Bab 12

Fantasy Series 5758

Ariana membuka matanya perlahan apabila mendengar suara yang menyanyi kecil. Kelihatan Elis tekun membaca sambil menyanyi.

" Oh hey.. Awak dah bangun.. Kejap, saya panggilkan nurse.. " Elis bingkas bangun meninggalkan Ariana.

Tidak sampai 1minit, nurse dan seorang doktor masuk ke dalam bilik Ariana ditemani Elis dan Eddy.

Ariana menghela nafasnya apabila doktor memaklumkan dirinya sudah kembali sihat dan dapat kembali ke kelas seperti biasa mulai esok.

" What are you doing here? Both of you? Where's Rioz? " Ariana memandang Elis dan Eddy dengan pandangan pelik.

" Rioz yang minta saya temankan awak disini .. And you Eddy, what are you doing here? " Kini Ariana dan Elis memandang kearah Eddy yang membuat muka selamba duduk diatas sofa ditepi dinding.

Eddy menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Saya em.. saya.. em.. saya pergi dulu.. bye.. " Pemuda itu bergegas keluar meninggalkan bilik rawatan Ariana. Elis ketawa besar.

" Saya rasa Eddy sukakan awak.. " Penjelasan dari Elis membuatkan Ariana ketawa sinis. Dalam hatinya tidak pernah ada perasaan suka atau sayang terhadap orang lain melainkan mama dan papanya.

Mereka berdua berbual lama. Tapi Ariana banyak mendiamkan diri. Cuma Elis sahaja yang banyak menanyakan soalan.

" Kenapa? Muka awak ni berkerut dari tadi .. Kepala sakit lagi ke? " Elis bangun dan cuba memegang kepala gadis itu namun sempat dihalang oleh Ariana.

Ariana meletakkan jari telunjuknya dibibir, memberi arahan untuk Elis mendiamkan diri. Lantas Ariana menunjukkan kearah pintu bilik rawatannya. Kelihatan bayang-bayang orang yang sendiri berdiri dihadapan pintu.

Tidak sampai beberapa saat, bayang-bayang itu melarikan diri. Elis bergegas menuju ke arah pintu bagi melihat siapakah gerangan orang itu namun orang itu lebih cepat berlari.

" You rasa dia dengar ke apa yang kita cakap? " Ariana bertanya kepada Elis yang masih berdiri dihadapan pintu. Gadis itu hanya mengjongketkan bahu.
Ariana bangun lalu mengambil barangnya. Elis hanya mendiamkan diri apabila gadis itu bangun dari katil. Dia tahu Ariana sudah bosan berada di bilik rawatan.

" Please Elis.. jangan ikut I.. I nak rehat.. " Ariana menghentikan Elis yang berada dibelakangnya. Elis mengangguk perlahan memahami kehendak Ariana. Elis memandang pemergian Ariana dengan satu keluhan.

' Betullah cakap orang.. Kau susah nak percayakan orang.. Aku takkan mengalah Ariana.' Elis berlalu pergi.

Ariana termenung lama didalam bilik. Siapa pemuda yang bersamanya di dalam bilik Riyn dan siapa yang berdiri dihadapan bilik rawatannya? Gadis itu mengeluh panjang. Entah bila matanya mulai tertutup.

Ariana mengusap matanya beberapa kali. Dia tidak pernah selemah ini. Telefon bimbit diambil lalu dibaca mesej yang dihantar oleh Elis.

' Kalau awak nak makan, awak boleh datang bilik saya.. ' Ariana mencampak telefon bimbitnya lalu menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Usai bersiap, Ariana memandang lama dirinya dihadapan cermin. Baju blouse yang sedikit kembang berwarna putih , dipadankan dengan seluar slack putih membuatkan dia nampak lebih anggun berbanding hari biasa. Rambutnya yang ikal dilepaskan . Done!

Ariana berjalan menuju ke cafe sekolah itu. Banyak mata yang memandang tapi hal itu sudah menjadi terbiasa baginya. Sampai sahaja di cafe, Ariana memandang sekeliling. Kelihatan Elis, Eddy dan Daniel makan bersama.

Suasana cafe yang riuh rendah mulai sunyi. Hanya kedengaran ketawa Elis agak kuat. Elis berkerut memandang sekeliling apabila semua orang di cafe mulai senyap.

" Kenapa weh? " Elis memandang Eddy yang sudah tersenyum lebar. Daniel pula tunduk memandang makanan.

Elis menoleh kearah tempat mengambil makanan. Gadis itu sedikit terkejut melihat pakaian Ariana yang sedikit berlainan pada hari itu. Elis melambai-lambai ke arah Ariana apabila gadis itu siap mengambil makanan. Ariana pula menjeling lalu mengambil tempat duduk disudut dinding tanpa menghiraukan Elis.

Elis bangun lalu menuju ke meja Ariana. Tanpa dipelawa, gadis itu terus duduk sambil terukir senyum di wajahnya.

" What do you want? " Ariana hanya makan tanpa memandang ke arah Elis yang berada di depannya.

"Nothing.. Saja nak teman awak makan.. " Elis tersenyum.

" Awak tahu tak.. Ramai yang cakap awak cantik harini.. Ada nak pergi mana-mana ke? " Elis menongkat dagunya.

Ariana mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan rakan yang baru dikenalinya itu. Ikutkan hati, dia ingin pulang ke rumah. Rindukan akan rumah tua itu, rindu untuk berada didalam bilik mama dan papanya.

Ariana kembali memandang ke arah Elis yang tekun menghadap telefon bimbitnya.

" Elis, can i ask you something? " Ariana berhenti makan lalu memandang gadis dihadapannya yang sudah mengjongket kening.

" Kita boleh balik ke rumah tak? Maksud I, boleh keluar dari sekolah ni ke? During our free time? " Pertanyaan itu membuatkan Elis tersenyum lebar.

" Awak nak keluar ke? Kalau nak, kita boleh keluar pergi jalan-jalan.. " Elis membesarkan matanya , seronok bila dapat keluar dari sekolah itu.

" I tak cakap nak keluar dengan you pun.. " Ariana bingkas bangun meninggalkan tray makanannya. Elis sudah memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

Ariana bergegas menuju ke bilik Pengetua Riyn. Dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali namun tiada jawapan. Baru sahaja dia ingin menolak pintu itu, tiba-tiba sahaja dia mendengar suara yang bercakap didalam.

" Please Riyn, you patut hantar dia balik.. Sini bukan tempat dia.. " Ariana seakan dapat mengagak suara yang didengarinya itu.

" Dia akan stay sini.. Itu keputusan muktamad.. You may leave.. " Riyn tetap dengan pendiriannya.

" Dia akan susahkan kita disini.. Dia tak tahu apa-apa tentang sekolah ni.. Dia tak mahir pertahankan diri.. " Ariana tersenyum sinis apabila mendengar Daniel menghinanya.

Pintu bilik ditolak kasar sebelum muncul wajah Ariana. Daniel dan Riyn sudah kelu seribu bahasa .

" I nak minta keizinan you untuk pulang ke rumah.. " Ariana memandang tepat ke arah Riyn yang tersenyum memandangnya. Daniel yang mencebik ditidak dipandang. Sakit hatinya melihat Daniel.

" Make sure you balik sebelum senja.. I wait for you.. " Ariana tunduk hormat sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.

" See.. Manja sangat.. Memang dia tak lama pun kat sini.. " Ariana berhenti apabila mendengar Daniel mengutuknya. Dia tidak mampu menahan sabar.

Gunting yang berada diatas meja diambil lalu dibaling tepat ke arah Daniel. Gunting itu melekat di dinding, di tepi pemuda itu. Leher pemuda itu hampir terkena gunting. Daniel dan Riyn terkejut besar.

" Aku tak ingin langsung tinggal kat sini kalau bukan disebabkan pelajar sekolah ni yang bodoh.. Disebabkan perasaan kasihan , aku terima menjadi pelajar walaupun terpaksa.. Siapa yang paksa aku, orang yang berada disebelah kau tu.. Pengetua yang kau sanjung.. Jangan ingat aku tak pandai pertahankan diri.. Aku boleh bunuh kau bila-bila masa... All of you.. " Entah kenapa Ariana berubah. Gadis itu bergegas keluar .

" I told you.. Dia berubah... Dia merbahaya.. You sendiri boleh nampak mata dia.. Bertukar.. Anak mata dia warna purple... Hantar dia balik, Riyn.. " Daniel bergegas keluar. Dia terkejut dengan perubahan Ariana yang mendadak.

Riyn terduduk, masih terkejut dengan apa yang berlaku. Gambar diatas mejanya diambil. Kelihatan kakaknya, Atia tersenyum manis berdiri disebelahnya.

" What should I do, Atia.. Ariana semakin susah dikawal.. " Riyn mengeluh panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience