Rioz memandang lama muka Ariana yang lesu dan pucat . Baru beberapa hari ditinggalkan Ariana sudah berubah . Gadis itu hanya tunduk sahaja .
" Cik Puan dah makan ? " Ariana hanya menggeleng apabila ditanya .
" Cik Puan sihat ? " Ariana hanya tunduk . Angguk pun tidak , geleng pun tidak .
Rioz mengeluh panjang . Bekalan makanan yang dimasak dibawa dari rumah diletakkan di atas meja . Mata Ariana sedikit bersinar .
" Saya rindukan masakan awaklah .." Ariana mengambil bekal itu lalu dibuka dan dimakan . Spaggeti yang dimasak oleh Rioz memang menjadi makanan kegemarannya .
" I know about Sun .. Makhluk semalam , yang serang Cik Puan .. " Rioz memulakan perbualan apabila melihat majikannya usai makan .
" Mana awak tahu pasal benda tu ? " Ariana menjongket keningnya . Entahlah , baginya Rioz sangat arif dalam pelbagai bidang . Semua masalah atau persoalan dapat diselesaikan pemuda itu .
" Sun tu boleh bertambah .. Satu yang dibunuh , tiga yang keluar .. Tapi kalau nak dibunuh , perlu bunuh ketuanya .. " Rioz tidak menjawab pertanyaan Ariana tetapi dia jelaskan secara terperinci tentang makhluk yang bernama Sun itu .
" Susahlah kalau macam tu.. Mestilah benda tu jaga leader ditempat paling selamat .. " Ariana mengeluh .
" Bukan macam tu Cik Puan .. Kalau benda tu datang , Cik perlu perhatikan bulu Sun yang berwarna gelap .. Sebab itu lah ketuanya .. Sun mempunyai banyak leader .. Kalau Cik bunuh yang salah , leader akan keluarkan klon baru.. Untuk kelirukan musuh .. " Ariana mengangguk perlahan .
Ariana menoleh kearah taman . Daniel sedang berjalan seorang diri dalam keadaan tergesa-gesa . Gadis itu mengeluh perlahan sebelum tunduk .
" What's wrong Cik Puan ? Kenapa pandang pemuda tu macam tak puas hati je? " Rioz memandang kembali muka Ariana.
" Dia yang selamatkan saya.. And dia juga yang paling bencikan saya.. Saya sendiri pun tak tahu apa yang dia bencikan sangat.. Saya tak buat salah apa-apa pun.. " Ariana memandang Rioz lama.
Rioz hanya mendiamkan diri sahaja . Dia hanya memerhatikan perilaku majikannya.
" Actually, saya ada bawa satu benda untuk Cik.." Ariana mengerutkan keningnya sebelum terkejut besar.
" Oh my sword!! Thankyou Rioz.. Thankyou.. " Ariana sudah memeluk pembantunya itu. Rioz hanya tersenyum.
" Saya pun tak tahu lah.. Bila pedang ni jauh dari saya, saya lemah.. Tak kuat.. " Ariana mula senang bercerita.
" Mestilah.. Ni kan pedang milik keluarga Olin.. Pedang yang selalu dibawa berlatih oleh Cik Puan sendiri .. Lepas ni bolehlah Cik cuba untuk bunuh Sun.. " kata-kata Rioz membuatkan gadis itu semakin bersemangat.
Kedatangan Elis membuatkan Ariana dan Rioz sedikit terkejut. Rioz bangun dan tunduk memberi hormat.
" Eh baguskan awak punya pembantu ni.. Hormat orang.. kacak pulak tu.. " Elis mengambil tempat disebelah Ariana walaupun tidak dijemput.
Ariana berdehem perlahan.
" What do you want ? You tak nampak ke I tengah bercakap ni ? " Ariana tegas berkata-kata. Elis pula hanya tersenyum.
" Oh , saya datang ni nak bagitahu yang Pengetua Riyn cari awak.. Kat bilik dia.. " Ariana menjeling Elis sebelum bangun dari kerusinya .
" Wait here okay.. Nanti saya datang balik.. " Ariana memandang Elis lama, apabila gadis itu tidak bergerak dari tempat duduknya. Elis memandang Rioz dengan senyuman terukir diwajahnya.
" Eh eh, haa saya nak bangunlah ni.. " Elis bingkas bangun dengan tergopoh gapah apabila Ariana dan Rioz memandangnya dengan pandangan pelik.
Ariana menjeling gadis itu sebelum berlalu pergi. Dalam perjalanan ke pejabat Pengetua Riyn, banyak mata yang memandang ke arahnya dan Elis. Gadis itu membuat muka selamba.
Sampai sahaja di pejabat Pengetua Riyn, Ariana dan Elis masuk ke dalam setelah mengetuk pintu beberapa kali.
Ariana memandang pemuda yang menghadap kearah Riyn . Dia tidak dapat memandang wajah pemuda itu.
" Come here sayang.. sit here.. " Riyn kembali duduk ditempatnya. Ariana berjalan perlahan menuju ke kerusi di tepi pemuda itu lalu duduk . Pemuda itu menoleh ke arah Ariana .
Tangan Ariana menggeletar. Matanya berpinar-pinar . Kepalanya sakit. Perkara yang dialaminya berlaku kepada pemuda itu. Ariana memandang ke arah Riyn namun wanita itu hanya tersenyum seakan ada benda yang disembunyikan olehnya. Pandangannya mulai gelap.
Ariz memandang gadis disebelahnya yang sudah pengsan. Kepalanya masih sakit namun dia dapat menahan sakit itu.
" What have you done??!! " Ariz mengetap gigi. Riyn tidak membalas namun wanita itu hanya tersenyum.
" Biarkan sakit tu.. Jangan tahan.. " Riyn mulai berkata. Sakit itu mulai menguasai diri Ariz lalu pemuda itu jatuh pengsan kerana tidak mampu menahan sakit.
Beberapa jam berlalu, Ariana membuka matanya perlahan. Dia memandang sekeliling. Ramai yang berada disekitarnya namun tidak jelas kelihatan siapa mereka.
" Rioz.. ugh.. Rioz... " Ariana menyebut nama pembantunya beberapa kali. Ada tangan yang mengusap kepalanya.
" Im here Cik Puan.. Are you okay? " Ariana mengangguk perlahan. Dia ingin bangun tapi seakan ada batu yang menghempap kepalanya .
" Aunty Riyn.. Where is she? " Ariana menanyakan perihal ibu saudaranya itu.
" Dia ada kat luar.. Nak saya panggilkan? " Rioz meninggalkan Ariana namun gadis itu memegang tangan Rioz dengan kemas.
" Saya rasa Riyn ada tahu something.. Dia sorokkan sesuatu dari kita.. Pemuda tadi.. Pemuda yang ada didalam bilik Riyn dengan saya.. Where is he? " Ariana mula menggelabah.
Rioz mengusap kepala gadis itu perlahan bagi menenangkannya namun Ariana berkeras untuk bangun.
" Nurse.. Hurry! " Riyn bergegas masuk ke dalam bilik rawatan apabila mendengar kekecohan yang berlaku.
Ariana menggeleng beberapa kali. Namun wajah pemuda yang berada bersamanya tadi masih segar diingatannya. Suntikan mula diberikan kepada Ariana bagi meredakan gadis itu.
" Find him.. please.. " Rioz dapat mendengar dengan jelas permintaan Ariana . Pembantu itu mengeluh panjang.
Share this novel