Bab 17

Fantasy Series 5754

Ariana menjerit dengan kuat sambil menutup telinganya. Daniel kaku apabila melihat Ariana seperti itu seakan akan sesuatu yang teruk akan berlaku . Ariz memandang Daniel lama. Hanya dia sahaja tahu apa maksud pandangan itu.

Tiba-tiba sahaja Eddy berlari dan mendekati Ariana serta memegang kedua dua tangan tersebut ketika dia sedang menutup telinga. Gadis itu sudah menggelupur meminta untuk dilepaskan.

Ariz berlari mendapatkan adiknya lalu memanggil nama Ariana beberapa kali. Anak mata Ariana sudah bertukar biru sebelum dia rebah di dalam dakapan Eddy.

Hari sudah jauh malam. Ariana sudah dibawa pulang ke sekolah itu dan di asingkan didalam bilik di bawah tanah yang sudah lengkap dengan segala kelengkapan. Dia diletakkan di dalam bilik rawatan lantasan tidak sedarkan diri sejak dibawa pulang.

Ariz menghela nafasnya panjang. Dia tidak sangka hal akan terjadi sebegini teruk. Ariana sudah semakin kuat. Dia harus ceritakan segalanya kepada Ariana namun adakah Ariana mampu menerima segalanya dalam satu masa?

Bunyi batuk yang kuat mengembalikan ingatannya ke dunia realiti. Ariz berjalan dengan pantas menghampiri bilik Ariana namun berhenti seketika di hadapan pintu apabila Eddy, Daniel dan Elis juga menghampiri bilik tersebut.

" Kamu semua boleh bersurai.. Aku perlukan masa untuk bercakap dengan dia.." Ariz tunduk memandang kakinya apabila bercakap.

" Tapi..." belum sempat Daniel berkata, Ariz sudah masuk ke dalam bilik tersebut dan mengunci pintu. Elis memegang bahu rakan karibnya.

" Kita bagi dia masa.. Kau berdua boleh rehat.. Aku tunggu disini sampai Ariz keluar.. Kalau ada apa-apa, aku panggil.. " Elis menapak ke arah kerusi yang disediakan.

Daniel dan Eddy hanya mengangguk kecil dan berlalu pergi. Elis bersandar di kerusi dan menutup matanya untuk seketika. Hari yang penat buatnya. Disebabkan penat serta badan yang sakit, akhirnya dia terlelap di kerusi itu.

Di dalam bilik pula, Ariz mendekati Ariana yang terbaring sambil mencapai gelas air yang berada ditepinya. Pemuda itu mengambil gelas itu lalu dihulurkan kepada Ariana lalu diminum dengan rakus seperti sudah lama tidak minum air.

Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu dimana untuk dimulakan. Ariz berdehem untuk memulakan cerita namun dipintas oleh Ariana.

" Where are you when I need you? If you are my brother, where are you when our parents are buried? You let me alone all this time.." kata-kata Ariana menikam hati pemuda itu.

Ariz hanya mampu menggeleng. Betul apa yang dikatakan Ariana. Dia tiada ketika gadis itu perlukannya, dia juga tiada ketika ibu dan ayah mereka dikebumikan.

" Mama papa tak nak abang kembali.. Mereka minta abang tinggal dengan Aunty Riyn dari abang kecil sampai sekarang.. Sekarang, abang nak Ari rehat.. Bila dah sembuh, abang akan jelaskan semuanya pada Ari.." Ariz tersenyum memandang adiknya.

Ariana memandang disudut bilik lama sebelum mengangguk. Gadis itu menarik selimut dan melelapkan mata. Dirinya masih terasa penat dan badannya sakit. Pintu kedengaran ditutup menunjukkan Ariz sudah keluar dari bilik itu.

Elis yang terlelap di kerusi terus terjaga apabila mendengar pintu bilik itu ditutup.

" How is she?" Elis menggosok matanya beberapa kali. Ariz hanya tersenyum.

" Jangan risau, dia okay.. Cuma perlu rehat.. it's okay Elis.. You jangan risau.. Jom saya hantar awak ke bilik.." Elis memandang Ariz lama. Tidak berani untuk menolak tawaran lelaki pemuda yang menjadi idolanya itu.

Dalam perjalanan ke bilik, Elis memulakan perbualan.

" You dah ceritakan semua benda dekat Ariana? Dia macam mana? Boleh terima ke? " Ariz menghela nafasnya panjang. Sedikit sebanyak hal itu turut merunsingkan kepalanya. Risau jika Ariana tidak dapat menerima kenyataan.

" If you need anything, just tell me.. " Elis membuka pintu biliknya dan Ariz hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.

Keesokan harinya, Ariz bergegas menuju ke bilik yang menempatkan Ariana. Kelihatan beberapa pembantu Riyn berada di luar pintu bilik itu dan menghalang Daniel, Eddy dan Elis untuk masuk ke dalam.

" What's going on here? " Ariz menapak kehadapan dan itu menyebabkan pembantu Riyn memandang sesama sendiri. Mereka tidak berani untuk memandang tepat ke arah Ariz yang sudah merah muka menahan marah.

" We're very sorry, Ariz.. Pengetua Riyn tak benarkan sesiapa masuk sementara dia dan Ariana berbincang.." pemuda yang berada di kanan memberanikan diri menjawab pertanyaan itu.

" Kau tahu apa yang akan jadi kalau Riyn dan Ariana berbincang.. Kalau kau tak nak hal yang tak sepatutnya berlaku, baik kau orang berdua bagi aku masuk.. " Ariz sudah mula menggempal penumbuknya. Kedua-dua pembantu Riyn memandang sesama sendiri sebelum memberi laluan.

Pintu bilik itu ditolak dengan kuat. Kelihatan Ariana menunduk dan Riyn pula bersandar pada kerusi di sebelah katil.

" What are you doing here? " Ariz mendekati Riyn sebelum pemuda itu dihalang oleh pembantu Riyn yang masuk ke dalam bilik tersebut.

" I just nak lawat anak saudara I je.. Takkan tu pun tak boleh.. You jangan buat benda bodoh Ariz.. I yang jaga you selama ni.. Ingat sikit.. " Ariz mengetap giginya menahan marah.

" Since when you jaga I? Selama ni makcik Rose yang jaga, makan minum I.. You? You sibuk dengan sekolah ni.. " Ariz melawan kata-kata wanita itu.

" Memang I sibuk dengan sekolah ni sebab sekolah ni bawah tanggungjawab I.." Riyn memandang Ariz yang sudah tersenyum sinis.

" You sepatutnya dah bersara Riyn.. Sekolah ni sepatutnya bawah tanggungjawab I.. You jangan fikir I bodoh lah.. Mama dan papa letakkan tanggungjawab untuk you jaga sekolah ni sehingga I umur 20 tahun.. But now, I'm already 26.." Ariz menapak ke katil Ariana dengan memegang bahu gadis itu.

" You terlalu tamak Riyn.. I tahu you pun nak barang peninggalan yang mama dan papa.. But sorry to say, barang tersebut hanya boleh diserahkan kepada Ariana.. She deserves it.. " Ariana memandang Ariz lama. Entah kenapa dirinya mulai selesa dengan pemuda itu.

Riyn ketawa dengan kuat. " You pun jangan ingat I ni bodoh lah Ariz.. You pun nak kan barang tu.. Siapa je yang tak inginkan barang berkuasa tu? Dari dulu keluarga besar kita sanggup bergadai nyawa untuk dapatkan barang tu.. Samalah macam I.. I tak teragak-agak nak sakitkan sesiapa yang ganggu atau halang I dari cari barang tu.. "

" I tak nak.. I just nak family I.. Ariana is my family.. My sister.. You je nak kan barang peninggalan tu even nyawa family you sendiri tergadai.. Dari dulu I tak percayakan you, Riyn.. Mulai dari harini, Ariana bawah tanggungjawab I.. Ingat Riyn, kalau apa-apa jadi pada Ariana or this school, I akan ambil balik hak I.. I ada bukti dan I takkan berfikir panjang nak halau you dari sekolah ni.. " Ariz bersuara keras dan lantang. Sudah tiba masanya dia bersuara kan kebenaran.

Riyn mengetap bibir dan mulai bangun sambil berkata, " I takkan berdiam diri.. " Wanita itu berlalu pergi diikuti pembantunya. Ariana memegang tangan Ariz dan menggengamnya kuat seakan memberi kekuatan kepada abangnya itu.

" Abang akan ceritakan semua benda yang abang tahu kepada Ariana.. Abang tahu hari ini akan muncul.. Abang akan naikkan dan bersihkan balik nama keluarga kita.. Keluarga Olin bukan seperti yang dikatakan orang lain.. Abang nak Ariana kekal dan sokong abang untuk betulkan semua keadaan ni.. " Ariana mengangguk kecil dan tersenyum. Akhirnya dia dapat mengetahui dengan lebih dalam tentang keluarganya dengan bantuan Ariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience