Ariana membuka matanya perlahan. Dia. memerhatikan kawasan sekitar yang agak suram. Ariana bangun perlahan cuba menahan sakit yang menyerang kepalanya. Mungkin disebabkan anak panah yang terkena dibahunya. Ariana memegang bahunya yang berbalut .
Beberapa orang lelaki sedang bercakap diluar dengan suara yang kuat. Keadaan kelihatan tegang antara mereka.
" Aku dah bagi amaran, jangan masuk campur hal mereka.. Yang kau bawa balik perempuan tu ke kawasan kita kenapa? " Lelaki yang berkulit cerah dan mempunyai janggut panjang memarahi lelaki yang berhadapan dengannya.
Ariana memerhatikan gerak geri mereka dari tingkap kecil. Lelaki yang membawanya kesini dimarahi dengan teruk kerana membawanya tanpa pengesahan.
Pintu pondok yang diduduki Ariana terbuka luas. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang memakai cawat tersengih memandangnya. Ariana berganjak ke belakang beberapa tapak. Sudah lama dia tidak melihat kanak-kanak. Terasa agak janggal disitu.
Kanak-kanak lelaki itu mendekati Ariana lalu memegang tangannya. Tiba-tiba sahaja fikiran Ariana menjadi kosong. Dia tidak dapat berfikir dengan jelas. Sunyi sepi diantara mereka berakhir apabila seorang wanita menjerit dengan kuat.
Ariana tersedar lalu memandang ke arah pintu.
" Aku mohon, pulangkan anak ku.. Dia tak bersalah.. " Kanak-kanak lelaki itu masih memegang tangannya dengan mata yang tertutup. Tiada tanda untuk berganjak.
Tidak sampai beberapa saat pondok itu diserbu oleh ramai orang. Ariana memandang dengan perasaan serba salah.
" Kau sepatutnya pilih lawan yang sama besar dengan kau!! Bukannya ambil budak kecil macam dia... " kedengaran seorang lelaki memerlinya.
,
Kanak-kanak lelaki itu meleraikan pegangannya lalu memeluk kaki Ariana lama. Kejadian itu mengejutkan semua orang yang berada disitu.
" Hud, mari sayang.. Ibu kat sini.. " perempuan yang menjerit tadi memanggil anaknya dengan lembut dan air mata yang masih bersisa dipipi. Ariana meleraikan tangan Hud lalu menunjuk ke arah ibunya. Hud mengangguk perlahan sebelum berlari ke arah ibunya.
Kedengaran seseorang berdehem dengan kuat sebelum orang yang berada disitu memberi laluan. Ariana memandang lelaki tua yang memegang tongkat masuk ke dalam pondok itu lalu berhadapan dengannya.
" Keluarkan aku dari tempat ini.. Aku tak tahu apa yang terjadi.. Kenapa aku dibawa ke sini?? " Ariana mulai bersuara.
Lelaki tua itu memandang sekeliling. Ramai yang tunduk memandang tanah.
" Maafkan kesilapan rakyat aku.. Mereka masih tidak faham dengan apa yang berlaku.. Pergilah.. Kau bebas.. " Lelaki tua itu tunduk seakan hormat dengan Ariana.
Ariana mula bergerak ke hadapan. Jalan dibuka kepadanya untuk lalu. Lantas Ariana berlari dengan pantas meninggalkan perkampungan itu.
Sudah beberapa jam berlalu namun Ariana masih lagi tidak menjumpai jalan ke sekolah. Ariana sudah mengigil lantaran hari sudah semakin gelap. Dia risau akan binatang buas dan makhluk Sun yang suka merayau pada waktu malam.
Ariana berhenti dan memegang pedang yang dibawanya. Dia perlukan kekuatan untuk menempuhi apa yang bakal berlaku. Bila-bila masa sahaja Sun akan keluar dan mencarinya.
Suasana hutan mulai sunyi sepi. Tiada lagi bunyi cengkerik ataupun haiwan. Ariana memegang pedangnya dengan kemas. Matanya liar memandang sekeliling.
Tiba-tiba sahaja deruan angin yang kuat menghala kearahnya sehingga gadis itu jatuh ke tanah . Ariana pantas bangun lalu memandang ke arah pokok dihadapannya . Kelihatan Sun memerhatikannya dengan mata yang merah.
Bila-bila masa sahaja Sun boleh menyerangnya. Ariana mulai berjaga-jaga. Dia memandang sekeliling seolah-olah ada benda yang memerhatikannya dari jauh. Ariana berganjak ke belakang setapak lalu Sun yang berada diatas pokok mulai menyerangnya.
Ariana berlawan dengan sedaya upaya. Sun yang berada di hadapannya tersangat kuat sehingga mampu menolak Ariana ke belakang. Ariana jatuh terjelepok apabila Sun melibaskan ekornya ke tanah. Sun menyerang lalu mengigit lengan Ariana sehingga berdarah.
Ariana menjerit sekuat hati. Tiba-tiba sahaja anak matanya berubah kepada warna ungu. Ariana mengambil batu yang berada disebelahnya lalu memukul kepala Sun dengan kuat. Gadis itu sudah hilang kawalan. Dia tidak mampu mengawal kuasanya lalu dibunuhnya Sun dengan sekelip mata. Pedang yang dihunus ke dada Sun ditarik dengan kuat.
Bunyi tapak kaki di belakang membuatkan Ariana berpusing dengan serta merta. Pedang diangkat , sudah bersedia untuk melawan apa yang berada dibelakangnya. Ariana memerhatikan beberapa orang lelaki dan perempuan menghampirinya.
Ariana tidak dapat mengawal dirinya lalu dihunusnya pedang ke arah lelaki dan perempuan itu. Mereka semua terkejut lalu bersiap sedia untuk menyerang.
" Jangan sakitkan dia!! " Ariz menjerit dengan kuat.
" Dia akan bunuh kita semua!!! " seorang pemuda mulai bersuara dengan tegas .
" Kau jangan berani sakitkan dia!! " Ariz menjerit kembali. Dia mengeluarkan pedangnya.
Ariana sudah hilang kawalan. Dia menghunus pedangnya beberapa kali ke arah kumpulan itu sehingga ada beberapa orang yang tercedera.
" Kita perlu lemahkan dia !! Panah je!! " Pemuda yang bersuara tegas itu memberi arahan. Dia sudah tidak menghiraukan Ariz yang menjerit tidak keruan supaya tidak memanah Ariana.
" Ariana!!!!!! "suara garau yang dikenali mulai kedengaran di telinga Ariana lalu gadis itu mulai sedar dan anak matanya berubah kepada biru. Namun, salah seorang dari kumpulan itu telah melepaskan panahan dan terkena tepat di dada Ariana.
Ariz menjerit dengan kuat. Lantas dia berlari mendekati Ariana lalu mencabut anak panah itu dengan kuat.
Daniel berlari mendapatkan Ariana lalu menekan luka di dada gadis itu.
" Cepat! Bawa dia pulang! Tak banyak masa! " Daniel memegang bahu Ariz, seakan memberikan kekuatan kepadanya. Ariz mengangguk perlahan lalu berlari sambil menggendong Ariana.
Pengetua Riyn setia menunggu dihadapan pintu pagar sekolah dengan hati yang risau. Dia risaukan keselamatan Ariana.
Hati Riyn bagai direntap apabila melihat Ariz berlari dengan membawa Ariana yang dipenuhi darah.
" What happen?!! Ariana ??!! " Riyn memandang Ariz meminta penjelasan.
" Please save her.. " Ariz sudah tidak mampu berkata-kata.
Riyn mulai mengarahkan beberapa orangnya membawa Ariana ke bilik rawatan. Gadis itu sudah tenat. Terdapat banyak luka sehingga dia tidak mampu melawan sakit yang ada pada dirinya.
Ariz menunggu diluar bilik rawatan bersama Riyn dengan hati yang sedih dan pilu. Air mata Ariz sudah kering. Dia tidak mampu bayangkan hidupnya tanpa Ariana. Daniel, Elis dan Eddy berlari mendapatkan Riyn.
" Macam mana keadaan dia? " Elis bertanya dengan hati yang gusar. Luka di tangannya sudah dibalut kerana terkena pedang Ariana ketika menyelamatkan gadis itu didalam hutan.
Pengetua Riyn menggeleng. Dia masih tidak dapat sebarang laporan tentang keadaan Ariana sekarang. Sudah dua jam mereka diluar.
Daniel menghantuk kepalanya beberapa kali di dinding.
" Siapa yang bagi arahan untuk panah dia? " Daniel bertanya perlahan. Ariz mendiamkan dirinya.
" Siapa??!!!! " Daniel bertanya buat kali kedua.
" Aku.. " Pemuda yang memberi arahan untuk memanah Ariana kini berada di belakang mereka semua.
Ariz menggempal penumbuknya. Eddy tidak dapat menahan marah lalu meluru ke arah pemuda itu dan menumbuknya.
" Stop it!! All of you!! Benda dah jadi !! Kita sepatutnya bertenang, bukannya besarkan hal! Please respect me while im here ! " Riyn bersuara dengan tegas.
" Im sorry! Dia dah cederakan ramai orang kita.. Dia terlalu kuat.. Aku terpaksa lemahkan dia.. Aku tak sangka anak panah akan kena di dada.. Maafkan aku.. " Daniel menjeling tajam. Ariz menghela nafasnya dengan kuat.
Pintu bilik rawatan dibuka lantas memutuskan ketegangan antara mereka semua.
" I tak percaya dengan apa yang jadi , tapi dia selamat.. Dia kuat.. You know why.. " Lelaki tua yang merawat Ariana berlalu pergi membuatkan semua yang berada disitu menghela nafas lega. Daniel, Elis dan Eddy berpandangan sesama sendiri. Ada yang pelik disitu.
Share this novel