Bab 15

Fantasy Series 5754

Ariana membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa sakit sehingga dia tidak mampu mengangkat tangannya untuk mengambil air minuman.

Pangg!!

Gelas yang dicapai Ariana pecah di atas lantai. Pintu bilik rawatan itu ditolak kasar sebelum muncul Rioz dan Ariz dengan riak muka yang risau. Dengan pantas Rioz membersihkan sisa kaca yang pecah.

Ariz hanya memerhatikan Rioz menjalankan kerjanya sebagai pembantu sebelum dia berjalan menuju ke katil Ariana. Air putih dituangkan lalu dihulurkan kepada Ariana. Gadis itu menerimanya tanpa banyak soal dan meneguk segelas itu dengan hanya beberapa saat.

" Sakit dah berkurang ke? " Ariz bertanya dengan prihatin. Ariana memandangnya dengan pelik.

" Ari tak kenal siapa saya? " Ariz mula mengambil tempat disebelah katil Ariana. Dia memegang tangan gadis itu namun ditarik kasar.

" What's going on here? Rioz, kenapa dia ada didalam bilik saya? Siapa dia? " Ariana memandang Rioz, meminta penjelasan.

Rioz mendekati Ariana . Dia tahu Ariana inginkan kebenaran. Terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh keluarga itu.

" He's your brother.." Mata Ariana berpinar. Sukar untuk dia percaya apa yang dikatakan oleh Rioz. Tidak mungkin pemuda itu adalah abang kandungnya. Dia anak tunggal . Dia tidak mempunyai abang mahupun kakak.

" Apa yang awak cakap ni? Awak ingat benda macam ni boleh jadi bahan lawak? " Rioz tunduk.
" Kalau dia ni abang saya, mana buktinya??!! Kenapa sekarang baru dia muncul? Kenapa dia takde waktu mama dan papa meninggal? " Bertalu-talu Ariana menanyakan soalan.

Belum sempat Ariz bersuara, pintu bilik itu ditolak kasar.

" You!! Keluar sekarang! " Riyn menunjuk ke arah Ariz.

" Dia perlu tahu kebenarannnya Riyn!! Sampai bila kau nak simpan dari dia?? " Ariana memandang pertelingkahan antara Riyn dan Ariz dihadapannya.

Riyn mengetap bibirnya. Rahsia yang disimpan semakin terbongkar.

" Dia tak sepatutnya tahu sehingga umurnya cecah 20tahun!!! Apa yang kau dah buat ni Ariz??? " Riyn menengking pemuda itu.

Ariana terasa kepalanya berat. Dia tidak mampu menerima semuanya dalam masa yang terlalu singkat. Gadis itu turun dari katilnya perlahan.

" Please, bagi I masa.. I nak keluar.. I tak boleh terima semua ni.. " Ariana berjalan keluar perlahan-lahan.

" Rioz.. " Ariz bersuara lalu pembantu itu mengangguk faham sebelum mengikuti Ariana keluar.

Riyn menggempal penumbuknya. Dia bengang dengan sikap Ariz yang pentingkan diri.

Ariana menangis teresak-esak . Malam itu suasana suram seakan memahami perasaan gadis itu. Tiba-tiba ada satu gumpalan kain putih yang jatuh di atas meja berdekatan dengan Ariana. Gadis itu menyeka air mata di pipinya sebelum memandang ke atas.

Kelihatan Daniel yang berada di beranda memandangnya dengan membuat muka selamba.

" Apa ni? " Ariana mengangkat kain putih itu lalu ditunjukkan kepada Daniel. Pemuda itu mengangkat bahunya.

" Kain untuk lap meja maybe? " Daniel memandang Ariana kembali.

" Aku bukan orang gaji nak lap meja kat sekolah ni.. " Ariana membalas kembali. Daniel tersenyum sinis.

" Lap muka kau.. One more thing, jangan lama-lama sangat kat luar ni.. Kalau Sun datang culik kau, aku dah malas nak selamatkan.. Aku bukan penjaga family macam si Rioz tu.. " Daniel berlalu pergi meninggalkan Ariana . Gadis itu pelik dengan sikap Daniel yang selalu berubah. Sekejap baik, sekejap jahat .

Kain putih itu disimpan didalam poket sebelum muncul Rioz di belakang.

" Cik Puan, hari dah makin lewat.. Tak elok duduk kat luar.. Cik Puan kan tak sihat lagi.. " Ariana diam.

" Saya akan jelaskan semuanya.. tapi dengan syarat selepas Cik Puan sihat sepenuhnya.. " Rioz mengaku kalah. Dia terpaksa menceritakan semuanya untuk mengelakkan Ariana bermasam muka dengannya.

Ariana bangun dan terus masuk ke dalam bangunan sekolah. Kepalanya masih sakit, dan badannya masih penat. Dia perlukan istirehat yang cukup untuk menempuh hari yang bakal tiba.

Dalam perjalanannya untuk balik ke bilik, dia melihat Eddy berdiri tegap dihadapan biliknya.

" What do you want? " Ariana berpeluk tubuh.

" Saja nak lawat you.. You dah okay ke? Malam ni nak I temankan tak? " Ariana menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.

" Tak perlu.. I boleh jaga diri I sendiri.. " Ariana berkeras.

" I boleh jaga you.. You tak kuat sorang-sorang Ariana.. " Eddy mula memegang tangan gadis itu.

" Baik you lepaskan tangan I sebelum I menjerit.. I tak suka orang buat macam ni.. " Eddy mengangkat tangan seolah menyerah selepas melihat raut muka Ariana berubah.

" Tapi I suka you.. " Eddy senyum.

Bang!!!!

Kedengaran satu bunyi pintu yang ditutup dengan kuat. Mereka berdua memandang ke arah laluan yang dipenuhi dengan pintu bilik pelajar disitu .

" Angin je tu... You jaga diri okay.. Esok I datang bilik you.. Kita breakfast sama-sama.. " Eddy berlalu pergi dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

Ariana menggeleng. Dia malas nak mengambil tahu tentang pelajar disekolah itu. Tentang perasaan suka, dia tidak berminat. Ada banyak perkara lagi yang perlu dia uruskan sebelum berfikir tentang kasih sayang.

Gadis itu berbaring di atas katil namun matanya seakan tidak mengantuk apabila otaknya ligat memikirkan bunyi pintu yang ditutup dengan kuat.

Dia sedar, dia seakan diperhati. Seperti ada seseorang yang cuba mendengar dan melihat segala perilakunya. Dia masih teringat waktu dibilik rawatan, ada bayang-bayang orang yang berada di hadapan pintu biliknya namun bila dilihat, bayang-bayang itu seperti melarikan diri.

Ariana mengeluh kasar. Entah pukul berapa matanya mulai terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience