BAB 8

Romance Completed 40557

BERKERUT dahinya memandang telefon bimbitnya yang sedang berdering. Encik Zaf? Apasal call pulak? Tak pernah-pernah call malam-malam macam ni? Slide telefon bimbitnya ditolak ke kanan.

“Assalamualaikum, Seri.”

Seri tersenyum. Belum sempat dia memberi salam, bosnua itu sudah menghulurkan salam.

“Waalaikumussalam. Encik Zaf? Kenapa call?”

“Saya tak boleh call awak?”

Kepalanya digaru perlahan. Alamak… aku dah tersalah cakap ke? Apesal dia tanya soalan macam tu pulak?

“Hah? Er… bukan! Bukan macam tu! Tapi… Er… saya peliklah! Sebelum ni mana ada Encik Zaf call saya hujung minggu macam ni.”

“Esok saya nak jumpa awak, boleh tak Seri?”

Amboi-amboi… cerianya suara? Ada apa-apa ke? Eh, tapi… nak jumpa? Buat apa?

“Hah? Jumpa saya? Buat apa?”

“Kat taman Putrajaya, ya.”

“Er… tapi kenapa? Esokkan hari Ahad? Tak boleh tunggu hari Isnin ke?” Lain yang orang tanya, lain yang dia jawab! Nak, ambik! Kan dah banyak soalan ni!

“Saya ada benda penting yang nak dicakapkan pada awak.”

“Cakap sekarang tak boleh?” Takut-takut dia bertanya. Huhu… malas sungguh nak keluar esok! Sudahlah hari Sabtu!

“Kenapa Seri? Awak tak sudi ke? Atau pun… awak dah janji dengan siapa-siapa?”

“Hah? Er… bukan. Okeylah. Pukul berapa?” Adoi… bos aku ni dah kenapa? Tiba-tiba pulak buat suara merajuk! Betul ke merajuk?

“Sepuluh pagi?”

“Hmm… Baiklah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience