BAB 16

Romance Completed 40557

Lengan lelaki itu dicuitnya.

Zaf berpaling ke sisinya.

“Apa cuit-cuit?”

“Marah ke?”

“Taklah. Sayang.”

“Saya pun.”

“Apa yang saya pun?”

“Sayang awak jugak.”

Tubuh isterinya itu dipeluknya erat. Rupa-rupanya, dalam kesulitan itu Allah telah mengurniakan nikmat yang amat besar. Seorang isteri yang amat menyayangiku… Penyejuk di mata, penawar di hati…

Pada hari majlis perkahwinan Zaim dan Seri, dia ditemukan dengan seorang gadis yang cantik dan sangat manis. Diperkenalkan oleh Seri. Oh, rupa-rupanya mereka berdua dah berpakat nak kenakan aku!

Tapi… it’s okey. Mungkin memang ini jodohku! Dan Alhamdulillah… dan tiga bulan kami berkahwin. Dan kami bahagia sangat-sangat. Semoga Seri dan Zaim juga bahagia hingga hujung nyawa.

Senyuman jelas tergambar pada seulas bibirnya. Sungguh, dia benar-benar bahagia melihat kebahagiaan bosnya itu. Alhamdulillah… Dhiya mampu membahagiakan Abang zaf. Tak sia-sia aku perkenalkan Dhiya dengan Abang Zaf. Rupa-rupanya… memang jodoh mereka berdua.

Seri berpaling sekilas sambil mencuit bahu suaminya yang sedang khusyuk membaca buku di sebelahnya.

“Abang… sini kejap.”

Zaim mengerutkan dahi sambil membuat riak muka bertanya.

“Sinilah!”

“Tak nak! Seri nak abang ke… abang yang nak Seri?” Usiknya.

Seri menoleh sambil mencebik. Main-main pulak!

“Seri nak abang ke… abang nak Seri.” Ejeknya.

“Memanglah Seri nak abang. Abang tak nak Seri ke?”

Zaim senyum. Ece…ce… merajuk nampak? Perlahan kakinya menapak ke arah isterinya. Tubuh kecil itu dirangkulnya dari belakang.

“Mestilah abang nak Seri. I love you… Always love you… Forever love you… Only you… Kau yang bernama Seri.”

Lebar senyumannya mendengar bait kata yang meniti bibir suaminya. Tangannya diletakkan di atas tangan suaminya.

“Seri pun.”

“Apa yang Seri pun?”

“Love you… always… forever… Only you… Kau yang bernama Zaim.”

Kali ini Zaim pula yang tersenyum lebar. Satu ciuman kasih sayang singgah pada pipi kanan isterinya.

“Thanks, my sweetheart.”

“Thanks to you to.” Anak matanya beralih semula ke arah satu pasangan suami isteri bahagia yang berada tidak jauh daripada mereka berdua. Alhamdulillah… Abang Zaf pun bahagia.

“Sayang… tengok tu…” Muncungnya dihalakan ke arah abang dan kakak iparnya. Bahagia apabila melihat kebahagiaan pasangan suami isteri itu.

Seri senyum. Dari tadi lagi Seri nampak diorang, abang.

“Itulah yang Seri panggil abang tadi. Sebenarnya… nak tunjukkan yang tulah.”

“Oh, isteri abang ni mengintip suami orang ke?”

Seri tergelak perlahan. Ada sahaja yang nak diusiknya!

“Nonsense! Abang…” Serunya perlahan.

Sejuk hatinya mendengar suara gemersik itu. Indahnya suara Seri, sama indah dengan seraut wajahnya. Sama indah dengan hatinya.

“Nak apa sayang…?” Lembut ucapannya ke telinga Seri. Kali ini dahunya dilabuhkan di atas bahu isterinya.

Seri senyum. Nampak berlagak, tapi sebenarnya… dalam hati ada taman.

“Seri bahagia tengok Abang Zaf bahagia.”

Angguk.

“Thanks to Seri… Sebab temukan diorang berdua. Abang pun tak sangka yang itu sebenarnya memang jodoh mereka.”

“Itulah, abang… Kenapa abang lari masa majlis kita tu?”

Zaim senyum. Hmm… memang menyesal! Kalau tak, pastinya mereka dah ada dua orang anak sekarang ni!

“Sebab… abang dengar lagu Hafiz. Bahagiamu deritaku.”

“Jadi?”

“Jadi… abang takut abang akan bahagia atas penderitaan orang lain. Atas penderitaan Abang Zaf.”

“Abang ni… merepek betullah!”

Zaim mengangguk. Kalau fikir balik, memang mengarut! Menyesal sangat-sangat! Tapi takpe… saat ini Seri dah jadi milik aku. Untuk selama-lamanya…

“Habis tu…. Kenapa abang intai Seri di belakang pokok tu?”

Oh, dia ingat lagi pasal tu ke?!

“Sebab… kat mana-mana pun abang nampak sayang. Setiap perempuan yang abang pandang, semuanya muka Seri. Sampai abnag rasa tak percaya sayang depan mata abang.”

Bibirnya diketap geram.

“Oh, jadi… abang memang pandang perempuan lainlah, ya? Abang ni kan… sampai hati! Seri tunggu abang. Abang pulak pandang perempuan lain!”

Ai, cemburu nampak?! Seri… Seri… Ini yang buat abang sayang Seri snagat-sangat, tau! Zaim tergelak kuat.

Seri yang terkejut, pantas menekup mulut itu dengan tangannya.

“Jangan gelak kuat-kuat. Aleesya tengah tidur tu.” Teringat pula kepada anak kecilnya yang sedang tidur di dalam bilik.

“Sayang yang buat abang tergelak kuat.” Tidak jelas kata-katanya apabila terpaksa bercakap dengan tangan Seri yang masih berada di mulutnya.

Seri senyum. Tapak tangan yang berada di mulut suaminya dialihkan lalu dikesatkan ke baju suami.

“Tak senonoh! Cakaplah elok-elok.”

“What? Sayang kesat kat baju abang.”

“Hah, memanglah! Siapa suruh abang gelak kuat-kuat.”

Dia mengecilkan kelopak matanya.

“Sayang abang ni memang nak kena, kan?” pantas dia menghampiri isterinya itu lalu mencempung tubuh itu erat.

Seri yang terkejut terus memaut leher suaminya. Seraut wajah yang dekat dengan mukanya itu dipandang lama. Penuh kasih sayang. Penuh cinta yang mendalam.

“Handsome tak muka abang?”

Angguk. Bibirnya menguntumkan senyuman.

“Handsome… baik hati… comel sangat!”

Zaim tersenyum lebar. Mukanya didekatkan dengan muka isterinya. Satu kucupan singgah lembut di bibir merah itu. Seribu kasih sayang diluahkan. Sejuta cinta diserahkan. Hanya untuk dia… kau yang bernama Seri.

“Sayang abang pun… baik hati sangat. Cute! Sebab tu abang boleh jatuh cinta pada dia.”

Kali ini Seri mengucup perlahan pipi suaminya.

“Terima kasih, abang. Sebab tulah Seri sayang abang. Walaupun dulu abang garang dengan Seri, tapi Seri nampak kasih sayang kat mata abang. Sebab tu Seri jatuh cinta pada abang.”

“Sayang…

“Hmm?”

“Cuba letak tapak tangan sayang kat dada abang.”

Berkerut dahinya sekejap. Namun dia tetap tersenyum sambil meletakkan tapak tangannya pada dada bidang suaminya. Dup dap! Dup dap! Ada degupan pantas sedang berirama di dalamnya. Anak matanya memandang tepat pada sepasang anak mata suaminya.

“Dalam setiap nafas abang, ada nama sayang.”

“Dalam setiap nafas Seri, juga ada nama abang.” Seri menyambung ayat suaminya.

“Dalam setiap udara yang abang hirup… ada cinta sayang… ada kasih sayang, sayang.”

“Dalam setiap udara yang Seri hirup… ada cinta abang… ada kasih sayang abang.”

Zaim senyum. Nakal sungguh isteri aku ni, kan? Tetapi itulah namanya sayang… Itulah kebahagiaan kami.

“Cinta abang… hanya untuk sayang. Sampai hujung nyawa abang. Semoga cinta kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”

Seri senyum.

“Cinta Seri… hanya untuk abang. Sampai hujung nyawa Seri. Semoga cinta kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”

Mata bertentang mata. Senyuman berbalas senyum.

Terima kasih, cinta… Terima kasih, Ya Allah… Semoga cinta kami berkekalan hingga hujung nyawa. Semoga cinta kami berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah Ya Tuhanku… Anugerahmu begitu indah. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kurniaan dan rahmatMu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience