BAB 13

Romance Completed 40557

GEMPAR! Suasana saat ini benar-benar gempar! Sewaktu sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan dilangsungkan lusa, keluarga Seri digemparkan dengan kehilangan calon pengantin lelaki. Zaim hilang!

Gugur satu persatu air matanya menjatuhi pipinya. Ke mana Zaim? Ke mana bakal suaminya itu? Berkali-kali dia cuba menelefon lelaki itu. Namun tiada jawapan yang diterimanya.

Selang beberapa minit, dia digemparkan lagi dengan sepucuk surat yang lengkap dengan tandatangan bakal suaminya.

To: Kesayanganku, Seri…

Assalamualaikum, kau yang bernama Seri…

Saya tak mampu membina mahligai bahagia

di atas penderitaan abang saya.

Seri… jika esok saya masih tidak hadir di sini,

sambutlah cinta Abang Zaf…

Saya akan doakan kebahagiaan awak dan along, Seri…

Selamat Pengantin Baru, sayangku Seri…

Yang menyayangimu,

Zaim

Tiada sendu yang berlagu. Saat ini cuma air matanya sahaja yang gugur satu persatu. Zaim… sampai hati awak tinggalkan saya.

“Seri… jangan macam ni, sayang. Jangan menangis lagi. Ingat Allah, sayang.” Pujuk ibunya.

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata

“Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun” (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali).” Al-Baqarah (155-156)

Seri diam membisu. Zaim… sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang. Awak… saya cuma cintakan awak. Hanya awak… selamanya!

Encik Zaf tak akan ada dalam hati saya. Saya cuma mampu menerima dia sebagai seorang abang. Lalu… bagaimanakah ini, Zaim? Macam mana..? Kenapa..?

Kenapa awak dengan mudahnya menyerahkan saya kepada orang yang saya tak cintai? Orang yang saya anggap sebagai seorang abang.

Otak kecilnya teringatkan perbualannya dengan orang yang sepatutnya menjadi abang iparnya. Encik Zaf… Adakah kerana perbualan itu? Zaim dengar?

Zaim… saya nak awak!! Hanya awak!!

Tanpa menunggu lebih lama, kakinya terus dilangkahkan keluar daripada bilik pengantin. Bukan sahaja melangkah keluar daripada bilik pengantin, tetapi dengan tidak memakai kasut, dia terus berlari tanpa arah tujuan.

Tangisannya dihemburkan semahunya. Sedar tak sedar, dia sudah berada di pantasi. Sedih hatinya! Ya Allah… kenapa dugaan sebegini berat Engkau hadiahkan untukku? Kuatkanlah hatiku untuk menerima dugaanMu ini. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah!

“Saya cintakan awak, Zaim!! Hanya awak!!” Kuat jeritannya melawan suara ombak yang menghempas ke pantai. Sudahnya dia terduduk di atas pasir pantai itu. Lelah sungguh hatinya! Siksa sungguh jiwanya mennaggung rindu dendam pada seorang lelaki. Hanya Zaim cintanya! Bukan Zaf!

Pantas Zaim menoleh ke belakang. Terkejut apabila melihat seorang perempuan yang berbaju pengantin sedang terduduk di atas pasir pantai.

Berdebar jantungnya hanya Allah sahaja yang tahu. Seri!! Ya… dia tahu!! Itu memang Seri! Dan Seri sedang melaungkan namanya! Seri… saya juga cintakan awak, Seri. Hanya awak!

Kakinya ingin melangkah dan mendakap tubuh gadis itu, tetapi kakinya tidak mahu berganjak. Hatinya menghalang… Ya Allah… apakah yang mampu aku lakukan saat ini?

Sudahnya dia berpaling semula dan melabuhkan duduk semula di belakang pokok rendang itu. Maafkan saya, Seri… Saya tak mampu untuk bahagia di atas penderitaan Abang Zaf.

Lama dia terduduk di belakang pokok besar itu. Menunggu Seri beredar sebelum dia melangkah pulang.

Terkejut! Pantas dia membuka kelopak matanya apabila terasa ada satu tangan yang menyentuh bahunya. Siapa? Berdebar sungguh jantungnya saat ini. Lambat-lambat dia berpaling ke belakang. Dia??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience