Sudah seminggu tempoh penggambaran mereka berjalan lancar. Entah apa motif Zareef untuk mengadakan sambutan hari keluarga di sebuah hotel selama 3 hari 2 malam. Semua penyertaan adalah diwajibkan. Daniel sudah pasti akan mendampinginya sebagai manager.
Akhirnya Ayu terpaksa juga menghadiri sambutan itu. Dia menaiki kereta bersama Daniel. Sampai sahaja di hotel, merela dibenarkan rehat. Ayu berkongsu bilik dengan dua orang lagi kaki tangannya. Dua-dua asal Malaysia sepertinya. Mudahlah untuk berkomunikasi.
"Ayu, dah siap ke belum?" Soal Ainin.
Malam itu mereka akan melakukan aktiviti pertama. Iaitu sesi memperkenalkan ahli keluarga dengan tema Annual Diner. Namun memandangkan Ayu tiada sesiapa, dia hanya akan naik ke pentas bersama Daniel.
"You both tak payah tunggu I lah. I gerak dengan Daniel ke dewan nanti."
"Oh, okey."
Ainin dan Kaira keluar dari bilik. Mereka juga tidak hadir bersama keluarga. Keliarga mereka di Malaysia. mereka di sini pun untuk mencari rezeki.
Setelah berpuas hati dengan imejnya di cermin, Ayu keluar. Sebaik sahaja pintunya dibuka, Saniel sudah terpacak dengan busana tuxedonya.
"Wow, you look great!" Puji Ayu.
"Awak pun apa kurangnya. Cantik sangat dengan dress yang I belikan ni. Kalau awak single dah lama saya try," ujar Daniel tidak bertapis.
Dia tidak henti merenung Ayu yang berselendeng keemasan itu. Sesuai dengan dress d an tuxedo hitam mereka. Sekali pandang pasti orang ingat mereka ini pasangan istimewa.
Ayu membulatkan matanya. "Saya dah cakap yang saya tak nak bercakap soal ni kan?"
"I'm sorry. It's just a joke," ucap Daniel.
Ayu hanya mengangguk. Kemudian mereka ke dewan beriringan. Sewaktu memasuki dewan, ramai mata yang tertumpu pada mereka. Ada juga yang mengusik. Ayu dan Daniel hanya tersenyum. Mereka sudah biasa digosipkan bersama.
Mereka mengambil tempat bersebelahan. Majlis pembukaan berlangsung. Sewaktu Zareef sedang berucap, Ayu tidak dapat menahan ngantuknya sehingga kepalanya terlentok di bahu Daniel.
Daniel yang perasan pandangan Zareef yang asyik mengarah pada Ayu, terus menggerakkan wanita itu. Bimbang Zareef berfikir yang bukan-bukan. Dia masih waras untuk menjaga maruah Ayu sebagai isteri orang.
"Ayu, turn kita."
Ayu dan Daniel naik ke atas pentas. Daniel memulakan ucapan.
"Assalamualaikum, I think everyone know that I'm her manager." Daniel menunjuk Ayu di sebelahnya.
"Since I have no family, I introduce Daniel to you all because he's like my family," sambung Ayu.
"Don't worry Ayu. I'll always be here for you," jawab Daniel.
Kemudian kedengaran usikan-usikan nakal.
"Why don't you both just married and be a real family?" Seorang rakan sekerja Ayu menyampuk.
Ayu dan Daniel ketawa sebelum lelaki itu menjawab.
"I'm waiting for her answer," kata Daniel dengan nada gurauan.
Ayu hanya ketawa kecil.
Share this novel