BAB 5

Romance Completed 40557

DI dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Melayani fikiran masing-masing.

Hati Zaim berbunga senang. Tak pernah dia keluar berdua-duaan dengan Seri. Ini kali pertama. Dan perasaan itu sangat indah! Walaupun Seri hanya mendiamkan diri sahaja sejak tadi, tetapi dia tetap merasakan kebahagiaan itu.

Seri menjeling sekilas. Tersengih-sengih! Apa hal? Binggung kepalanya dengan perangai si Zaim ini. Pelik! Tapi benar! Lelaki hati batu… Singa lapar… Harimau terlepas ke kota… Tiba-tiba menjadi seekor hamster yang kecil lagi jinak! Kelakar kan? Tetapi itulah realitinya pada hari ini. Zaim yang baik… Zaim yang penuh dengan kasih sayang… Zaim yang gentleman! Seri melepaskan keluhan kecil. Tak sangka sungguh!

“Kenapa mengeluh?” Lembut suara itu menegur, penuh prihatin!

Seri mengukirkan senyuman. Tengok! Betulkan apa yang hati aku cakap tadi? Tak pernah pun Encik Zaim bercakap lembut dengan dia. Tapi hari ni… nada suara dia banyak yang perlahan. Banyak yang lembut dan mendamaikan. Kenapa? Entahlah!

“Encik Zaim…”

“Hm?”

“Kenapa awak suka cari pasal dengan saya?” Dia memilih untuk berterus terang. Sungguh, hatinya benar-benar tertanya-tanya dan ingin tahu.

Zaim terdiam sekejap. Aku suka cari pasal dengan kau, Seri. Sebab… muka menggelabah kau… muka marah kau… buat aku rasa bahagia.

“Jangan nak menuduh, eh? Siapa yang cari pasal dengan siapa dulu? Kau tu yang suka sakitkan hati aku. Tengok sekarang! Aku baru nak berbaik dengan kau! Tiba-tiba kau tanya pulak soalan macam ni!”

“Saya pulak yang kena?” Soalnya tidak berpuas hati. Nampaknya Singa dah tunjuk belang dialah! Eh, bukan Singa! Tapi Harimau hidung belang!

“Tak nak mengaku lagi?”

“Bukan tak nak mengaku! Tapi itu memang realiti. Realiti yang Encik Zaim selalu cari pasal dengan saya.” Adoi… Menyesal aku tanya dia tadi! Kan dah gaduh balik!

“Realiti apa? Realiti yang sebenarnya kau sukakan aku, kan?”

Heh, aku sukakan dia? Hampir tersedak Seri dibuatnya!

“What? Apa yang Encik Zaim merepek ni?” Menyesal pulak aku setuju dia hantar aku balik. Kalau aku tahu macam nilah jadinya, memang aku tak ikut dialah! Itulah, Seri… Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak ada gunanya!

Zaim tersenyum perlahan.

“Cuma ada dua benda aje, Seri. Antara kau suka aku, ataupun kau suka Zaf. Zaf tu… aku nampak dia ambil berat sangat pasal kau. Apa kau buat, kat mana kau, dengan siapa kau… semua dia akan tanya, kan? Agaknya… dia pun ada hati dengan kau kot?”

Seri menelan liur perlahan. Kenapa? Betul ke? Kenapa Encik Zaim mengarut sangat ni? Berdebar jantung ni tau?! Kenapa pulak Encik Zaf nak ada hati dengan aku? Aku sedar diri aku siapa! Aku dengan Encik Zaf tu macam langit dan bumi perbezaannya! Dia tu seorang lelaki berpangkat… profesional… kacak… bergaya! Mana mungkin dia sukakan aku yang entah siapa-siapa aje ni. Personal Assistant aje pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience