Bab 9

Fantasy Series 5754

Ariana membuat muka selamba lalu menjamah makanan yang diambil oleh Rioz untuknya . Ikutkan hati dia tidak ingin makan di cafe di sekolah itu namun disebabkan itu adalah arahan dari Aunty Riyn , dia ikutkan saja . Dia malas hendak melayan banyak mata yang memandangnya sambil bercakap sesuatu yang buruk .

' Itu ke Ariana ? Anak saudara pengetua Riyn ? '

' She's beautiful . '

' Biasa je tak cantik pun .. Muka berlagak.. '

' Berlagak lah , anak orang kaya .. '

' Aku dengar cerita orang kat sini , dia tu bunuh mama papa dia .. '

' Aku ingatkan dia dah mati .. Sebab dah lama dia tak keluar rumah .. '

' Aku rasa mama dan papa dia tu bunuh diri sebab yelaa dah curi harta orang lepastu , bunuh diri taknak tanggung malu .. '

Rioz memandang muka Ariana yang sudah merah padam menahan marah . Dulang makanan ditolak kasar oleh gadis itu . Semua mata mula memandang kearahnya . Ariana bangun lalu bergegas menuju ke pintu cafe sebelum terlanggar dengan seorang pemuda. Ariana hanya menjeling tajam sebelum berlalu tanpa ucapan maaf .

Daniel memandang pemergian gadis itu tanpa perasaan . Rioz mendekati Daniel sebelum meminta maaf beberapa kali .

" It's okay .. Saya faham .. " Daniel hanya tersenyum memandang pembantu itu .

Rioz tunduk sebelum meminta diri untuk mengejar Ariana .

Di bilik , Ariana sudah mengamuk sakan . Semua barang yang berada diatas meja dibalingnya . Sakit hatinya apabila mendengar ada yang mengutuk mama dan papa tentang perkara yang buruk .

Rioz muncul didepan pintu sebelum mengutip semua barang yang dicampak Ariana . Dia tahu gadis itu bengang dengan pelajar-pelajar yang berada di cafe tadi .

" Rioz , I nak balik .. I tak kisah dah , apa yang ada kat luar tu .. lagipun dah pagi ni .. Kemas barang .. sekarang.. " Ariana mengarah pembantunya itu sebelum pemuda itu mengangguk perlahan .

Pintu diketuk beberapa kali sebelum muncul Riyn dan dua orang pemuda . Mungkin pembantunya .

" Ariana sayang .. Kenapa ni .. " Riyn mendekati anak buah nya sebelum duduk diatas katil Ariana .

Ariana menyambung mengemas tanpa mempedulikan adik kepada arwah mamanya itu .

" Rioz , kenapa ni ? Apa dah jadi ? " Rioz hanya tunduk apabila Riyn mula bertanya kepadanya . Dia tidak ingin ikut campur dalam urusan Ariana .

" Ari tak tahulah apa yang Aunty ajar kat sini .. Ari tak tahu apa yang pengajar-pengajar buat kat sini .. Buang masa atau makan gaji buta .. Langsung tak ajar budak-budak kat sini tentang adab .. You know what , mereka semua kutuk Ariana .. Ari tak kisah , but sekali mereka semua hina and kutuk mama papa , Ari tak boleh berdiam diri .. " Ariana melepaskan perasaan yang dipendamnya . Riyn menghela nafas panjang .

" Tim , tolong check cctv .. Panggil semua pelajar yang ada di cafe sewaktu Ariana masih berada disana .. you tahu apa yang perlu dibuat selepas tu .. " pemuda yang selalu mengiringi Riyn mengangguk sebelum bergegas pergi .

Ariana menjeling Riyn disebelahnya sebelum menyambung mengemas . Riyn pula hanya menghela nafasnya panjang sebelum berlalu pergi .

Usai sahaja Ariana dan Rioz mengemas barang , mereka bergegas keluar menuju ke pintu hadapan sekolah . Sebelum sampai dipintu sekolah , mereka harus melalui padang yang sangat besar .

Ariana terhenti seketika apabila melihat ramai pelajar yang berkumpul dipadang itu . Matanya terbuntang luas . Beg yang dipegangnya terjatuh . Rioz memandang gadis itu sebelum menoleh ke arah padang .

Pelajar-pelajar yang ada dicafe sudah diikat disebatang kayu yang besar sebelum dipukul oleh beberapa orang pemuda . Ariana mengenggam tangannya . Gadis itu dapat melihat Riyn berada di tengah padang , duduk diatas kerusi menyaksikan kesakitan pelajar-pelajar yang dipukul itu .

" Kesian kan mereka semua tu .. Itu lah , disini mulut perlu dijaga .. Jangan jaga ditepi kain orang.. but you know .. manusia .. " Ariana menoleh ke arah seorang gadis yang bercakap dengannya . Ariana mengangkat keningnya .

Gadis itu menghulurkan tangan sebelum mengenalkan dirinya . " Elis , Elis Vock .. " Ariana memandang lama tangan gadis itu sebelum menoleh kembali ke arah padang .

Gadis itu hanya tersenyum apabila melihat Ariana tidak menyambut salam itu . Betullah yang dikatakan orang ramai , Ariana tidak mudah bergaul , dan banyak mengelakkan diri dari bersentuhan dengan orang yang tidak dikenali .

" Awak Ariana kan .. Anak saudara kepada Pengetua Riyn .. " Ariana kembali menoleh ke arah gadis yang tidak berputus asa ingin berbual dengannya .

" Sorry , sorry .. Saya ingatkan awak ni jenis mesra .. " Elis mengangkat kedua belah tangannya seakan menyerah .

" You tahu siapa I .. So you tahu I jenis macam mana .. I rasa you pun dah dengar macam-macam tentang I .. " Ariana menjeling gadis yang tersenyum lebar .

" Yes , saya tahu . But saya malas nak ambil tahu .. lagipun belum tentu apa yang mereka semua cakap betul .. Benda tak jadi depan mata saya , so tak perlu kot saya nak percaya bulat-bulat ... " Ariana memandang Rioz apabila mendengar gadis itu petah berkata-kata .

Rioz mula tunduk sebelum berlalu pergi . Dia faham dengan pandangan Ariana yang inginkan ruang untuk dia dan Elis berbual .

" So , apa dah jadi dengan mereka tu .. " Ariana memandang kembali ke arah padang . Hukuman masih dijalankan . Hatinya mulai serba salah . Semuanya disebabkan mulut lancangnya yang mengadu kepada Riyn .

" Well as you know , hukuman .. Semua yang awak buat kat sini , di rakam .. Dipandang .. Dikawal .. " Elis menghampiri Ariana sebelum berdiri disebelahnya .

" Yes I tahu .. Tapi tak kejam sangat ke buat hukaman macam ni .. Tak ada parents mereka yang complain ke ?? " Ariana mulai rasa senang untuk berbual dengan Elis .

" Parents ? Mereka lagi suka bila Pengetua Riyn buat macam ni .. Untuk ajar mereka cara yang betul untuk hidup .. Look , boy yang pakai hijau tu .. " Ariana mencari pemuda yang berbaju hijau yang diikat . Dia memandang lama pemuda itu sebelum berganjak ke belakang beberapa langkah .

" You mesti tak percayakan .. " Elis sudah ketawa besar . Ariana pula sudah merasa seram sejuk .

" Pada mulanya , saya pun macam awak .. Takut.. But bila dah lama , benda tu jadi kebal .. Yes , dia sangat kuat that's why dia yang paling teruk kena.. Bagi kita yang melihat, benda yang dibuat tu sangat sakit , tapi bagi pemuda tu , just perkara biasa.. Ariana memandang Elis dari atas hingga bawah.

" Tak payah pandang saya macam tu .. Saya ni boleh buat benda biasa je .. Memanah .. Ramai orang kat sini yang pandai memanah .. But tak ramai orang macam you .. Girl yang pandai main pedang .. " Ariana mengangkat keningnya .

" Kat sini yang pandai main pedang hanya lelaki .. Tetapi tak semua tau .. hanya segelintir .. Saya tahu awak main pedang pun disebabkan cerita-cerita yang tersebar luas .. " Ariana kembali memandang ke arah padang .

" Kenapa Riyn kejam sangat... I dah serba salah .. Semuanya salah I sebab mengadu hal ni .. " Ariana tunduk .

" Eh awak baru tahu ke Pengetua Riyn macam tu .. Saya rasa awak sebagai anak saudara tahu lebih tentang perangai Riyn .. " Ariana kembali memandang Elis . Kulit gadis yang baru dikenalinya itu kuning seperti langsat . Matanya pula sepet dan bibirnya kecil . Cantik dimata Ariana .

" Awak jangan cakap , awak tak tahu macam mana perangai Riyn .. " Ariana menggeleng .

" Oh my god Ariana .. Okay , dia boleh jadi baik .. Boleh jadi jahat and kejam dalam sekelip mata .. Riyn yang awak pandang sekarang , kejam .. " Elis ketawa .

Ariana memandang ke arah padang sebelum matanya bertembung dengan Riyn . Ariana memberanikan diri lalu berjalan ke arah adik kepada mamanya itu .

Elis tersenyum sebelum berlalu pergi . Rioz pula berlari mendapatkan Ariana . Dia tidak boleh meninggalkan Ariana seorang diri .

" What are doing Aunty ? Kenapa buat macam ni .. Lepaskan mereka.. Dah teruk sangat ni .. " Ariana memandang gadis yang tergantung dihadapannya . Badannya sudah berdarah teruk . Ya , itu lah gadis yang paling teruk menghinanya .

Riyn sudah tergelak besar . Sinis bunyinya . Dia menggeleng beberapa kali .

" Oh come on Ariana , ni yang kita perlu buat dengan orang jahat.. Ni yang sekolah ajar .. Hukuman yang paling teruk untuk ajar semua pelajar supaya jadi manusia lebih berguna .. " Riyn mengetap bibirnya .

" Yes I know .. But ni dah teruk sangat.. Just stop it please .. " Ariana seakan merayu kepada Riyn .

Riyn tersenyum sinis sebelum berkata " Aku lepaskan mereka dengan syarat , kau bersekolah disini .. " Ariana melopong .

" Syarat apa macam tu Aunty ? Aunty dah gila ke apa ? " Ariana menjerit kuat .

" Then aku takkan lepaskan mereka semua .. You know Ariana , mereka akan dihukum selama 3jam ditengah panas dengan keadaan mereka berdarah .. Siapa yang survive , well done.. But siapa yang tak mampu tahan .. Kami akan hadiri pengebumian dia .. " Ariana mengenggam penumbuknya . Sakit hatinya .

Bunyi pelajar-pelajar yang mengerang kesakitan semakin kuat . Sekeras mana pun hatinya , dia masih mempunyai perasaan belas kasihan pada orang lain .

Daniel , Eddy dan Elis mendekati Ariana . Entah bila mereka bertiga sudah berada disitu , Ariana sendiri tidak pasti. Elis memandang gadis itu , menunggu untuk mendengar keputusan dari mulut itu sendiri .

" You patut stay sini .. You perlu tahu tentang family you .. Semua jawapan ada disini .. " Elis bersuara . Ariana memandang gadis itu lama .

" I help you .. " Elis berkata lagi .

" Macam mana you boleh tahu apa niat I datang ke sekolah ni .. " Ariana memandang gadis itu meminta jawapan .

" Please , just stay here.. I jelaskan nanti .. " Elis memandang gadis itu mengharapkan supaya Ariana memahami maksudnya .

" Don't .. just go home.. We don't need you here.." Daniel bersuara . Dia menjeling tajam gadis yang berada dihadapannya itu .

" Stay .. " Eddy bersuara perlahan namun masih dapat didengari oleh mereka yang berada disitu .

" What are you doing Eddy .. Stupid .. Just go home .. please .. " Daniel sudah merayu kepada gadis itu . Namun hati Ariana sudah sayu mendengar pelajar lain mengerang kesakitkan . Ariana mengangguk perlahan sebelum berkata ,

" I stay .. I akan jadi pelajar sekolah ni .. " Rioz mengangkat kepalanya memandang Ariana sebelum tunduk kembali mengharapkan Ariana membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya .

Riyn sudah menepuk tangannya kerana terlalu gembira dengan keputusan Ariana . Dia mengangguk kepada pemuda-pemuda yang memukul pelajar itu sebelum mereka semua bergegas kembali ke bangunan sekolah . Pelajar yang memerhatikan kejadian itu membantu menurunkan semua pelajar dan membawa mereka bagi mendapatkan rawatan .

" Kau akan menyesal Ariana.. Kau akan menyesal .. " Daniel mendengus kasar sebelum berlalu pergi dengan perasan bengang .

Eddy sudah tersenyum mesra sebelum berlari mendapatkan Daniel .

Elis mendekati Ariana sebelum menepuk bahu gadis itu , " Welcome to Colin Riyn Skill " .

Ariana menepis tangan Elis sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience