BAB 2

Romance Completed 40557

SERI tidak senang duduk. Sudah dekat seratus kali anak matanya memandang jam di tangan dan juga di atas meja kerjanya. Bila diorang nak habis meeting ni? Aku tak nak balik lambat sangat. Aku ni bukannya berani drive sorang-sorang malam buta macam ni!

Puas duduk di hadapan komputer, dia mengemaskan fail di belakangnya. Puas mengemaskan fail, dia mengemaskan meja sendiri yang sudah sedia kemas itu. Nak buat kerja, memang dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Buat bodoh sudahlah!

“Seri… buat apa?”

“Oh, mak kau!” Teguran itu memeranjatkan dirinya. Jatuh tergolek fail yang sedang dipegangnya. Pantas dia berpaling ke arah suara itu. Senyuman menyeringai cuba dihulurkan. Malu jugak… tiba-tiba boleh melatah macam tu. Terkejut sebenarnya!

“Encik Zaf… Terkejut saya.”

Cepat-cepat dia menunduk mengutip fail yang terjatuh berdekatan dengan kaki Encik Zaim. Anak matanya singgah sebentar ke seraut wajah itu. Serba salah untuk mengutip fail yang sangat dekat dengan lelaki itu. Karang kalau dia sepak aku macam mana? Kenapa pulak dia nak sepak aku? Manalah tahu… kot-kot dia tu memang benci sangat dengan aku. Tak mustahil kalau dia betul-betul sepak aku jap lagi. Seri duduk mengutip fail itu.

Zaim serba salah. Kesian pulak dekat Seri yang terpaksa menunduk mengutip fail di kakinya. Macam nak sujud dekat aku aje? Dia turut duduk mengutip fail itu.

Belum sempat tangannya singgah pada fail itu, satu tangan sasa terlebih dahulu singgah pada fail itu. Elok sahaja tangannya mendarat di atas tangan lelaki itu. Pantas Seri mengalihkan semula tangannya. Seri mendongakkan wajah. Uih, dia? Ingatkan Encik Zaf tadi!

Satu senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita yang menunjukkan wajah terkejut itu. Apa dia ingat Along ke yang nak tolong kutip fail kat kaki aku ni?

“Kau ni ada hati dengan abang aku ke?” Pandangannya tajam menikam seraut wajah itu.

Bulat mata Seri memandang seraut wajah itu. Suara perlahan itu cukup untuk menusuk masuk ke corong telinganya. Ingin sahaja dia menjawab kasar soalan itu. Namun bila memikirkan bosnya juga berada dalam situasi itu, cepat sahaja dia bangun setelah merampas fail itu dari tangan Encik Zaim. Pantas anak matanya memandang seraut wajah bosnya. Liurnya ditelan perlahan. Jangan Encik Zafril dengar sudah!

Zafril menghulurkan senyuman untuk PA nya itu. Untung aku dapat PA macam Seri. Tak banyak songeh. Apa yang aku suruh semuanya dia buat. Tengok sekarang… tadi aku suruh tunggu, tunggulah dia. Padahal bukan ada benda penting pun yang aku nak suruh dia buat.

“Seri… jom keluar minum dengan kita orang?” Ajaknya perlahan.

“Hah? Er… tak boleh! Dah lewat sangat. Saya nak balik.” Tergagap-gagap dia mahu menjawab. Serba salah untuk menolak. Namun dia memang harus menolak.

“Ala… boleh, lah? Kejap aje. Just minum. Tak makan pun.” Dia masih ingin memujuk wanita itu. Alang-alang Seri dah tunggu sampai lewat macam ni, tak salah dia ajak Seri keluar sebagai tanda ucapan terima kasih.

“Er… sebenarnya…”

“Tak baik tolak perlawaan orang.” Zaim terlebih dahulu memintas sinis apabila melihat bibir comel itu seolah-olah ingin membantah lagi.

Anak matanya singgah pula pada seraut wajah Encik Zaim. Aku… Aku takut nak drive sorang-sorang lewat malam macam ni! Perlahan liurnya diteguk. Anak matanya singgah pula pada seraut wajah bosnya. Lelaki itu seperti terlalu berharap. Hendak tak hendak, akhirnya dia mengangguk perlahan. Tak baik buat orang kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience