"Junjung tuanku."tunduk hormat tiga lelaki ke raja mereka yang ada di singgahsana setelah melutut sebelah kaki di situ.
"Bangkit."arah Raja Aragon dengan nada autoritinya. Raja kepada kerajaan Bellington. Pemerintah yang terkenal dengan strategi peperangannya. Selama enam tahun memerintah sejak berusia 25 tahun lagi, dia telah memerangi banyak negara musuh dan takluki mereka. Ini menjadikan Raja Aragon sebagai raja kedua paling berpengaruh dalam dunia Magika ini. Dan dia tak dapat lakukan semua itu tanpa tiga orang kuat di depannya ini.
Alaric Si Beruang, Caspian Si Musang dan Julius Si Kucing.
Berdirinya mereka di situ, tiga orang itu rehatkan tangan ke belakang badan dan berdiri mendabik dada dengan yakin di situ. Memandang pemerintah mereka dengan renungan serius masing-masing.
"Beta telah mendengar berita soal pecah masuk istana awal pagi tadi. Ada apa-apa yang kamu beritga mahu sampaikan kepada beta?"tanya Raja Aragon.
Alaric pandang ke raja di atas singahsana itu lantar teringat akan pertmuannya dengan dua lagi lelaki misteri yang dikatakan mempunyai kutukan yang sama seperti mereka bertiga. Adakag itu bermakna ada lagi ramai yang mempunyai nasib yang sama seperti mereka?
"Maafkan saya tuanku. Saya gagal melaksanakan tugas saya dengan baik sehingga ada yang Berjaya pecah masuk ke dalam kawasan istana."ujar Alaric yang menundukkan mata dia ke lantai. Kalau betul batu itu sudah tiada seperti yang dikatakan oleh Si Serigala, itu bermakna batu itu sudahpun hilang sejak awal lagi.
"Bagaimana dengan batu yang di curi itu?"soal Raja Aragon lagi.
Alaric angkat matanya semula lalu pandang ke Raja Aragon dengan kening berkerut tak fahamnya. "Kami sedang usahakan pencarian pencuri yang di kehendaki itu."tipu dia. Dia masih tertanya-tanya adakah Si Rusa dan Si Serigala itu kawan atau lawan buat mereka.
Raja Aragon melepaskan keluhan Panjang seakan tidak berpuas hati. Dia tolak dirinya bangun dari singahsana itu lalu berjalan menuruni tangga tersebut dengan gaya bosnya lalu berdiri di depan tiga orang tu.
"Dapatkan saya semula batu itu. Kerana batu itu sangat penting. Sekiranya ia jatuh ke tangan yang tak sepatutnya. Nyawa kamu bertiga akan dalam bahaya."pesan Raja Aragon dengan renungan seriusnya.
"Baik tuanku."sahut mereka bertiga dengan serentak.
Raja Aragon pandang ke Si Musang, Caspian yang berdiri betul-betul di depannya. "Lakukan tugas kamu dengan baik. Sekiranya kamu Berjaya, beta akan kurniakan kamu anugerah. Dan tunaikan apa saja permintaan kamu...faham tu?"
Caspian pandang Raja Aragon dengan renungan kosong tidak berkelipnya. "Baik tuanku."sambutnya sebelum tundukkan pandangan ke lantai.
"Baikla...itu saja dari beta. Kamu bertiga boleh bersurai."beritahu Raja Aragon semasa jalan melewati Julius lalu menepuk bahu itu sekejap sambil tu.
Hilang saja kelibat raja tadi, dua orang itu berdiri di depan Alaric lalu berbisik dengan suara yang rendah dan berdiri rapat ke antara satu sama lain.
"Kenapa kau tak beritahu hal sebenar?"tanya Julius.
Alaric kerling ke Julius sebelum memandang Caspian yang hanya diam di situ seperti sedang memikirkan sesuatu. "Kau ada apa-apa nak beritahu ke?"tanya dia kepada rakannya yang banyak berdiam dan lebih kepada action.
Caspian pandang ke Alaric. Sebenarnya dia ada fikirkan hal ni. Sejak kejadian pecah masuk lewat malam tadi. Dan jugak beberapa hari sebelumnya. Tapi dia tak sure dia patut beritahu atau tidak mengenai hal ni. "Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku sekarang."bisiknya dengan suara dalamnya itu.
Julius berikan perhatiannya kepada Caspian. "Apa bendanya tu?"
Caspian termenung memandang ke lantai. "Dua hari sebelum kejadian pecah masuk tu berlaku, aku ada terdengar cerita dari dayang istana mengenai Raja keluar sendirian ke hutan belakang istana Bersama peti berisi batu magik tu. Dua hari kemudian tiba-tiba kita di khabarkan mengenai rancangan pecah masuk dari Raja tak lama selepas tu. Yang mana memang terjadi. Sebab itu kita Berjaya halang Si Rusa dan Si Serigala dari ambil peti tu. Tapi malam tu bukan batu saja yang hilang. Tapi sebuah buku ancient yang tersimpan di perpustakaan diraja."beritahu dia dengan nada tenang dan perlahan.
Alaric terdiam sekejap bila mengingatkan pertembungannya dengan Si RUsa malam tadi. Mereka bertarung sekejap, tapi sepertinya Si Rusa bukan mahu menyerang dia sebaliknya hanya bertindak hendak pertahankan diri. Kalau betul Si Rusa jahat, pasti sudah lama dia di tumpaskan oleh lelaki tu. "Lagi?"soalnya tak lama kemudian.
"Aku dapat rasakan semua ni seperti perangkap untuk Si RUsa dan Si Serigala. Dan batu tu sebenarnya tak hilang. Tapi masih ada dalam istana ni."sambung Caspian.
"Ya tak ya...kalau di fikirkan balik, masa kita temui Si Serigala dengan Si Rusa tadi, dua orang tu nampak semacam sikit?"sampuk Julius pulak.
Alaric pandang ke Julius. "Apa maksud kau semacam?"
"Tak adalah...kalau betul dia orang ada kutukan sama macam kita, kenapa dia orang tak ada tanda kuasa seperti kita. Aku tak Nampak tu dalam badan dia."Julius pandang mata Alaric dari balik topeng tu. "Lepas tu...aku aku dapat rasakan tenaga aneh dari Edith lepas Si Serigala berada dekat dengan dia."
Alaric pandang ke singgahsana yang ada di depannya. "Kita kena jumpa dia orang semula. Kita kena tahu buku apa yang mereka ambil. Dan jugak Edith. Kita kena temui dia dan cari tahu apa sebenarnya berlaku masa kita dekat hutan hari tu."beritahu dia dengan nada penuh arahan.
Share this novel