Bab 13

Fantasy Series 5754

Ariana mengetuk pintu rumah agamnya beberapa kali . Sudah lama dia berada dihadapan pintu itu namun pembantunya masih belum muncul. Pintu diketuk lagi. Tapi kali ini cukup kuat .

Tiba-tiba muncul Rioz dihadapan pintu dengan senapang ditangannya. Ariana kelu. Pembantunya itu sedikit terkejut sebelum meminta maaf beberapa kali.

" Kenapa ni? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" Ariana meletakkan barangnya disofa dan memandang Rioz yang tunduk memandang lantai.

" Mary datang.. Dengan beberapa orang bodyguardnya.. Dia ada ugut, kalau saya tak benarkan dia masuk, dia akan pecah masuk rumah ni.. Dia pun ada cakap nak cederakan saya dan Cik Puan.. " Ariana mengeluh kasar apabila mendengar penjelasan pembantunya.

" Kan saya dah cakap banyak kali.. Apa-apa yang terjadi melibatkan rumah ni.. melibatkan awak.. bagitahu saya !! Tu pun susah nak faham ke??!! " Ariana tegas bersuara sebelum berlalu naik ke biliknya. Rioz hanya tunduk . Dia tahu silapnya.

Ariana sudah merengus kasar. Ada benda yang Mary inginkan. Barang yang ada didalam rumah ini. Tapi Ariana sendiri tidak tahu apa yang dicari oleh wanita itu.

Ariana mula membersihkan diri dan bersiap dengan pakaian latihan. Ya, dia rindu untuk menggunakan pedangnya. Lagi pula, dia belum pernah berlatih disekolah itu menggunakan pedangnya.

Ariana turun ke bilik bawah tanah dengan senyuman terukir dibibirnya. Pedangnya diusap perlahan dengan kain bagi membersihkannya.

Tiga jam berlalu. Dia masih berlatih tanpa perasaan penat. Rioz setia menunggu ditepi. Sudah terbiasa bagi pembantunya itu berdiri berjam-jam tanpa mengeluh.

Tiba-tiba sahaja mereka berdua terdengar seperti kaca pecah di tingkat atas. Ariana menjeling Rioz. Pemuda itu mengangguk sebelum bergegas menuju ke lif.

" Kau ni apa pasal bodoh sangat!! Cuba buat kerja tu elok-elok sikit..Jangan tinggalkan bukti.. " Mary memarahi pengawalnya namun suaranya diperlahankan.

Rioz berdehem. Mary dan dua pengawalnya terkejut .

" May I help you? " Rioz memandang dua pengawal Mary yang tersenyum sinis.

" Rioz... I datang sini nak cari barang yang tertinggal.. You ada nampak tak? " Mary berjalan sekitar dengan mata yang melilau mencari sesuatu.

" Saya mohon kamu semua keluar dari rumah ini sekarang.. Kamu semua tak berhak ke atas rumah ini dan barang-barang di dalam rumah ini." Rioz berkata dengan tegas namun disambut oleh gelak tawa mereka.

" Jangan nak buat lawaklah.. Aku tak takutkan kau lah lelaki lembut.. " salah seorang pengawal Mary mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. Mary sudah tersenyum sinis.

Ariana berdehem. " Really aunty? Apa yang you terdesak sangat sampai perlu bawa bodyguard datang rumah orang.. masuk sesuka hati.. " Mary terkejut melihat Ariana yang sudah berada di belakangnya.

" What are you doing here?! I mean , bukan ke kamu ke luar negara? " Mary sudah gagap.

" You takut dengan perempuan and lelaki lembut macam ni? Takpe, I boleh selesaikan mereka berdua ni sekejap je.. " bodyguard Mary bersuara lalu mendekati Ariana dengan pisau.

Ariana tersenyum. Pisau yang berada diatas meja makan diambil lalu dibaling tepat ke arah bodyguard Mary sebelum tangan lelaki itu berdarah dan pisau dipegangnya terjatuh.

" Actually, lelaki berdua macam you ni lah yang paling senang I nak jatuhkan.. " Ariana mengelap tangannya dengan napkin yang berada diatas meja.

" I told you!! Jom.. " Mary berlari keluar bersama kedua-dua bodyguardnya .

" Saya nak balik.. Anything just call me.. " Rioz mendekati Ariana lalu dihulurkan sebilah pedang.

Ariana sedikit terkejut. Dia memandang pedang itu lama. Pedang yang kelihatan tua namun masih kekal ukiran nama keluarganya disitu.

" Ingat tak saya ada datang ke sekolah untuk hantar pedang ni tapi Cik Puan terpaksa ke bilik Riyn.. Jadi saya bawa pedang ni balik.. Now here you go.. Cik Puan boleh bawa pedang ni ke sekolah.. " Ariana tersenyum lalu memeluk lama pembantu rumahnya itu.

Ariana berjalan keluar lalu mengeluh panjang. Berat hatinya untuk meninggalkan rumah agam ini. Perasaannya seperti meninggalkan mama dan papanya. Rumah agam itu dipandang lama. Hari semakin gelap. Dia terpaksa bergegas pulang ke sekolahnya sebelum Sun muncul didalam hutan.

Ariana berjalan dengan pantas dengan memegang pedangnya dengan erat. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia tinggal di rumah dan tidak akan kembali ke sekolah itu, namun disebabkan janji dia terpaksa. Bunyi ranting yang dipijak membuatkan Ariana berhenti berjalan. Dia memandang sekeliling.

Hanya kedengaran bunyi biasa di dalam hutan itu. Ariana mengeluh. Mungkin itu hanya perasaannya. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga ada perasaan yang tidak enak terlintas di kepalanya. Gadis itu menyambung perjalanannya namun bunyi ranting yang dipijak semakin dekat dengannya.

Ariana mengeluarkan pedang lalu menghunus ke belakang. Ada seorang lelaki berjanggut yang tersenyum memandangnya. Di tangan lelaki itu terdapat sebilah kapak yang tajam.

" Who are you? What do you want? " Ariana mengundur beerapa tapak ke belakang apabila lelaki tersebut mula bergerak. Pedang ditangannya digenggam kemas. Dia tidak mahu berlaku pertumpahan darah disini.

Tiba-tiba sahaja Ariana terasa seperti ada sesuatu yang laju menuju kearahnya dari belakang. Lantas gadis itu menghalangnya menggunakan pedang . Anak panah yang terjatuh diatas tanah membuatkan Ariana terkejut.

Ariana memandang ke arah lelaki tersebut namun lelaki itu sudah tiada dihadapannya. Deruan nafas yang terasa dileher membuatkan Ariana tersentak.

" Kau sama macam ayah kau.. " Itu adalah kata-kata terakhir yang didengari Ariana sebelum dia jatuh pengsan apabila lelaki itu memacak anak panah di bahu kanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience