BAB 10

Romance Completed 40557

“SERI… masuk bilik saya kejap.”

Keluhan kecil dilepaskan. Sejak peristiwa di hadapan Tasik Perdana semalam, dia betul-betul jadi kekok untuk berhadapan dengan bosnya itu. Takkanlah Encik zaf ni boleh sukakan aku pulak? Macam mana boleh jadi macam ni? Tak faham betullah!

“Baik, Encik Zaf.”

Tok! Tok! Tok!

“Assalamualaikum, Encik Zaf. Ada apa Encik Zaf?” Seperti kebiasaannya, dia akan menyoal soalan yang sama.

Salam hanya dijawabnya di dalam hati. Seraut wajah itu dipandangnya lama.

Kenapa ni? Kenapa dia pandang aku macam tu? Takkanlah tak habis lagi pasal semalam? Tapi… ini kan pejabat? Takkanlah nak bicarakan soal perasaan kat pejabat pulak?

“Betul ke awak sukakan dia lebih daripada saya?”

Alamak! Adoi… kenapa dia terbawa-bawa sampai ke pejabat ni?

“Apa ni Encik Zaf? Sekarang kat pejabat. Tak sesuai nak bercakap soal peribadi kat sini.”

“Saya hanya perlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tak’ sahaja.” Sungguh, dia benar-benar risau. Sampai satu kerja pun tak mampu disiapkan. Setiap saat, kata-kata Seri semalam berlegar di ruang fikirannya. Hatinya sakit! Hatinya terluka! Seri… kenapa ada orang lain dalam hati dia? Kenapa bukan aku yang ada dalam hati dia?

Pandangan matanya lama memandang lelaki itu. Nampaknya, dia perlu jelaskan dengan baik. Supaya tidak menimbulkan syak was sangka lelaki itu. Supaya tidak mengguriskan hati lelaki itu. Namun… harus bagaimana untuk aku menjelaskan kepada lelaki ini?

“Ya, saya memang lebih sukakan dia berbanding Encik Zaf. Dia baik. Dan sangat baik! Dia cintakan saya, dan saya pun cintakan dia sangat-sangat. Semalam pun saya dah cakap benda ni pada Encik Zaf, kan? So, apa lagi yang Encik Zaf nak tanya pasal saya dan dia?”

Dia mengeluh panjang. Susah betul nak dapatkan cinta Seri! Kenapa Seri pilih orang lain? Dia tak nampakkah yang selama ini aku cintakan dia?

“Kenapa awak tak boleh cintakan saya, Seri? Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak.”

Zaim terkedu sekejap. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu menyebabkan dia mendengar satu persatu patah kata yang dituturkan oleh seulas bibir abangnya itu.

Seri menarik nafas dalam. Ya Allah Ya Tuhanku…. Sungguh, aku benar-benar tidak tahu tentang perasaannya itu. Sungguh aku benar-benar tidak tahu apa yang dah aku buat sampai dia boleh cintakan aku.

“Maaf, Encik Zaf. Saya tak boleh nak tolong awak. Saya tak cintakan awak.”

“Siapa dia? Siapa yang ada dalam hati awak tu?” Dia terus menerus memaksa. Dia ingin tahu kalau Seri sengaja menipunya kerana ingin mengelak!

“Seorang lelaki.”

“Siapa?”

“Hamba Allah. Saya rasa Encik Zaf tak perlu tahu. Dan tak ada kepentingannya pun sama ada Encik Zaf tahu ataupun tidak tahu.”

“Awak tipu, kan? Awak sengaja provoke, kan?”

“Tak.”

“Iya!”

“Tak.”

“Dia tak wujud, kan?”

“Dia wujud. Dan dia ada dekat dengan kita.” Seri ikut bertegas apabila bosnya itu bertegas. Bukan nak melawan, tetapi tak nak keadaan jadi lebih parah. Sorry, bos…

“Siapa?” Kali ini Zafril sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Suaranya sudah sedikit meninggi.

Seri yang terkejut terundur ke belakang selangkah. Tak pernah-pernah Encik Zaf macam ni. Tak penah-pernah Encik Zaf meninggikan suaranya pada aku? Kenapa? Marah benarkah dia?

Zaim terus melangkah masuk ke dalam bilik abangnya apabila mendengar nada suara yang tinggi itu. Bimbang jika abangnya akan memarahi Seri. Bimbang jika abangnya itu bertindak diluar kawalan. Dan itu… memang dia tak sanggup untuk mendengarnya. Sesungguhnya dia tidak mahu Seri terasa hati dengan sikap abangnya itu.

“Along… Seri…”

Makin terkejut jadinya bila kelibat Zaim muncul diantara mereka berdua. Seri memandang dua beradik itu silih berganti. Jangan-jangan… Zaim dah dengar semuanya? Sebab tu dia meluru masuk ke sini? Nafas kelegaan dilepaskan.

“Sebenarnya… dia… Encik Zaim.” Entah bagaimana sepatah nama itu muncul di bibirnya, dia tidak pasti. Apa yang pasti, dia perlu menyelesaikan kekusutan yang melanda diri bosnya itu.

Zafril dan Zaim masing-masing saling terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja didengarinya daripada seulas bibir Seri itu. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa sampai jadi macam ni? Dan Seri… kenapa dia perlu menipu sampai macam tu sekali?

Seri mengangguk perlahan.

“Ya… saya cuma cintakan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Encik Zaim.”

Zaim mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Seri ni? Nak melepaskan diri daripada along dan sebut nama aku? Macam tu? Cepat sahaja dia menarik tangan Seri dan dibawa keluar daripada bilik itu sebelum situasi menjadi lebih teruk.

Tiba di tepi tangga, tangan kecil itu dilepaskan kasar.

“Apa yang kau merepek ni?”

“Maafkan saya, Encik Zaim. Saya… saya terpaksa. Dan kebetulan yang sama, awak masuk ke bilik tu. Maaf, saya terpaksa gunakan awak.” Terketar-ketar suaranya. Takut dengan riak kemarahan yang jelas tergambar pada seraut wajah itu.

“Kau tipu, kan?”

“Tak. Saya tak tipu.”

“Sebenarnya kau sukakan Abang Zaf ke tak?”

“Tak.”

“Cakap betul-betul sebelum aku paksa kau!”

“Sekarang ni bukan dah paksa ke?” Takut… Tetapi dia perlu memberanikan dirinya. Dan dia akan mempertahankan apa yang dirasakan betul!

“Kau jangan main-main, Seri! Aku tak suka.”

“Mana ada saya main-main? Memang tak.”

“Kenapa hari tu aku nampak kau keluar dating dengan Abang Zaf?”

Seri terdiam sekejap. Bila masa pulak aku keluar dating dengan Encik Zaf? Takkanlah yang semalam tu? Baru satu hari tu je pun! Itupun bukan namanya dating sebab mula-mula aku ingat urusan kerja!

“Dating? Bila?”

Zaim senyum sinis. Terang lagi bersuluh! Dia masih nak menafikan lagi ke? Sudah-sudahlah, Seri!

“Huh, jangan nak buat-buat tak tahu Seri. Aku tak suka! Dan aku sangat benci dengan orang yang suka menipu.”

“Memang saya tak tipu.”

“Kau memang sukakan Zaf!” Gertaknya lagi! Seri perlu dipaksa! Jika tidak, dia tidak akan berterus terang! Hanya dengan cara ini sahaja Seri mungkin akan berterus terang!

“Tak.”

“Iya.”

“Tak!”

“Memang iya!”

“Memang tak!”

“Kau sukakan Zaf, kan?”

“Tak!”

“Kau sukakan aku, kan?”

“Iya.”

“Kau sukakan aku, kan?” Sekali lagi dia menyoal untuk mendapatkan kepastian. Dan jawapan seri tadi…

“Ya.”

Zaim senyum. Aku tak salah dengar, kan? Seraut wajah itu dipandangnya lama. Dia sedar ke apa yang dia cakap? Atau… dia main jawab aje?

“Betul Seri?” Soalnya mahukan kepastian.

Seri terpinga-pinga sekejap. Yang aku jawab ya tu kenapa? Aku ni pun dah ikut jadi gila macam dua beradik tu agaknya?

“Er… sebenarnya…”

“Kau memang sukakan aku, kan?”

Seri terdiam sendiri. Kelopak matanya terkebil-kebil memandang seraut wajah itu. Bibirnya diketap perlahan. Alamak! Macam mana ni? Aku dah terlepas cakaplah tadi! Depan-depan dia pulak tu!

“Cakap, Seri! Cakap terus terang!” Paksanya lagi.

“Er… kalau saya cakap… awak jangan marah, ya?” Takut-takut dia mahu bertanya. Terasa saat ini seraut wajahnya sudah berubah pucat. Takut kalau kena telan dengan Singa lapar di hadapannya itu. Juga… takut untuk berterus terang!

Angguk. Itu sahaja yang mampu dilakukannya.

“Er… sebenarnya… saya memang sukakan awak, Encik Zaim. Suka yang melebihi…”

Tidak sempat Seri menghabiskan ayatnya, pantas Zaim menarik Seri ke dalam pelukannya. Tak perlu cakap, Seri. Aku dah tahu jawapan seterusnya!

“Thanks, Seri. Aku pun sukakan kau sangat-sangat. Suka yang melebihi seorang kawan. Suka yang melebihi suka bos kepada PA nya.” Cepat sahaja dia menyambung ayat Seri yang tergantung tadi. Bibirnya sudah tersenyum lebar. Sungguh, dia benar-benar rasa lega!

Pantas pelukan itu dileraikannya. Tak baik! Berdosa buat macam ni! Kalau dah kahwin takpe! Terkebil-kebil Seri memandang seraut wajah itu. Aku tak salah dengar, kan?

“Ulang balik apa yang awak cakap tadi?”

Zaim senyum sambil menatap sepasang anak mata di hadapannya itu. Mesti kau tak percaya, kan? Aku akan jelaskan semuanya, Seri! Aku sanggup ulangnya sekali lagi!

“Aku pun. Aku pun sukakan kau, Seri. Aku sukakan kau sangat-sangat! Sebenarnya… sejak kali pertama aku pandang kau lagi. Hari pertama kau masuk kerja.”

Terlopong mulutnya mendengar pengakuan daripada seulas bibir itu. Sejak hari pertama aku masuk kerja lagi? Uih, dah lama tu!

Zaim tersenyum lebar.

“Tutup mulut tu, Seri. Masuk lalat nanti.”

“Tapi saya…”

“Aku… aku dah lama sukakan kau Seri. Sebab tu aku asyik cari pasal dengan kau aje. Kau perasan kan semua tu?”

Diam.

“Tak percaya? Tapi aku memang benar-benar dah jatuh cinta dengan kau, Seri. Aku cintakan kau! Zaim cintakan Seri!” Kuat laungannya.

Seri senyum. Malu… tetapi dia benar-benar rasa dihargai. Dia benar-benar rasa gembira dengan pengakuan ikhlas itu. Thanks, Zaim!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience