BAB 3

Romance Completed 40557

DIORANG ni mimum ke bersembang? Kalau macam ni sampai pukul dua belas pun tak habis air dalam gelas tu! Anak matanya beralih memandang jam di pergelangan tangan. Aduh… dah lewat sangat ni! Macam mana aku nak balik nanti?

Zafril memandang sekilas ke arah PA nya itu. Comelnya dia! Muka menggelabah macam nilah yang selalu buat aku tak tidur malam! Seri… Seri…

“Seri…? Kenapa diam aje?”

“Hah? Er… Tak ada apa yang nak dicakapkan.” Makin menggelabah dirinya apabila ditegur sebegitu oleh bosnya itu.

“Eh, tak boleh ke kau bercakap tak sebut perkataan ‘hah’ dan ‘er’ tu? Rimas pulak aku mendengarnya!” Pantas Zaim menempelak apabila mendengar patah bicara yang meniti bibir gadis itu.

Seri mencebik. Penyebok! Suka hati akulah!

“Siapa suruh Encik Zaim dengar?” Perlahan sahaja dia bersuara. Bimbang juga kalau dimarahi lelaki itu lagi.

“Yang kau nak marah ni, kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap tu?” Kali ini suaranya kedengaran sedikit keras. Sakit hati dengan jawapan selamba wanita itu. Ingat aku tak dengar ke?

Aik, dia dengar ke? Menggelabah Seri sekejap. Namun pantas anak matanya menikam tajam seraut wajah itu. Dia ni kan… sehari tak kenakan aku memang tak sah, kan?

“Encik Zaim… awak…”

“Dahlah… Korang berdua ni, asal jumpa aje nak gaduh. Entah apa yang tak kena saya pun tak tahu.” Leternya sambil menggelengkan kepala perlahan.

Seri mula serba salah. Bukan aku yang tak kena. Mamat tu yang selalu tak kena.

“Er… sorry Encik Zaf.”

Zafril melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. Betul jugak apa yang Zaim cakap tu… Seri memang suka bercakap menggunakan perkataan ‘hah’ dan ‘er’.

“Bukan salah awak Seri. Ni… adik saya ni.”

“Ai, kita pulak yang kena?” Soal Zaim tidak berpuas hati.

“Tak habis lagi?” Soalnya kepada adik lelakinya itu.

Zaim diam. Kalau dah memang hati tu kat minah tu, memanglah along selalu nak backup dia! Bebelnya di dalam hati.

“Seri… saya hantar awak ke pejabat? Kereta awak kat sana, kan?”

“Hah, kan betul saya cakap tadi. Sepatutnya saya bawak kereta siap-siap ke sini. Tak adalah nak menyusahkan Encik Zaf kena hantar saya ke pejabat semula.”

Zafril tersenyum manis.

“Takpe. Tak ada yang susah pun.”

“Along… Zaim nak ikut along balik ofis. Zaim ada tertinggal barang tadi.” Sekilas, dia menjeling ke arah Seri. Huh, nak biarkan dua orang ni ke pejabat berdua aje? Malam-malam macam ni? Bahaya! Bukan tak percayakan budak berdua ni… tapi memang bahaya! Aku memang tak sanggup!

Seri mengetap bibir perlahan. Berkerut dahinya memandang lelaki yang masih memandangnya itu. Mamat ni apa hal, eh? Macam tak puas hati dengan aku aje lagaknya?

“Pulak dah? Kalau macam tu, jomlah! Kesian pulak Seri kena balik lambat. Seri ni penakut orangnya!” Sempat dia mengusik Seri sambil ketawa kuat.

“Mana aci kutuk saya?” Seri memuncungkan wajah.

Zaim turut tersenyum apabila melihat seraut wajah Seri yang serba tak kena bila diusik begitu oleh abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience