Bab 15

Romance Series 58266

Langkah Zareef seiring dengan langkah Ayu yang perlahan. Walaupun telah ditegah, tetap juga isterinya itu berdegil. Kandungan yang sedang sarat itu betul-betul membimbangkannya.

Mereka masuk ke kedai barangan bayi.

"Awak, dah banyak kan kita beli?"

"Alah, apa salahnya. Bila lagi berpeluang nak shopping sakan barang baby?"

Ayu hanya menggeleng perlahan. Apa-aoa sahajalah suaminya ini.

"Kecuali..."

"Kecuali kalau kita melawat baby orang?" Ayu pantas menebak.

"Bukan..."

"Habis tu?" Dahi Ayu sudah bertaut.

"Kecuali kalau you nak bagi I anak ketiga dalam masa terdekat ni."

"What? Hello, yang dalam ni pun tak keluar lagi tahu!" Wajah Ayu sudah memerah. Anak matanya dialihkan daripada melihat Zareef.

"Alah, gurau aje. Setahu I, you tak pakai blusher pun tadi kan?"

Semakin merah pipi Ayu. Zareef ketawa. Suka melihat respon Ayu bila diusik.

"Dahlah, I nak pilih kat sana."

Zareef tahu yang itu hanya helah Ayu untuk mengelak.

"Hati-hati!" Sempat Zareef berpesan.

Sebaik sahaja Ayu hilang dari pandangan, Zareef membelek pakaian di bahagian paling hadapan kedai.

"Zareef!"

Tidak semena-mena lengannya dirangkul. Namun pantas ditepis.

"Hey, what do you want?!"

"You boleh tanya I nak apa? I nak jumpa you lah!"

"Are you crazy?! I ni dah ada isterilah. Dah ada anak. Nak masuk yang kedua dah pun!" Zareef meliarkan pandangannya. Bimbang kalau-kalau Ayu muncul secara tiba-tiba.

"So what?"

"Hey, you tak malu ke nak laki orang anak dua?!" Suara Zareef sudah tertekan-tekan.

"Alah, kalau laki tu you apa salahnya?"

Baru sahaja tangannya ingin dirangkul, dia terlebih dahulu menepis.

"I nak you berambus dari sini!" Halau Zareef.

"Oh, you nak bajet setia lah ni? Hey, macamlah I tak kenal you tu! Atau sebab you terpaksa? Dulu pun I mengandung juga, kenapa you tak nak bertanggungjawab?!"

"Sebab tu bukan anak aku! Kau jangan nak bodohkan akulah. Dengan betina murahan macam kau ni, aku pakai pelindung tahu tak!"

"Betina murahan ni jugaklah yang cari dulu! So dengan perempuan tu ajelah you tak pakai pelindung?"

"Of course, she's my wife! Kenapa pula I nak kena pakai pelindung?! You tu bila nak berubah hah?!"

"I kenal you lah! You mesti dah sentuh perempuan tu dulu before married!"

"Kau cakap baik sikit eh, perempuan? Aku sentuh dia dengan ikatan yang sah. Anak aku, anak sah taraf. Plus, dia bukan macam kau. Serupa pelacur!"

"You...!"

Tanpa diduga, tubuh Zareef dipeluk. Zareef tergamam. Belum sempat dia menolak, ada satu suara lain yang mencelah.

"Awak, ni okey..."

Ayu terkaku.

"Ayu..." Zareef meleraikan tubuhnya dari pelukan itu. Dapat dia lihat mata Ayu yang mula bergenang sebelum tubuh itu berpaling meninggalkannya.

"Zareef!"

Suara gedik itu dihiraukan. Tanpa membuang masa, tubuh itu dikejar. Pergerakan Ayu yang lambat memudahkan Zareef untuk mengejar.

"Ayu dah salah faham ni."

"Macam mana saya nak percaya kalau memang itu perangai awak dulu?" Tidak menengking tetapi cukup sarkastik.

"Ayu..." Tangan yang cuba dicapai terus ditepis. Langkah Ayu semakin laju.

"Okey, okey. Tapi tolonglah jangan macam ni. Bahaya, Ayu. You tu tengah sarat," Zareef mengalah.

"I silap sebab percayakan you. Dendam you pada I memang tak kan habiskan? Tahniah sebab you dah berjaya mainkan I! I ni memang tak ada maruah di mata you kan?"

Dapat Zareef dengar betapa lirihnya suara itu.

"Tak, Ayu..."

"You memang nak gunakan I demi anak ni kan? Fine, kalau macam tu you lafazkan aje talak taklik kat I sekarang. Supaya lepas ni I tak perlu lagi jadi perempuan simpanan you dan mengandungkan anak kepada lelaki macam you ni!"

Zareef tersentak. "Never, Ayu!"

"You yang paksa I. I memang bodoh sebab tak berani bertindak dari dulu. I akan mintak fasakh!"

"Jangan, Ayu..."

"Apa? You nak buka kes bapak I? Buatlah, Zareef. Buat! I dah tak tahan lagi! Bapak I dah mati. Kalau you nak saman I samanlah! Tapi you jangan lupa, I masih ada Daniel and mummy!"

"Bapak you tak bunuh pun bapak I!"

Langkah Ayu terhenti. Namun dia masih tidak berpaling. Zareef juga menghentikan langkahnya.

"I dah lama tahu kebenaran tu. Sejak you hilangkan diri 3 tahun lepas."

Spontan lutut Ayu terasa lemah. "Tapi... kenapa awak... masih tuduh ayah saya..."

"Semuanya cuma sebagai umpan supaya awak tak tinggalkan saya!" Potong Zareef. Panggilannya juga berubah.

"Awak tak tahu betapa sakitnya saya setiap malam bila teringatkan apa yang saya pernah buat pada awak. Saya sentiasa dihurung rasa bersalah."

"Ta... tapi kenapa... bila awak jumpa saya..."

"Saya jadi baran bila saya dapat tahu yang awak ada Daniel yang sentiasa bersama awak selama 3 tahun ni. Rasa bersalah saya semakin bertambah bila tengok Adam. Anak saya. Anak yang lahir atas kekejaman saya."

Bahu Ayu sudah terhincut-hincut. Air matanya semakin lebat.

"Awak nak Adam dan baby yang bakal lahir tu jadi macam kita? Hidup tanpa kasih sayang seorang bapa."

Perasaan Ayu bercampur-baur.

"Tolonglah, Ayu. Bagi peluang pada saya. Pada kita. Untuk kecapi bahagia."

Seketika kemudian, Ayu terasa bahunya dirangkul dengan erat dari belakang.

Namun tidak pula dia mengelak. Sehinggalah bahunya terasa basah. Zareef... menangis.

"Awak masih muda masa tu. Baru 18. Tapi dah kena besarkan anak saya seorang diri. I'm sorry, Ayu. So sorry. Saya dah rampas masa muda awak. Saya..."

"Abang cintakan Ayu."

Serentak dengan itu, Ayu merasakan bahunya semakin basah. Tidak dia sangka yang Zareef akan meruntuhkan egonya.

Mata dipejam. Dan air mata Ayu benar-benar murah. Hanya esakannya yang kedengaran. Rangkukan di bahunya semakin erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience