Bab 3

Fantasy Series 5754

Minggu berganti minggu dan berbulan berganti bulan . Ariana masih lagi menghabiskan sisa hidupnya di rumah . Rioz pula hanya mendiamkan diri . Tidak ikut campur dalam urusan gadis itu .

Ariana sibuk menghabiskan masa dengan berlatih pedang . Entah kenapa hatinya terasa aman apabila bersama pedang . Seakan pedang itu memahami dirinya . Hari makin hari , dirinya semakin mahir dengan bermain pedang .

" Makanan saya dah siapkan .. " Rioz tiba-tiba muncul di tepi gadis itu . Ariana sedikit terkejut .

" Rioz please .. Awak suka tau terkejutkan saya .." kata Ariana kepada pembantunya .

" Maafkan saya Cik Ariana .. " Rioz menunduk perlahan .

Ariana meletakkan pedang yang dipegangnya . Dia bergerak meninggalkan ruang bawah tanah . Rioz mengambil pedang yang Ariana gunakan lalu dibersih sehingga berkilat .

Tidak sampai beberapa minit, gadis itu sudah siap mengemas meja makan . Dia lebih suka berdikari dari meminta pembantunya untuk menyiapkan segalanya .

Ariana mula bergerak menuju ke bilik bacaan mamanya . Pintu bilik ditolak perlahan . Hatinya mula dirudum kerinduan . Dia berjalan perlahan menuju ke meja belajar yang menempatkan banyak barang .

" Why ma ? What happen ? I need clue .. " Ariana menyapu air matanya perlahan .

Dia membuka buku cerita yang paling digemarinya sejak kecil . Sebaik sahaja halaman seterusnya diselak , dia ternampak satu tulisan .


' Colin Riyn Skill '

Ariana membelek halaman seterusnya . Namun sudah tiada apa yang tertulis. Gadis itu mula membelek halaman yang seterusnya sehingga tamat . Dibelakang muka surat terakhir terdapat gambar peta yang dilukis .

Gadis itu mula membelek kesemua buku yang berada diatas meja namun tiada lagi catatan yang mencurigakan . Dia membuka semua laci meja namun laci yang terakhir memerlukan kunci .

" Riozz !! " Ariana menjerit dengan kuat . Entah pembantunya dapat mendengar atau tidak lantaran rumah mereka yang teramat besar .

Tidak sampai beberapa saat , Rioz sudah tercegat di muka pintu sambil menunduk .

" Mana kunci laci untuk meja ni ? " Ariana mulai bangun dan menunjukkan laci yang terkunci .

" Maaf Cik , saya tak pasti .. Puan Atia tidak pernah meminta saya untuk masuk ke dalam bilik ni .. Hanya dia dan Tuan Zack yang dibenarkan masuk .. " Rioz tunduk .

" Find the key .. Now .. I need it .. " Ariana bergerak menuju ke rak buku yang tinggi . Bilik bacaan mamanya sudah seperti perpustakaan yang besar . Sukar baginya untuk mencari sesuatu .

Pembantu lelakinya itu hanya mengangguk dan bergerak menuju ke tingkat bawah . Mungkin ada kunci simpanan yang menempatkan semua kunci didalam rumah itu .

Ariana mula mencari buku yang memaparkan kesemua peta . Dia perlu mencari tempat yang dilakar mamanya seperti peta didalam buku . Kesmua buku yang melibatkan peta , diambilnya lalu dilihat satu persatu.

Hampir separuh hari Ariana berada didalam bilik bacaan buku . Dia sudah berputus asa . Semua peta yang berada didalam buku dibandingkan dengan peta yang dilakar itu namun tiada yang sesuai .

Pintu bilik bacaan itu diketuk beberapa kali .

" Maaf Cik , tapi kunci tu tiada ditempat simpanan kunci rumah ni .. Mungkin Puan Atia sahaja yang memegang kunci untuk laci itu .. " Rioz menunduk . Dia serba salah kerana tidak dapat memenuhi kehendak Ariana .

" Sokay , saya cari sendiri .. Siapkan makan malam .. " Ariana mulai bangun dan keluar dari bilik bacaan mamanya .

Gadis itu masuk kedalam bilik lalu menghempaskan tubuhnya ketilam . Kepalanya pening memikirkan peta yang dilakar itu . Kenapa perlu dilakar peta sebegitu di dalam buku cerita kanak-kanak ? Kenapa tidak dilakar diatas kertas yang kosong ?

Gadis itu bangun dan membersihkan diri lalu dia turun ke bawah untuk makan malam . Dia nekad untuk mencari kunci laci yang disimpan itu . Ada sesuatu yang mencurigakan tentang bilik bacaan itu . Sebelum ini , dia tidak pernah memasuki bilik bacaan itu kerana dihalang oleh mama dan papanya . Mungkin ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka berdua .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience