Bab 10

Fantasy Series 5754

Ariana mengurungkan dirinya didalam bilik . Perasaan dan hatinya tidak tenteram setelah membuat keputusan untuk tinggal disekolah itu . Pintu biliknya diketuk beberapa kali .

" Leave me alone !! " Ariana menjerit kuat . Sudah beberapa kali Aunty Riyn datang mengetuk pintu bilik , meminta maaf tentang perangainya tadi . Wanita itu tidak berputus asa untuk memujuknya keluar dari bilik .

" It's me Rioz .. " mendengar sahaja nama itu , Ariana menghela nafasnya panjang . Dia membuka pintu , membenarkan pembantunya masuk . Dulang yang dipenuhi makanan diletak diatas meja.

" Gadis tadi , Elis .. nak jumpa Cik Ariana .. " Rioz memandang lama majikannya .

Ariana hanya mengangguk sebelum Rioz berlalu pergi . Entah kenapa , dia dapat rasakan Elis mengetahui lebih banyak rahsia tentang dirinya dan keluarga . Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh gadis itu .

Pintu diketuk sebelum muncul Elis dengan senyuman dibibir .

" Awak dapat bilik paling mewah kat sini .. Hmm , memang lah .. sebab awak kan anak saudara Pengetua Riyn .. " Elis mengambil kerusi lalu duduk tanpa dipelawa . Ariana hanya memandang perilaku Elis dari sisi matanya .

" Boleh tak you jujur dengan I ? Apa yang you tahu tentang I , tentang family I ? " Mendengar sahaja soalan itu , Elis ketawa kecil . Entah apa yang lawak , Ariana tidak pasti .

" Bagi saya , awak bersetuju untuk berada disekolah ini pun dah buat saya berpuas hati .. Saya tak tahu apa-apa tentang family awak .. Tapi sekolah ni , yang menyimpan segala rahsia tentang family awak .. " Ariana mengangkat keningnya . Tidak faham dengan penjelesan Elis .

" Saya tak boleh cakap apa-apa .. Saya pun tak tahu hal family awak .. Just believe me .. Saya tak boleh jelaskan dengan lebih terang sebab banyak yang memerhati .. Lebih-lebih lagi yang memerhatikan awak .. " Elis mula berjalan menuju ke pintu bilik .

" I tak takut dengan mereka semua ni .. Tapi I yakin , I akan selesaikan semua misteri yang berlaku dalam family I .. Nyawa yang diambil perlu dibalas dengan nyawa .. " Ariana mengenggam penumbuknya . Elis sudah tersenyum lebar meninggalkan bilik gadis itu .

Rioz masuk kembali setelah Elis meninggalkan bilik . Dia mulai rasa kasihan kepada majikannya seakan ada bebanan yang besar terpaksa gadis itu tanggung .

" Rioz , awak boleh balik .. I boleh jaga diri I kat sini .. " Rioz memandang lama Ariana . Mana mungkin dia tinggalkan gadis itu berseorangan disekolah ini . Sekolah yang belum tentu selamat . Penghuni sekolah yang belum tentu boleh dipercayai . Rioz menggeleng .

" Sokay Rioz .. awak boleh balik .. Saya selamat disini .. " Ariana mendekati Rioz lalu berbisik sesuatu . Lama pembantunya mendiamkan diri sebelum terpaksa mengangguk . Rioz terpaksa mendengar arahan dari Ariana .

" I trust you .. please .. Anything happen , call me .. " Ariana memegang bahu pemuda itu sebelum Rioz beredar keluar dari biliknya .

Ariana duduk diatas katilnya . Adakah betul keputusan yang dibuatnya ? Soalan itu selalu bermain di fikirannya .

Ding!!Ding!!Ding!!

Loceng berbunyi kuat . Seluruh kawasan sekolah itu dapat mendengar loceng itu .

' Perhatian kepada semua pelajar , malam ini akan diadakan satu perjumpaan .. Sila datang ke padang tepat jam 9 malam .. Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan hukuman .. '

Ariana mengeluh kasar . Ini lah yang paling dibenci apabila berada di sekolah . Terpaksa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan . Ariana bingkas bangun dan mandi . Dia perlu mengambil angin di luar .

Usai mandi dan bersiap gadis itu berjalan disekeliling kawasan sekolah . Bangunan lama , namun cantik dimatanya . Kelihatan ramai pelajar yang beriadah . Tak kurang juga yang berjumpa dengan cinta hati masing-masing . Ariana berjalan sambil berpeluk tubuh kerana angin petang terasa sejuk baginya , mungkin kerana tinggal didalam hutan .

" Ariana .. Well , tak sangka dapat jumpa you kat sini .. " Ariana memandang gadis yang sedikit mewah berpakaian atas hingga bawah .

Gadis itu mencebik lalu tersenyum sinis . " You tak patut tengok orang macam tu .. Patutlah orang cakap you ni berlagak .. " Ariana tersenyum .

" I tak kisah dengan mulut I .. Suka hati I lah nak buat macam mana pun.. Diri I .. " Ariana berjalan melepasi gadis itu namun dihalang dengan tangannya .

" You ingat Ariana , jangan disebabkan sekolah ni kepunyaan Pengetua Riyn , you dapat buat sesuka hati .. Ramai nak jatuhkan you .. " Ariana tersenyum lagi bila gadis itu berkata-kata .

" Well , you lah antara orang yang nak jatuhkan I tu .. " Ariana menolak perlahan tangan gadis itu sambil berlalu pergi .

Ariana masih mengelilingi sekolah hingga dia melihat pelajar berlari masuk ke dalam bangunan . Dia mulai pelik . Dia melihat langit yang semakin gelap . Pelik .

Buk!!

Ariana jatuh tergolek . Ada satu benda yang terbang lalu melanggarnya . Dia mengusap kepalanya yang sakit lalu membuka mata . Benda hitam yang terbang itu menuju ke arahnya dengan gigi yang tajam . Ariana mengensot ke belakang . Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangannya sakit , mungkin terkehel .

Tiba-tiba muncul seorang pemuda dihadapan Ariana dengan pedang ditangan lalu diangkatnya apabila benda yang terbang itu mendekati mereka .

Benda besar yang terbang itu berlalu pergi lalu pemuda itu mengangkat Ariana masuk ke dalam bangunan . Pintu bangunan itu ditutup .

" Are you crazy ? Nak mati ke ? Kalau kau nak mati pun , takkan lah nak mati kat tangan Sun ! Fikirlah sikit ! " Daniel sudah mengamuk lalu membaling pedangnya ketepi pintu .

Elis dan rakan perempuan yang lain sudah berlari mendapatkan Ariana yang terduduk . Gadis itu seakan dipukau , masih terkejut dengan apa yang berlaku .

" Kau tak perlulah nak tengking dia macam tu.. Dia baru masuk sekolah ni .. Dia tak tahu apa-apa tentang Sun .. Cuba berlembut sikit dengan perempuan .. " Elis mengusap perlahan kepala Ariana .

" Memang patut dia kena tengking macam tu .. Aku tak suka berlembut dengan perempuan lebih-lebih lagi dengan dia ni haa .. " Daniel sudah mengambil pedang yang dicampaknya dan berlalu pergi .

" Next time jangan ambil keputusan mudah nak masuk ke sekolah ni kalau diri sendiri pun tak pandai jaga .. Nak hidup kat sekolah ni , kita kena jaga diri sendiri .. Jangan berharap kat pembantu atau pengawal je .. Tak guna masuk sekolah ni kalau ilmu pertahanan diri pun tak tahu .. " tambah Daniel lagi sebelum berlalu pergi .

Elis menghela nafas panjang sebelum membawa Ariana ke biliknya .

Ariana menangis didalam bilik air sejurus Elis dan rakan perempuan yang lain meninggalkan biliknya . Entah kenapa dirinya terasa sangat lemah berada disekolah ini . Jika di rumah dia pasti kuat dan mampu melawan benda yang terbang itu . Pemuda yang dikenali Daniel itu , terlalu membencikan dirinya seakan ada sesuatu yang pernah dibuat Ariana .

Beberapa jam Ariana berada didalam bilik air sebelum dia keluar dan berbaring di atas katil . Banyak yang difikirnya . Telefon bimbitnya dicapai . Banyak mesej dan panggilan yang tidak dijawab .

Ariana lantas menelefon pembantunya , Rioz . Sebaik sahaja dia mendengar suara pembantunya , Ariana menangis teresak-esak . Gadis itu sebak . Rindu , sedih , marah bercampur .

" Cik Puan okay ? What's wrong ? Ada orang sakitkan Cik ke ? Ni lah sebab saya nak tinggal disana tapi Cik Puan degil !! Saya bersiap sekarang .. Saya datang .. " Rioz ingin mematikan panggilan namun sempat dihalang oleh Ariana .

" No need ! Just stay there .. I need someone to take care my house .. Please Rioz .. Listen , kalau awak datang sekarang , nyawa awak mungkin boleh melayang .. Macam saya .. " Ariana menghela nafasnya panjang .

" What??!! Apa dah jadi ni Cik Puan ??!! Saya baru je tinggal dah jadi macam-macam .. " nada suara Rioz sudah bertukar . Marah betul pembantunya itu .

" I don't know , Rioz .. Ada something kat sini .. Saya tak pasti benda apa .. But benda tu terbang .. Pelajar kat sini panggil benda tu Sun .. Yes , benda tu hampir nak bunuh saya .. I don't know anything .. Saya tak tahu langsung bila waktu dah senja , semua pelajar perlu masuk ke dalam bangunan .. Saya merayau kat luar .. My fault .. " suara Ariana sayu . Dia mula teringat Daniel memarahinya .

" Sun , makhluk jahat tu .. Damn it !! Esok saya datang .. Cik Puan jangan risau .. Cik Puan rehat and tidur.. Jangan risau .. Everthing's okay .. " Rioz memujuk gadis itu . Lama Ariana mendiamkan diri sebelum meletakkan panggilan .

Ariana menarik selimut hingga ke paras dada . Dia mengeluh panjang . Tidak sabar untuk menunggu hari cerah . Banyak yang perlu diterangkan kepada Rioz . Entah kenapa dia merasa sunyi apabila pembantunya , Rioz tiada disisi . Dia memaksa matanya untuk tidur walaupun sukar . Mujurlah dia jenis yang mudah lena .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience