Bab 6

Romance Series 58266

"Seronok?"

Langkah Ayu terhenti. "Apa encik cakap ni?"

Zareef senyum sinis.

Ayu takut dengan senyuman itu. Tambahan pula hanya mereka berdua sahaja di hadapan lif sekarang. Menyesal pula dia meminta diri lebih awal kepada Daniel.

"Tak faham ke buat-buat tak faham?"

"Awak nak apa lagi hah?!" Entah mana keberanian itu muncul, Ayu pun tidak tahu. Panggilan kepada Zareef juga sudah berubah.

"Aku nak apa? Aku nak kau!" Zareef juga meninggikan suara.

"Awak jangan nak mengarut! Kita dah tak ada apa-apa!"

"Siapa cakap?! Aku tak pernah lafazkan talak kat kau!"

"So do it now! Sampai bila awak nak seksa saya?! Tak puas lagi ke tiga tahun ni awak gantung saya tak bertali?!" bentak Ayu.

"Kenapa? You want to marry Daniel and be a REAL FAMILY?"

Ayu tergamam. Jadi Zareef memarahinya kerana hal tadi? Tapi mengapa?

"Yes! I want to marry him."

Zareef diam. Lama dia merenung anak mata Ayu sebelum menarik wanita itu ke dalam lif. Tingkat 18 ditekan.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?! Let me go!"

Ayu cuba merentap tangannya. Namun tidak berjaya. Pergelangannya mula terasa sakit.

Tanpa mempedulikan Ayu, sebaik sahaja pintu lif terbuka, Zareef menarik Ayu ke biliknya.

Ayu mula dilanda ketakutan. Ya Allah, tak! Dia tak mahu kejadian tiga tahun dulu berulang kembali.

Pintu bilik dikunci. Ayu ditolak ke katil.

"No, Zareef! I'm so sorry!" Teriak Ayu sambil cuba menjauhi Zareef.

"Kau tak akan dapat bersama Daniel selagi kau masih terikat. Dan aku tak akan lepaskan kau!!" Kedua-dua tangan Ayu ditangkap.

Ayu tidak berani bertentang mata dengan Zareef. Dia takut! Benar-benar takut.

Saat tubuhnya dirangkul, Ayu mula meronta.

"Zareef, jangan buat saya macam ni! Saya tak nak..."

Zareef merapatkan jarak wajah mereka. Ayu semakin menggigil.

"Awak tak pernah anggap saya isteri awak, Zareef. Saya bukan pelacur!!"

"Daniel kau boleh layan kenapa tak aku?!" Tengking Zareef.

"Apa awak cakap ni?!" Ayu mula hilang sabar.

Sejurus itu Zareef cuba menindih isterinya itu.

"Kau aku punya, Ayu! Only mine! Aku tak akan lepaskan kau! You're forever mine..."

Walaupun sedaya upaya Ayu meronta, akhirnya sekali lagi dia kalah dengan suami bernama Tengku Zareef Arrayan.

Share this novel

Anis Insyirah
2021-03-01 13:23:13 

nak zareef jadi hero ofc


NovelPlus Premium

The best ads free experience