Bab 4

Fantasy Series 5758

Ariana berlari menuju ke bilik pembantunya . Dia bermimpi sesuatu seakan mimpi itu memberi petunjuk kepadanya tentang dimana kunci laci dibilik mamanya berada .

Entah kenapa dia bermimpi ada satu bilik kosong yang dah lama ditinggalkan di bilik bawah tanah . Sebelum ini dia tidak pernah nampak bilik itu ketika berlatih pedang . Dia perlukan bukti untuk mengetahui tentang kewujudan bilik itu .

Pintu bilik pembantunya itu diketuk kuat beberapa kali . Tidak sampai beberapa saat Rioz keluar dengan sepucuk pistol tepat didahi Ariana .

" Oh my , im sorry Cik .. Saya minta maaf Cik.. Saya sangkakan orang lain .. " Rioz tunduk beberapa kali . Mujurlah dia tidak sempat menarik picu .

" Ada ke orang jahat yang nak ketuk pintu dulu sebelum buat benda jahat ? Dah lah , ikut saya ke ruang bawah tanah .. " Ariana berlalu meninggalkan Rioz yang terpinga-pinga .

Ariana mengambil pedangnya lalu mengetuk setiap batu bata yang berada ruang bawah tanah itu .

" Apa yang Cik lakukan ? Ada apa-apa yang penting ke? " Rioz memandang Ariana dengan pandangan yang pelik .

" Kamu ada tahu apa-apa tentang bilik rahsia di ruang bawah tanah ni? " matanya ligat memandang kesemua ruang dibawah tanah itu .

Rioz memandang lama batu yang diukir oleh majikannya , papa kepada Ariana .

" No way !! " Ariana mendekati batu yang diukir seakan bentuk pedang itu . Dia selalunya meletakkan pedang yang disayanginya diatas batu itu .

Gadis itu menyentuh batu yang berbentuk pedang itu . Cantik .

" Ada bilik dibelakang batu ni kan? " Ariana inginkan pengesahan dari Rioz . Pemuda itu hanya mengangguk perlahan .

" Cik sanggup ke pecahkan batu ni demi mencari kunci yang belum tentu ada dalam bilik tu ? " kata-kata pembantu itu membuatkan Ariana sedikit serba salah . Ya , batu yang diukir oleh papanya . Salah satu peninggalan yang sangat cantik disimpan diruang bawah tanah untuknya .

" Saya sanggup dan yakin .. Carikan seseorang untuk pecah batu ini .. Now .. And tolong siapkan sarapan.. " Ariana meninggalkan Rioz . Gadis itu sendiri belum sempat membersihkan badan lantaran terlalu teruja untuk mengetahui kewujudan bilik rahsia itu .

Tidak sampai beberapa jam dua orang lelaki yang diupah oleh Rioz datang kerumah dan menyelesaikan tugas mereka . Pemuda yang berusia lingkungan 30-an itu sedikit kagum dengan rumah mewah itu .

Mereka berdua bekerja dengan tekun dengan ditemani oleh Rioz . Pembantunya itu setia menunggu untuk mengelakkan dari berlaku kecurian .

" Make sure pecah semua .. Nanti kamu punya bayaran saya akan settle kan sebelum kamu semua balik .. " kedua pemuda itu terus menoleh apabila mendengar suara seorang gadis .

Mereka berdua tidak berkelip memandang kecantikan Ariana . Sebelum ini , mereka hanya mampu mendengar dari mulut orang tentang gadis itu. Namun kali ini , mereka dapat berjumpa empunya badan .

" Sambung kerja .. " Rioz bersuara tegas . Lantas pemuda-pemuda itu meneruskan kerja yang tergendala .

" Are you sure nak pecahkan benda ni ? Cik yakin ? " Rioz mendekati Ariana untuk mendapatkan kepastian .

" Yes .. " pendek jawapan gadis itu . Dia berharap agar kerjanya tidak sia-sia memecahkan harta peninggalan papanya untuk mencari kunci laci bilik bacaan .

Dua jam berlalu , akhirnya batu berbentuk pedang itu berjaya dipecahkan . Ariana bergerak menuju ke arah batu yang pecah . Dia memijak batu-batu itu lalu menolak perlahan pintu bilik rahsia yang sudah reput kayunya .

" Cik , tolong hati-hati .. " Rioz mendekati Ariana sambil diperhatikan oleh kedua pekerja itu .

" Bawa mereka keluar.. Selesaikan semua bayaran .. Get out .." Ariana bersuara tegas .

Rioz tunduk kebawah . Dia akur dengan arahan walaupun hatinya sedikit risau dengan keselamatan Ariana kerana belum tentu bilik rahsia yang baru dibuka itu selamat .

Selepas Rioz dan yang lain keluar , Ariana mengambil sebilah pisau lalu disimpan didalam poket seluar . Obor api dipegangnya lalu dia melangkah dengan perlahan-lahan masuk kedalam bilik itu .

Bilik itu nampak kecil daripada luar , namun didalamnya pula besar . Bilik itu sudah seperti pagar sesat yang sangat merbahaya . Pilihan Ariana amat penting ketika ini . Dua bilik pertama yang ditemuinya mempunyai bentuk berbeza dihadapan pintu . Pintu pertama mempunyai gambar ular dan yang kedua mempunyai gambar buaya .

Ariana berfikir lama . Ya , dia memilih untuk masuk ke bilik yang mempunyai gambar ular . Dulu ketika kecil , papanya pernah membela seekor ular yang besar . Dia berjalan dengan berhati-hati . Mujurlah dia berjaya sampai ke bilik yang seterusnya tanpa bahaya .

Dihadapan pintu seterusnya mempunyai dua gambar iaitu gambar tali gantung dan bentuk tombak yang tajam . Ariana memilih untuk mengambil tali gantung .

Dia berjalan berhati-hati namun pilihannya salah . Dia tersepak sebiji batu lalu tubuhnya terus naik keatas. Obor apinya sudah jatuh kebawah .Tali besar sudah menggantung lehernya . Tidak sampai beberapa saat , gadis itu sesak nafas . Tiada satu perkataan pun dia dapat keluarkan . Pisau yang berada didalam poket dicapai lalu dipotongnya tali yang agak tebal . Ariana tercungap-cungap .

Ariana berjalan lagi menuju ke bilik yang seterusnya . Dia melihat bentuk pintu yang berbeza. Ukiran yang sedikit moden , dan ukiran lama seperti istana . Ariana memegeng lehernya yang sudah merah . Mungkin bengkak barangkali . Dia mengambil keputusan untuk memilih pintu yang berukiran lama .

Tidak sampai 1minit berjalan akhirnya dia terjumpa satu bilik yang bercahaya dihadapannya . Rupa-rupanya cahaya itu datang dari sebuah lampu yang sudah lama tidak bertutup . Ariana melihat ruang bilik itu yang seperti bilik bacaan . Dia mengambil barang yang penting seperti surat lalu diletakkannya didalam beg yang terdapat disitu .

Mujurlah gadis itu terpandang kotak yang berisi banyak kunci itu . Kunci yang mempunyai bentuk berbeza . Dia mengambil kotak itu lalu dibawa keluar dari bilik rahsia yang merbahaya itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience