Bab 8

Fantasy Series 5754

" Selamat datang ke Colin Riyn Skill .. " seorang pemuda menunduk perlahan sebelum kembali memandang Ariana lama . Rioz mendiamkan diri seakan terkejut dengan mereka semua .

Ariana merapatkan dirinya ke arah Rioz . Dia mula tidak selesa dengan pandangan mereka seolah-olah dia dan Rioz orang yang tidak dialu-alukan kesitu . Ariana mulai bersuara apabila pembantunya masih tergamam dan tidak menjawab pertanyaan mereka .

" Kami sesat .. Maaf , kami keluar sekarang .. " Ariana menarik pergelengan tangan pembantunya namun suara seorang wanita menyebabkan dia berpusing kembali .

" Ariana .. Is it you , Ariana ? " Wanita yang sudah separuh abad namun masih cantik dimata Ariana mula mendekati . Ariana berganjak ke belakang . Kedatangan wanita itu menyebabkan pemuda pemuda yang berada disitu menunduk lalu memberi jalan seakan wanita itu seorang yang penting .

" Jangan takut .. It's me .. Riyn .. " Ariana berhenti seketika . Dia melihat wanita itu dari atas kebawah .

" Ariana Olin ?? " Ariana memandang pemuda yang berbisik sesama sendiri . Kenapa dengan namanya ? Kenapa mereka seakan terkejut dengan kedatangannya ke tempat itu .

" Come .. Kita masuk dalam .. Banyak yang perlu saya jelaskan pada kamu .. " wanita yang memperkenalkan dirinya Riyn sudah berlalu pergi . Ariana masih berfikir samaada perlu mengikuti wanita itu atau pulang sahaja.

Rioz memegang bahu Ariana lalu mengangguk . Dia meminta gadis itu untuk masuk ke dalam . Mungkin penjelasan dari Riyn dapat membantu Ariana bagi nengetahui rahsia keluarganya .

Ariana berjalan perlahan meninggalkan Rioz diluar . Dia diiringi oleh pemuda yang berada disitu . Riak muka pemuda pemuda itu masih dalam keadaan tegang . Tiada satu pun senyuman yang terukir diwajah mereka .

Laluan ke ruang pejabat Riyn teramat lengang . Seperti tiada orang disitu . Ariana masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh salah seorang pemuda itu . Pintu bilik yang mempunyai ukiran seperti burung itu teramat besar . Ariana menghela nafas perlahan .

" Come sayang .. Sit .. " Ariana membuat seperti yang diarah . Ruang pejabat yang simple namun tampak cantik bagi seorang wanita yang sudah berumur.

" Tempat apa ni ? " Soalan pertama yang keluar dari mulut gadis itu membuatkan Riyn tersenyum .

Riyn memandang gelagat Ariana yang tekun memandang sekeliling biliknya . Cantik seperti Atia . Getus hati kecilnya .

" Who are you ? Apa kena mengena you dengan mama dan papa saya ? Macam mana you boleh kenal saya ? " Ariana menanyakan soalan seakan machine gun .

Riyn mengeluh perlahan . Hatinya dilanda sebak apabila teringatkan Atia dan Zack .

" Atia tu kakak I .. " Ariana terkejut . Jantungnya berdegup kencang . Kenapa selama ini dia tidak pernah tahu mamanya mempunyai seorang adik perempuan .

" Atia tu kakak I .. Kakak tiri .. Ayah kami berkahwin dengan ibu I selepas Atia dilahirkan .. Tak ramai yang tahu kecuali Atia .. Selepas Atia tahu , dia selalu datang ke sekolah ini .. Untuk lawat I .. Lawat suami I .. " Penjelasan dari Riyn tidak dapat diterima oleh Ariana .

" Aunty tipu Ariana kan ? Mustahil semua ni .. Kalau betul aunty adik kepada mama , kenapa Ariana tak kenal aunty .. Kenapa mama sorokkan hal ni .. " Ariana melepaskan perasaan tidak puas hatinya.

" Atia nak selamatkan aunty dari kakak dan adik dia yang lain .. Ariana pun tahu macam mana perangai mereka semua yang tamakkan harta .. Sekolah ni , diamanah kan untuk aunty .. Aunty yang perlu jaga .. Atia sorokkan semua ni dari yang lain untuk jaga sekolah ni .. Kalau tak , sekolah ni akan jatuh ke tangan mereka .. " Riyn memandang muka Ariana yang sedang buntu .

" Ariana perlukan masa untuk terima semua ni .. I need to go .. Mesti Rioz dah tunggu .. " Ariana mencapai beg lalu berlalu sebelum sempat ditahan oleh Riyn .

" I'm sorry .. Tapi aunty rasa Ariana tak boleh balik malam ni .. Bila malam hutan ni akan ditutup bagi keselamatan kami semua .. Orang luar takkan nampak kehadiran kita .. Kita pun takkan dapat cari jalan keluar.. Kalau kita terlalu lama dalam hutan , serigala penjaga akan menganggap kita sebagai satu ancaman .. You need to stay here .. " Ariana menarik tangannya kasar . Dia berlalu keluar walaupun telah dijelaskan oleh wanita itu .

Rioz memandang muka Ariana yang muram . Dia tunduk perlahan . Ariana berlalu menuju ke pintu keluar sekolah itu . Rioz mengikuti dari belakang .

" Rioz .. please .. You pun tahu apa jadi bila you keluar dari pagar ni .. You sepatutnya jaga Ariana .. bukan bahayakan keselamatan dia .. Dah malam ni .. " Riyn mengejar mereka dari belakang . Riyn dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang menyambut mereka berdua ketika pertama kali mereka masuk ke situ .

Rioz memandang Ariana yang berhenti . Dia menunggu keputusan dari majikannya . Dia tidak mampu untuk menghalang lantaran dia hanyalah seorang pembantu .

Ariana menoleh ke arah Rioz . Dia mengangguk perlahan sebelum terpaksa bersetuju untuk tinggal disitu . Riyn tersenyum senang . Pemuda pemuda yang lain hanya mendiamkan diri . Ada yang mendengus kasar seakan tidak suka akan kedatangan orang luar ke situ .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience