Ariana membuat muka selamba apabila ramai yang memerhatikan mereka berdua . Rioz memandang orang ramai dengan pandangan kosong , tidak berminat untuk mengambil tahu hal mereka .
' Eh tu bukan ke Ariana ? Anak kepada empunya tuan rumah mewah yang kat hujung jalan tu .. '
' Ramai yang cakap dia ni sombong . Tak bergaul dengan orang bawahan macam kita ni .. '
' Punca mak dan ayah dia pun kita tak tahu .. Jangan-jangan dia pun ada kena mengena dalam hal ni .. '
' Harini baru nak keluar rumah .. Ada apa-apa ke dia ni .. '
Ariana tersenyum sinis . Inilah yang menyebabkan dia malas untuk keluar berjumpa dengan orang ramai . Mulut mereka mengalahkan ketajaman pisau yang selalu dia gunakan .
Rioz meneliti barang-barang yang berada dipasar sebelum membeli . Ariana menuju ke gerai sebelah . Matanya tertumpu pada sebentuk cincin yang dijual seorang wanita tua .
"Cantik .. Kalau disarungkan dijari kamu .. Ariana .." Wanita tua itu tersenyum sehingga menampakkan giginya yang sudah tiada.
" Macam mana nenek tahu nama saya ? " Ariana memandang wanita tua itu .
" Semua orang kenal kamu Ariana .. Anak kepada Zack dan Atia .. " wanita tua itu menyarungkan cincin pada jari Ariana .
Ariana memandang wanita apabila nama mama dan papanya disebut .
" Ni hadiah untuk kamu dari nenek .. Simpan .. " Ariana ingin bertanya lebih tentang mama dan papanya namun kedatangan Rioz membuatkan gadis itu hanya tersenyum lalu menngucapkan selamat tinggal .
Ariana dan Rioz berjalan hingga ke hujung pasar . Dia melihat sebentuk cincin di jari manis gadis itu . Rioz berdehem perlahan .
" Don't worry .. Cincin tu nenek yang bagi .. Sampai rumah nanti , saya tanggalkan .. " Rioz sekadar mengangguk .
Bukannya Rioz menghalang Ariana dari mendapatkan barang dari orang lain cuma majikannya pernah berpesan untuk mengelakkan dirinya dari menerima pemberian dari orang lain . Dia perlu mengingatkan Ariana . Kita tidak tahu pemberi itu ikhlas atau tidak .
Sampai sahaja dirumah , Ariana bergegas menuju ke biliknya . Itulah apa yang selalu dibuatnya , menyendirikan diri didalam bilik . Pembantunya itu sudah mengenali sikap Ariana .
Rioz meletakkan barang di dapur lalu mengemaskan barang . Dia mula teringat kata-kata seorang penjual kepadanya .
" Kamu ni pembantu rumah agam tu kan ? Makcik nak tanya ni , betul ke anak perempuan dia tu yang ... emm makcik minta maaflah kalau salah.. cuma makcik perlukan kebenaran .. " Rioz tekun memilih barang di gerainya .
" Orang sini cakap , Ariana tu yang terlibat dalam pembunuhan Zack dan Atia.. Sebab Ariana nak kan harta mak ayah dia .. Betul ke ? " Rioz menghempas barang yang dibeli dengan kuat .
" Ni lah sebab Ariana taknak bergaul dengan orang .. Mulut orang macam makcik ni lah .. Tak boleh tengok orang hidup senang .. Kalau Ariana terlibat , saya dah lama laporkan dia .. Ariana tu bukan jenis yang tergilakan harta .. Bukan macam orang sini .. Gilakan harta .. " Rioz berlalu pergi .
Pemuda itu mengeluh perlahan . Dia percayakan Ariana . Dia tahu apa yang berlaku didalam keluarga ini . Cuma dia lebih suka mendiamkan diri dari ikut campur dalam urusan mereka .
Share this novel