BAB 4

Romance Completed 40557

“SERI… aku hantar kau!”

Berkerut dahinya memandang lelaki yang tetiba muncul di hadapannya itu. Jatuh dari langit ke?

“Apahal pulak? Kan saya bawak kereta sendiri?”

Zaim melangkah menghampiri gadis itu. Comel sungguh dia ni! Marah pun tak nampak macam marah!

“Dah malam sangat ni. Tak elok perempuan bawak kereta sorang-sorang malam-malam macam ni. Bahaya.” Entah kenapa, suaranya sekadar bersahaja. Penuh dengan nada kasih sayang.

Hah, kalau cakap baik-baik macam ni kan bagus! Sejuk jugak hati yang mendengarnya. Ini tidak… tiap-tiap hari bercakap macam singa lapar! Seri menyimpan senyum di dalam hati.

Sekejap sahaja, dia sudah menjeling lelaki itu. Tahu pulak bahaya? Yang awak bersembang dengan abang awak sampai tak ingat tu kenapa? Dari pejabat… sampai kedai makan… Memang tak habis-habis perbincangannya. Macamlah dah tak ada hari esok nak berbincang. Akhirnya aku pun terpaksa ikut tersangkut sama!

“Saya dah biasalah.”

“Jangan nak bercakap besar sangat, eh? Benda kalau nak jadi, pejam mata sekejap pun boleh jadi.” Kali ini suaranya kembali tegas apabila gadis itu berkeras. Degil! Ya, minah ni memang degil pun!

Bulat matanya memandang lelaki itu. Bibirnya diketap geram. Kenapalah dia boleh muncul kat sini! Menyusahkan betullah! Elok-elok aku tak takut, tiba-tiba jadi seram sejuk!

“Awak jangan nak menakut-nakutkan saya pulak!”

“Ya, memang aku sengaja pun! Aku sengaja takut-takutkan kau bersebab! Aku risaukan keselamatan kau! Aku hantar kau.” Tegasnya sekali lagi.

Ek, eleh… macamlah kalau dia hantar tak bahaya. Dia pun lelaki jugak. Apa sahaja boleh jadi. Lagipun dia bukannya suka dengan aku ni! Pejam mata sekejap pun boleh jadi!

“Tak nak!” Seri tetap membantah.

“Tak kisahlah. Tapi aku tetap nak hantar kau jugak.”

“Tak nak.”

“Jangan sampai aku paksa kau pulak!”

Terkejut jantungnya dengan suara lantang itu. Dia ni nak suruh aku mati terkejut ke?

“Awak ni dah kenapa, eh?” Dia ikut meninggikan suara. Geram betullah!

Keluhan kecil dilepaskan. Kenapalah perampuan ni tak faham-faham? Aku risaukan kaulah! Tak faham lagi ke?

“Aku risaukan kau! Kau tak faham ke? Kau tu mana pernah balik lewat-lewat malam macam ni.” Dia memilih untuk berterus terang.

Wah, nampaknya… si Zaim ni ambil berat pasal akulah! Hihi… sukaranya! Sempat Seri syok sendiri. Bila nampak pandangan tajam Encik Zaim, dia memasamkan wajah. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Eh, macam mana dia tahu?

“Er… mana awak tahu?”

“Suka hati akulah macam mana pun!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience