Ariana mengusap lehernya perlahan . Sudah semalaman lehernya merah . Selepas sahaja keluar dari bilik rahsia itu , dia terus menguncikan diri didalam bilik . Rioz sudah beberapa kali mengetuk pintu , risau tentang majikannya. Ariana pula memberi alasan untuk bersendirian .
Perut gadis itu sudah berkeroncong minta diisi . Dia mengambil sehelai selendang bagi menutup lehernya . Lebih baik disorokkan dari pembantunya itu , jika tidak pasti Rioz akan lebih bertegas tentang keselamatannya . Adakala , Ariana merasa agak terkongkong dengan kawalan Rioz namun dia faham akan tugas pembantunya itu untuk menjaganya .
Ariana berjalan menuju ke ruang makan . Mujurlah Rioz tiada disitu . Makanan masih berada diatas meja makan . Mungkin Rioz membiarkan makanan itu untuk Ariana jika gadis itu keluar dari biliknya . Ariana menuju ke peti ais lalu melihat pelbagai jenis air . Dia tidak sedar akan kehadiran pembantunya di belakang .
" Cik nak makan ke? Kenapa Cik berselendang dalam rumah ni? Sejuk ke? " Rioz memandang dengan pelik .
" Ah ... emm .. Rioz .. Takpe , saya makan makanan yang atas meja tu je .. Saja nak pakai selendang ni .. " Ariana meninggalkan Rioz dihadapan peti ais lalu duduk dimeja makan .
Rioz setia disisi gadis itu sehingga siap makan . Ariana bangun lalu membawa pinggannya , namun sempat dihalang oleh pembantunya . Ariana hanya membiarkan . Gadis itu mula bergerak menuju ke ruang tamu .
Televisyen dibuka . Siaran yang ditayangkan membuatkan Ariana terasa bosan . Selendang dilehernya juga membuatkan dia rimas lalu dibukanya . Namun tanpa disedari , Rioz sudah terpandang lehernya yang sudah merah .
" Cik ! What happen ?? " Rioz berlari lalu melutut dihadapan gadis itu . Dipegangnya leher gadis itu dengan perlahan . Ariana menghela nafas yang panjang .
" Ni macam bekas tali . Cik cuba nak bunuh diri ke apa ni !!! " Rioz menengking . Ariana menghela nafas panjang . Itulah yang dia jangkakan . Rioz pasti marah .
" Saya tak bodoh lagi nak bunuh diri .. Bilik rahsia tu .. " Ariana menolak kasar tangan pembantunya itu .
" I told you .. Lepas ni bilik tu kita tutup .. Bahaya .. " Rioz bangun lalu mengambil telefon bimbit , mungkin untuk mangarahkan pekerja menutup bilik rahsia itu .
" Don't you dare Rioz !! Saya masih belum dapatkan semua barang dari bilik tu .. " Ariana bersuara kasar .
" Saya minta maaf Cik , tapi tugas saya untuk jaga keselamatan Cik .. Kita terpaksa tutup bilik tu .. " Rioz masih berkeras .
" Go on if you dare .. But remember Rioz , saya sanggup buat apa je untuk tahu semua rahsia yang awak dan parents saya sorokkan !! " Ariana bergegas mendaki tangga menuju ke biliknya .
Pintu bilik dihempas dengan kuat . Sakit hati, bengang dan kecewa . Kenapa perlu rahsiakan ? Kenapa perlu sembunyikan semua benda darinya ?
Ariana mengambil kotak yang berisi kunci lalu dilihat satu persatu . Dia berharap agar kunci laci dibilik bacaan mamanya itu adalah salah satu kunci didalam kotak itu .
Ariana keluar dengan membawa kotak kunci lalu bergegas menuju ke bilik bacaan mamanya . Bilik itu dikunci . Dia mulai mencuba satu persatu dari kesemua kunci tersebut .
Beberapa jam berlalu , namun masih tiada satu pun yang sesuai dengan laci meja itu . Ariana mengeluh panjang . Namun matanya tertarik dengan salah satu kunci yang berwarna perak . Bila dipandangnya lama , kunci itu berbentuk seperti salah satu kotak yang berada dibiliknya . Ya , kotak yang dihadiahkan oleh datuknya sempena hadiah hari jadi .
Ariana berlari dengan pantas namun dia terperanjat apabila Rioz berada didepan pintu bilik bacaan itu .
" I'm sorry Cik Ariana .. Saya tahu Cik sukakan aktiviti lasak , tapi Tuan Zack dah perintahkan saya untuk jaga Cik .. " Rioz tunduk serba salah .
" It's okay .. Saya faham .. Saya boleh bongkarkan semuanya sendiri .. I need to know about my family Rioz .. This is for my sake .. " Ariana berlalu pergi menuju ke biliknya meninggalkan Rioz yang mengeluh panjang .
Ariana mencapai kotak itu lalu dibawa ke bilik bacaan mamanya . Ya , pasti sekali kunci itu sesuai dengan kotak yang dihadiahkan datuknya . Kotak dibuka perlahan . Jantung Ariana berdegup kencang .
Kunci . Kunci yang berbentuk sama seperti laci . Ariana tersenyum lebar . Dia yakin , tidak lama lagi rahsia yang disimpan mama dan papanya akan terbongkar .
Share this novel