BAB 6

Romance Completed 40557

“SERI…”

Seri mendongakkan wajahnya. Senyuman cuba dihulurkan kepada bosnya itu. Sedikit sebanyak, kata-kata Encik Zaim semalam terkesan juga di hatinya. Jadi segan jugak ni!

Seri… jangan nak perasan sangat boleh tak? Semua tu tak mungkinlah! Cuba kembali semula kea lam realiti. Dan terimalah kenyataannya, Seri! Dia mengingatkan diri sendiri.

“Ya, Encik Zaf?”

Zaf senyum. Sepasang anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Cantik Seri hari ni. Pink plus hijau! Sama dengan hijau baju kemejanya. Serasi, kan?

“Awak tolong buatkan air, ya? Ada tetamu nak datang.”

“Baik, Encik Zaf. Saya buat sekarang.” Menonong dia melangkahkan kaki ke pantry. Sekejap sahaja dia sudah menepuk dahi sendiri. Lah, lupa nak tanya siapa tetamu dia! Kenapa tak ada pun dalam buku catatan aku? Tak apalah. Jap lagilah tanya. Senyuman terukir di bibirnya.

“Buat apa?”

Hampir terpelanting sudu di tangannya kerana terkejut dengan sapaan yang terlalu dekat dengan telinganya itu. Pantas dia berpaling ke belakang. Terkejut apabila terpandangkan seraut wajah. Bibirnya sudah diketap geram.

“Awak ni dah kenapa? Terperanjat saya!”

“Tolong buatkan air untuk aku sekali?”

Seri mencebik. Baiknya? Ada apa-apa ke? Meluat pulak aku tengok! Selepas peristiwa selama, dia jadi berdebar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Encik Zaim dah buat dia jadi hilang punca! Jadi rasa kekok bila berhadapan dengan Encik Zaf! Seri… dahlah! Jangan asyik berangan aje! Buat kerja!

“Ehem, sorry! Saya ni PA Encik Zafril. Bukan PA awak. So… excuse me! Buat sendiri.”

Bulat mata Zaim mendengar ucapan itu. Ai, berani betul budak kecik ni naikkan darah aku!

“What? Ulang balik apa yang kau cakap tadi?”

“Saya cakap… suruh awak buat sendiri. Awakkan ada tangan dan kaki sendiri. Boleh buat sendiri.” Dia terus melangkah meninggalkan pantry sambil mendulang air di tangan.

Panas sungguh hatinya dengan jawapan Seri tadi. Oh, sekarang dah berani melawan kan? Takpe! Kakinya dilangkahkan ke meja Seri. Senyuman terukir di bibirnya sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi Seri. Dia duduk membuang masa sementara menunggu Seri keluar daripada bilik abangnya.

Seri mengerutkan dahi sendiri. Apa hal dengan mamat ni? Anak matanya memandang sekilas ke arah rakan pejabatnya. Nasib baik rakan-rakan pejabatnya dah kalis benar dengan perangai si Zaim ni. Kalau tak, memang akan timbul gossip yang bukan-bukan. Perlahan kakinya dilangkahkan menghampiri meja sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Seri mengetuk meja itu tiga kali sebelum berdehem perlahan.

“Encik Zaim nak apa sebenarnya?”

“Nak suruh kau buatkan air.” Selamba sahaja jawapannya tanpa memandang Seri.

What? Terlopong sekejap Seri dibuatnya.

“Hah? Awak sanggup tunggu kat sini semata-mata nak suruh saya buatkan air untuk awak? Awak ni dah kenapa?”

Zaim senyum sambil menjungkitkan bahunya.

“Yup, memang pun! And then, selagi kau tak buatkan air untuk aku, selagi tulah aku dengan senang hatinya akan goyang kaki kat sini.”

Seri mencebik. Eleh, mentang-mentanglah bangunan pejabat ni milik ayah dia, dengan senang hatinya dia boleh mengular? Anak bos konon! Menyampah aku tengok!

“Encik Zaim… saya banyak kerja lagi untuk dibuat selain melayan kerenah Encik Zaim yang entah apa-apa tu!”

“Tak kisahlah!”

“Awak… tak elok orang pandang.” Dia bersuara perlahan ke arah lelaki itu. Aduh… macam manalah nak pujuk dia ni?! Aku mana tahu nak pujuk memujuk orang!

Zaim buat-buat tak tahu sambil memusing-musingkan kerusi yang didudukinya itu.

“Awak… Dahlah. Meh ikut saya gi pantry. Saya buatkan air untuk awak.” Akhirnya Seri mengalah. Zaim… Zaim… kenapalah awak selalu macam ni? Awak tahu tak yang awak suka snagat penuhkan otak kecil saya ni dengan nama awak tu?! Tepu otak saya ni!

Cepat sahaja Zaim tersengih sambil mengangguk laju. Kakinya ikut melangkah mengekori langkah Seri. Seri melangkah ke sinki, dia melangkah ke sinki. Seri melangkah ke almari, dia ikut melangkah ke almari. Sengaja mahu menyakitkan hati Seri.

Seri buat tak tahu. Dipekakkan telinga, dibutakan matanya. Anggap sahaja yang Zaim tak ada kat situ. Jap lagi apa pulak yang orang cakap! Perangai dia ni kan… huh, menyakitkan hati betullah!

“Ai, Encik Zaim… Dapat PA extra ke?” Usik Sofea, PA Zaim yang juga berada di pantry.

Zaim menjeling tajam ke arah suara yang menyapanya. Sebok betullah!

“Yang awak nak menyebok ni kenapa? Kalau dah tak ada kerja sangat, pergi turun bawah. Buatkan air untuk semua orang dekat pejabat bawah tu.” Arahnya selamba.

Hampir tersedak dia dibuatnya! Bos aku ni jangan dibuat main! Apa yang dia cakap, memang kena buat! Tapi… takkanlah…

“What? Encik Zaim jangan nak main-main.”

“Ada awak nampak saya tengah main? Tak ada, kan? Just go!”

Sofea mengerutkan dahi sendiri. Apa kena dengan bos aku ni? Serius semacam aje? Dah gila gamaknya? Staf kat bawah tu lebih dua puluh orang kot? Takkanlah aku kena buatkan air untuk semua orang?

“Tak dengar lagi ke? Nak saya ulang sekali lagi?”

“Eh, dah! Dah dengar! Saya turun dulu.” Kelam kabut dia membasuh cawannya. Bimbang akan ada arahan yang lebih merepek selepas ini kalau masih tak ikut arahan lelaki itu. Macam manalah si Seri ni boleh tahan dengan perangai bos aku ni?

Seri menggelengkan kepalanya perlahan. Fuh, nasib baiklah Encik Zamarul dulu pindahkan aku ke pejabat atas ni. Masa tu baru dua hari aku bekerja kat sini. Dan aku beruntung sangat dapat bos yang baik hati macam Encik Zaf. Bukan macam Encik Zaim yang menyakitkan hati tu! Hehe… nasiblah Sofea oi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience