarkan angin malam bertiup pada wajahnya. Selepas ini dia akan kumpulkan semua tentera dari setiap negeri untuk serang Bellington dan tumpaskan Raja Aragon dengan tangannya sendiri.

Untuk kali ni, dia akan pastikan yang dia akan menang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience