BAB 9

Romance Completed 40557

RASA kekok! Sangat kekok untuk berhadapan dengan lelaki yang bergelar bosnya itu. Sejak peristiwa semalam, dia benar-benar terasa kekok. Macam mana ni? Aku dah rasa macam nak menyorok kat belakang pokok ni aje?!

Seraut wajah Seri dipandangnya lama. Tiba-tiba sahaja bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Ya Allah… comelnya dia ni! Baju pink cair… tudung pink cair… dan seluar slek putih… Makin menambahkan seri wajahnya! Seri… awak tahu tak yang awak dah buat saya gilakan awak?

Seri menjeling sekilas. Pandang… pandang… cucuk mata tu karang!

“Kenapa Encik Zaf pandang saya macam tu?”

Zaf senyum. Perasan rupanya! Ingatkan tak perasan.

“Saje.”

Seri mencebik di dalam hati. Jawapan apa macam tu? Kalau jawab macam tu, budak darjah satu pun boleh!

“Boyfriend awak tak marah ke awak keluar dengan saya?”

“Sebenarnya marah. Tapi dia dah izinkan.” Sengaja Seri menciptakan satu watak. Harapannya semoga bosnya itu tidak cakap perkara yang bukan-bukan dan tidak bersembang lebih lama. Sebenarnya… dia dah naik segan bila bosnya itu kerap mencuri pandang seraut wajahnya. Entah kenapa, dia tidak pasti. Sungguh, dia dah rasa lain macam!

“Orang mana?”

Berkerut dahi Seri dengan soalan itu. Apa yang orang mana?

“Siapa?”

“Boyfriend awak.”

Seri menyimpan gelak. Oh, percaya rupanya! Erm, best jugak main-mainkan dia! Tak adalah nak serius sangat! Tak rasa kekok sangat!

“Orang sini jugak.”

Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Jadi… memang betullah dia dah ada boyfriend? Tapi… aku tak akan mengalah dengan cepat, Seri!

“Kalau diberi pilihan antara saya dan dia, mana satu yang awak akan pilih?”

Terpinga-pinga dia sekejap. Apa benda pulak yang Encik Zaf merepek ni? Dia ingat aku cakap betul-betul ke? Orang main-main ajelah! Tapi… bunyi macam serius tu! So… aku kenalah buat serius jugak! Tak mahu bagi dia harapan pulak.

“Mestilah dia.”

“Kenapa?”

Seri senyum.

“Sebab… dia baik. Sangat baik! Seorang yang penyayang, hormat orang tua, cintai saya sepenuh hatinya, hormatkan saya sebagai seorang perempuan, jaga maruah saya dan keluarga dan…”

“Saya ni tak boleh jadi macam dia ke?” Tiba-tiba sahaja dia pantas menyoal.

Adoi… nampaknya dia memang seriuslah! Sedaya upaya dia cuba mengawal riak mukanya. Senyuman masih belum lekang daripada seulas bibirnya, menunjukkan yang dia benar-benar yakin dengan jawapannya itu.

“Tak boleh. Sebab… awak berdua berbeza sangat.”

“Apa yang bezanya? Saya juga lelaki. Saya jugak seorang yang penyayang, hormat orang tua, hormatkan awak sebagai seorang perempuan. Saya juga mampu mencintai awak sepenuh hati saya, Seri. Dan saya juga akan menjaga maruah awak dan keluarga awak. Tak ada bezanya, kan?”

Seri mengerutkan dahi sendiri. Sebenarnya dah nak buat muka menggelabah. Tapi tak jadi sebab terkejut dan rasa lain macam aje! Kenapa ni? Macam betul-betul serius aje bunyinya? Dia serius ke? Sudah! Parah ni!

Perlahan nafasnya ditarik sebelum bersuara.

“Encik Zaf… Cinta itu adalah sesuatu yang sangat unik. Tak boleh dipaksa, tak boleh disuruh. Datangnya suatu cinta itu dengan sendirinya. Walau berkali-kali pun kita menolak, jika sudah ditakdirkan cinta kita untuk dia, dia tetap untuk kita. Walau berkali-kali kita mahukan cinta itu, jika dia bukan milik kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Dan bagi seorang perempuan pula… cinta dia hanya satu. Hanya untuk seorang lelaki.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience