" Tolong bagi Uncle Riz dan Aunty Min untuk jaga kamu.. Aunty dah janji dengan mama dan papa untuk jaga Ariana .. Kamu satu-satunya anak mereka .. " Mina menyentuh bahu anak saudaranya . Gadis itu menepis tangan wanita yang dihormatinya .
" Ari sayangkan Aunty .. Sayangkan Uncle .. cuma maafkan Ari .. Ari tak boleh percayakan sesiapa lagi .. Tolong keluar sekarang .." Ariana memandang ke luar tingkap . Dia tidak ingin memandang muka kedua dua mereka .
Rizal memegang bahu isterinya dan menggeleng perlahan . Puas dia memaksa untuk menjaga Ariana namun gadis itu berkeras .
" Tapi abang .. " Mina mengalirkan air mata . Dia tidak ingin melihat anak kepada abangnya tinggal seorang diri dan tidak bergaul dengan orang . Dia sayangkan Ariana seperti anaknya sendiri namun dia terpaksa akur apabila Ariana berkeras .
Rizal menarik lengan isterinya lalu mereka meninggalkan rumah agam mewah dengan perasaan kecewa .
Ariana melepaskan keluhan panjang lalu mendaki tangga menuju ke biliknya .
Masa berlalu begitu pantas . Gadis itu berjalan menuju ke beberapa buah bilik . Ya , kini rumah agam yang agak tua kini menjadi miliknya . Walaupun rumah agam itu sudah tua , namun kemewahannya tidak dapat menandingi mana-mana rumah yang terdapat disitu .
" Cik Ariana , saya sudah siapkan makanan .. " Ariana memandang pembantu rumahnya , Rioz . Hanya pemuda itu yang dapat dia percayai kerana sudah lama dia berkhidmat untuk keluarganya . Keturunan Rioz akan selalu menjadi pembantu keluarganya hanya kerana datuk kepada Ariana pernah menyelamatkan ahli keluarga Rioz satu ketika dahulu .
Ariana mengangguk perlahan sebelum bergerak meninggalkan bilik dan menuju ke dapur . Rumah itu sunyi tanpa sebarang bunyi . Biarlah sunyi asalkan semuanya selamat , itulah tanggapan Ariana .
Usai makan , dia bergerak menuju ke bilik bawah tanah yang menempatkan pelbagai senjata . Dia mula berlatih menggunakan beberapa bilah pedang yang berada disitu . Entah kenapa dia begitu taksub dengan seni pertahankan diri . Mungkin kerana dia mewarisinya dari papa dan mamanya .
Rioz memerhatikan Ariana yang berlatih dengan tekun . Dia akui , gadis itu kesepian namun kejadian yang berlaku membuatkan gadis itu lebih berhati-hati . Bunyi kereta yang berhenti dihadapan rumah agam itu membuatkan Rioz memandang Ariana yang berhenti berlatih pedang .
" Halang dia dari masuk ke dalam rumah ni .. She want something .. " Ariana mengarahkan Rioz lalu pemuda itu mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi .
Share this novel