BAB 11

Romance Completed 40557

HARI ini, majlis pertunangan Seri dan Zaim selamat dijalankan. Alhamdulillah… semuanya berjalan lancar. Tak buat majlis besar pun. Kecil-kecilan dan hanya menjemput saudara mara terdekat sahaja. Nasib baik juga Zaim tu jenis yang tak kisah. Asalkan majlis dapat disempurnakan pun sudah memadai baginya.

“Awak…”

“Hmm?” Soalnya sepatah sambil menoleh ke arah tunangnya itu. Sungguh, hari ini adalah hari yang paling gembira buatnya.

“Macam mana dengan Encik Zaf?”

Seraut wajah itu dipandnagnya lama. Iya… dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang sedang berduka!

“Maksud awak?”

“Saya risaulah. Bimbang kalau Encik Zaf tak boleh terima saya sebagai adik ipar dia.”

“Jangan risaulah. Along tu baik sangat sebenarnya. Kalau nak bandingkan saya dengan dia… Dia jauh lebih baik daripada saya, Seri.” Sedaya upaya dia cuba menghilangkan kerisauan di hati tunangnya itu.

“Hmm… saya tahu.”

Bulat matanya memandang Seri. Tahu? Apa maksud dia? Jadi… dia nak cakap yang Along tu memang jauh lebih baik daripada aku?

“What? I beg your pardon, Seri?”

Seri tersenyum perlahan. Cemburu nampak?

“Ala awak ni… saya puji dia sikit pun awak nak jealous.”

“Yup, of course saya jealous. Yang awak puji tu lelaki yang cintakan awak. Then, awak bandingkan saya dengan dia pulak.”

“No… bukan saya yang bandingkan. Awak yang mulakan ayat tu. Saya just setuju.”

“So… saya ni tak baik bagi awak?”

Seri tergelak sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

“Risau saya tengok awak ni tau?”

Makin berkerut dahinya!

“Kenapa pulak?”

“Ini belum kahwin lagi. Nanti bila dah kahwin, saya buat baik dekat abang ipar saya pun awak nak cemburu, kan?”

Zaim mencebik sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Memanglah! Kalau siapa-siapa pun berada di tempat aku, memanglah cemburu!

“Memanglah.”

“Sebenarnya saya nak cakap macam ni tadi…”

“Macam mana?” Pantas Zaim menyoal. Sungguh, dia benar-benar tak sabar nak tahu! Jangan si Seri ni puji Along lagi sudah!

“Dengarlah dulu.”

Zaim mengangguk perlahan.

“Encik Zaf jauh lebih baik daripada awak. Tapi… awak jauh lebih baik berbanding dia dalam hati saya. Saya sayang awak lebuh banyak daripada saya sayang dia. Dan yang paling penting… saya cintakan awak. Dan dia tak dapat cinta saya.”

“Thanks, Seri… Awak betul-betul buatkan saya jadi seorang lelaki yang sangat bertuah dalam dunia ni. Awak dah serapkan segunung kasih sayang dalam diri saya. Awak dah banyak ubah hidup saya, Seri.”

“Tak… saya tak mengubah apa-apa. Awak yang dengan sendirinya mahu berubah. Sebab tu saya sayangkan awak.”

“Seri…”

“Hmm?”

“Kita kahwin sekarang?”

Seri tergelak perlahan.

“Tak sabar betul tunang saya ni, kan? Janganlah risau… saya kan dah jadi tunang awak. Apa yang penting sekarang, kita kena carikan calon untuk Encik Zaf secepat mungkin. Cepat dia dapat calon, cepatlah kita kahwin. Itu yang mama awak mahu, kan?”

“Hmm… kenapalah mama boleh fikir macam tu, ya? Kalau tak… mesti kita dah kahwin, kan?”

“Awak… Sabar! Sabar tu sebahagian daripada iman. Iman tu membentuk jiwa.”

“Saya tahu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience