BAB 15

Romance Completed 40557

TERPERANJAT apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Pantas Seri berpaling. Senyuman dihulurkan kepada wanita yang sudah separuh abad itu.

“Umi ni… terkejut orang! Lain kali bagilah salam. Dapat jugak pahala free.”

Puan Sarimah mencebik.

“Umi dah panggil tadi. Kamu tu yang tak dengar. Kamu intai siapa? Jangan buat perangai, Seri… Hari ni majlis kamu!”

“Umi ni… orang tahulah. Orang bukannya intai orang lain. Intai pengantin lelaki. Mana dia, Umi? Kenapa tak sampai-sampai?”

Bibirnya menguntum senyuman. Anak dara aku ni… macam tak sabar-sabar aje!

“Sabarlah Seri, oi… Tak lari gunung dikejar!”

“Memanglah! Itu gunung… tak ada kaki! Memanglah tak lari! Ini manusia… ada kaki! Boleh lari jauh-jauh!” Rajuknya. Muka yang berseri-seri itu sudah macam mencuka.

Puan Sarimah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Sebenarnya… bukan Seri seorang aje yang risau! Dia pun… bimbang pisang berbuah dua kali.

“Umi… orang risaulah…” Tubuh uminya dipeluk erat. Mengharapkan sedikit kekuatan. Mengharapkan ketenangan hatinya. Setitis air matanya menitis jatuh ke pipi. Sungguh, dia benar-benar risau!

Keluhan kecil dilepaskan. Bahu anak perempuannya itu diusap perlahan. Seri ni… nampak aje tabah. Tapi manjanya… Allah sahaja yang tahu. Sebiji macam perangai aku macam zaman muda.

“Nak risau apanya, Seri? Kejap lagi datanglah dia tu! Dahlah, jangan nangis. Nanti habis rosak make up kamu tu.”

“Dah pukul berapa ni, Umi… Mana tak risaunya!” Kali ini esak tangisnya semakin berlagu.

“Ai, Seri… Dah nak kahwin pun masih bermanja dengan Umi kamu lagi?”

Pantas Seri mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang dikenalinya. Air mata di pipi disapu perlahan.

“Mama? Mana pengantin lelaki, ma?” Cepat-cepat dia bangun sambil tercari-cari seraut wajah itu.

Berubah air mukanya apabila melihat bosnya menapak menghampirinya. Jangan-jangan… Tak mungkin! Tak mungkin akan berulang sekali lagi!

“Kenapa? Masam aje?”

“Encik Zaf… er… Zaim…”

“Ops… tunggu jap! No Encik Zaf anymore. Saya kan akan…”

“Zaim mana?” Pantas dia memintas. Kali ini dia tak nak dengar apa-apa lagi. Dia cuma nak tahu Zaim di mana. Di cuma nak tengok muka Zaim sahaja!

Zafril tersenyum. Oh, patutlah masam aje! Tungga Zaim tak datang-datang rupanya. Tengok muka menggelabah dia tu, rasa macam nak mengusik pulak!

“Kalau Zaim tak datang sekali lagi… awak tak sudi ke kahwin dengan saya.”

Seri terdiam. Kali ini kolam matanya sudah digenangi dengan air mata. Betul? Betul ke perkara itu akan berulang sekali lagi?

“Saya akan tunggu sampai Zaim datang.” Ringkas jawapannya bersama nada suara yang tenang.

The power of love! Wah, hebat betul kuasa cinta dia! Sebab tulah aku suka dia. Tapi… tak mengapa. Aku syukur sangat. Sekurang-kurangnya dia akan berkahwin dengan Zaim. Bukan orang lain.

“Umi…” Tubuh uminya dipeluk erat. Setitis air mata jatuh lagi ke pipi. Sedih… risau… bimbang… takut Zaim tidak akan datang untuk majlis ini sekali lagi.

“Seri… jangan nangis macam ni. Tak elok tetamu tengok.”

Zafril muncul dengan riak muka bersalah. Er… tadi nampak tenang aje. Sekarang ni… kenapa dia nangis pulak? Ya Allah… apa kau dah buat ni Zaf? Sungguh, dia cuma berniat untuk mengusik sahaja!

“Seri… kenapa ni?” Tegur Puan Zaharah. Risau pula apabila melihat Seri menangis. Bimbang perkara lama akan berulang lagi. Tak mungkinlah! Bukankah Zaim dah berjanji? Tak mungkin dia akan ingkari sekali lagi. Dia kenal Zaim macam mana orangnya!

“Er… sebenarnya mama… Umi… Zaf yang…”

Belum sempat Zafril berterus terang, satu suara muncul.

“Abang Zaf… Seri mana?”

Keempat-empat pasang mata itu pantas menoleh. Puan Sarimah dan Puan Zaharah melepaskan nafas kelegaan. Ada rupanya… Ingatkan hilang sekali lagi! Zaim… Zaim…

“Seri… Encik pengantin dah sampai.” Pujuk Puan Sarimah ke telinga anaknya.

Seri menoleh. Pantas dia meluru ke arah Zaim sambil memeluk tubuh itu erat.

“Awak… kenapa awak datang lambat? Awak buat saya saya risau sangat! Saya takut…” Laju tangannya menumbuk dada bidang lelaki itu. Makin laju pula tangisannyya.

Terpinga-pinga Zaim sekejap. Apakah? Kenapakah? Dia hanya menerima pukulan itu.

“Zaim… kamu ni… buat semua orang risau ajelah! Ni kenapa sampai berpeluh-peluh ni? Kamu pergi terjun dalam telaga peluh ke?” Tegur Puan Zaharah.

“Er… sorry, ma. Tadi kereta Zaim buat hal.”

“Itulah… abang suruh datang dengan abang, tak nak! Kan dah bermandi peluh!”

Puan Sarimah ketawa kecil. Sekejap sahaja dia sudah menggelengkan kepalanya.

“Hah, memang elok sangatlah! Yang Puan pengantinnya bermandi air mata sebab risau. Yang Encik pengantinnya pula… bermandikan peluh. Memang padan sangatlah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience