Bab 6

Fantasy Series 5754

Laci meja itu dibuka perlahan . Terdapat beberapa buah buku dan surat . Ariana mengambil surat yang berwarna purple .

' Kami akan jaga dia seperti nyawa kami sendiri .. Kami akan hantar dia ke sekolah yang kau minta .. Jaga diri semua .. Kami disini sihat .. '

Ariana mengerutkan dahinya . Siapa yang dimaksudkan oleh pengutus surat itu ? Siapa yang mereka jaga ?

Pintu bilik diketuk perlahan . Ariana memandang pintu sebelum muncul wajah Rioz .

" Tomorrow is your birthday .. Nak saya sediakan apa-apa ? " Ariana mengurut dahinya . Hari lahirnya sendiri dia terlupa .

Ariana menggeleng perlahan lalu Rioz meninggalkannya bersendirian . Pembantunya seakan tahu dia memerlukan masa untuk bersendirian. Surat seterusnya dipandang lama sebelum membacanya .

' Surat Tawaran ke Colin Riyn Skill '

Ariana bersandar di kerusi itu . Ya , ada sesuatu yang bermain difikirkannya . Surat yang lain dicapai .

' Ada masa terluang , datanglah ke Colin Riyn . Aku masih menunggu kedatangan kalian semua .. : Rin '

Ariana mencapai surat itu lalu keluar mencari Rioz . Rioz memandang Ariana dengan pandangan pelik apabila gadis itu memegang beberapa helai surat .

" I need to go .. Colin Riyn Skill .. " Hampir terjatuh pinggan yang dipegang Rioz apabila Ariana menyebut nama sekolah itu .

Rioz memandang ke hadapan tanpa menghiraukan Ariana . Gadis itu mula mencebik .

" Saya akan pergi juga . No matter what .. Awak tak boleh halang saya Rioz .. Saya bukan budak kecil lagi .. " Ariana berlalu pergi meninggalkan Rioz yang kecewa .

Hari sudah larut malam namun Ariana masih berkurung didalam biliknya . Hatinya sakit . Pintu diketuk beberapa kali sebelum muncul Rioz dimuka pintu . Hadiah yang dipegang pembantunya itu dipandang sepi .

Rioz masuk kebilik itu lalu meletakkan hadiah ditepi katil Ariana . Kek vanilla yang dibuatnya petang tadi , diambil . Dia menunggu lama untuk Ariana meniup lilin itu .

Ariana meniup lilin lalu diambilnya kek dan meletakkannya bersama hadiah . Rioz duduk ditilam Ariana . Gadis itu sedikit terkejut . Belum pernah Rioz duduk ditilamnya .

Sepucuk surat yang dihulurkan pembantunya itu diambil . Dia membuka perlahan sambil melihat pemuda yang hanya tunduk .

' Ariana sayang , Selamat Hari Lahir yang ke 20 untuk kamu .. Maafkan mama dan papa jika saat ini , kami tiada untuk kamu .. Kami harap kamu sentiasa sihat .. Jaga diri kamu sayang .. Rioz akan sentiasa berada disisi kamu .. Sebenarnya , banyak rahsia keluarga yang kami simpan dari kamu .. Maafkan mama dan papa .. Mungkin kamu sudah tahu sedikit sebanyak.. Pergilah ke Colin Riyn Skill , cari kebenaran.. Dapatkan hak keluarga kita yang dirampas.. Disana , akan ada yang membantu tak kira dimana kamu berada .. Maafkan mama kerana tidak mampu untuk meluahkan segala rahsia di atas kertas ini .. Mama dan papa sayangkan kamu .. Ingatlah sayang , yang kamu benci tidak semestinya musuh dan yang kamu sayang kemungkinan musuh kamu yang berselindung .. Jaga diri kamu sayang .. '

Ariana menangis teresak-esak dibahu Rioz . Pemuda itu hanya menepuk perlahan bahu gadis itu . Surat itu telah lama disimpan oleh pembantunya .

" Saya tak halang Cik untuk ke Colin Riyn .. Puan Atia dah jelaskan pada saya .. Mungkin Cik dapat membantu selesaikan semua masalah yang melanda keluarga Cik selama ini .. Bila Cik dah sedia , bagitahu saya .. Saya siapkan semua barang untuk kesana .. " Rioz mula meminta diri untuk keluar meninggalkan Ariana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience