Bab 11

Romance Series 58266

Zareef menerjah masuk ke bilik pejabat Zikry.

"Hey, bro! Amacam semalam?"

Buk!!

Zikry menyentuh bibirnya yang berdarah.

"Kau pehal ni?!"

Zareef mencekak kolar baju sahabatnya itu.

"Kawan jenis apa kau ni?! Hak kawan sendiri pun nak kebas!" Tengking Zareef.

"Apahal tetiba kau kisah sangat? Sebelum ni pun kita selalu share! Lagipun semalam kau yang bagi dia kat aku kan?!"

Buk!!

Sekali lagi Zikry menerima habuan daripada Zareef.

"Itu dulu, now she's mine only!! Semalam aku tak sedar. Kalau aku sedar, usik dia pun kau tak kan dapatlah!"

"So betullah dia tu perempuan simpanan kau? Maid konon!"

"Kau..."

"Tak sangka pulak taste kau dah lain. Bertutup litup, huh? Tapi kat bawah bukak!" Potong Zikry. Di akhirnya dia senyum sinis.

"Jaga sikit mulut kau!!" Zareef berang.

"Asal kau nak back-up sangat perempuan plastik tu? Dia tu lagi murah dari pelacur kau tahu tak?!"

Buk!!

"Kau jangan nak kurang ajar!!"

"Tumbuklah lagi, tumbuk! Apa yang buat kau gila sangat kat perempuan tu ha?! Ke sebab service dia bagus sangat? First class, huh? Rugi betul aku tak dapat rasa dia semalam."

"Kau ni dah melampau!!"

Zareef mula hilang kawalan. Mereka mula bertumbuk. Nasib baik Lily datang meleraikan pergaduhan.

"Hey, Zareef! Apa you buat ni?!"

"Argh, kau pun samalah perempuan!"

Lily tersentak. Zareef tidak pernah meninggikan suara dengannya.

Sebelum berlalu, Zareef sempat menyindir.

"You know what? Service dia memang special. Sebab aku sorang aje yang dapat. Tapi kau? Langgan pelacur yang dah layan ramai orang."

"Zareef!!" Teriak Lily. Sedar yang sindirin itu juga ditujukan untuknya.

TAMAT sesi penggambaran untuk hari itu, Ayu cepat-cepat mengemaskan barangnya untuk pulang. Adam awal-awal lagi sudah diambil oleh Daniel.

Memang dia sengaja ingin mengelak daripada berjumpa dengan Zareef. Selepas kejadian malam itu, Zareef sering cuba mendekatinya namun dia pula sering mengelak.

"Excuse me, you ni..."

Kerja Ayu terhenti. Wanita yang menegurnya itu berskirt pendek dengan rambut ikal mayang. Cantik. Tapi lebih cantik jika ditutup. Lily. Apa sahaha yang gadis itu buat di sini? Oh, mungkin juga dia salah satu staf Zareef.

"You maid Zareef kan? Eh, no! You perempuan sim.."

"Cik, tolong jangan buat kecoh dekat sini," mohon Ayu. Tempat itu terlalu umum.

"I ingatkan Zareef dah betul-betul berubah. Tapi lagi teruk rupanya. Sebelum ni tak pernah pula dia simpan perempuan kat rumah. You kita beruntung tahu?" Lily masih cuba memanaskan keadaan.

Banyaklah kau punya untung! Kalau kau yalah, tapi bukan aku!

"Excuse me, miss. Saya tak ada masa nak cakap pasal benda ni. I've got to go."

Baru sahaja Ayu ingin berlalu, bahunya ditahan.

"Berlagak eh? Setakat perempuan simpanan apalah sangat!"

Ayu tersentap. Lebih-lebih lagi ramai yang mula memerhatikan mereka. Ya Allah, habislah gosip nanti!

"Saya tak nak bertekak dengan cik. Saya malas!" Selamba Ayu berkata.

"You.."

"Argh!"

Kuat juga tolakan Lily sehingga membuatkan Ayu terjatuh.

"Lily!!"

Suara itu. Dua wanita itu sangat kenal dengan suara itu.

"You..." Lily cuba bersuara.

"What are you doing here? You tak patut ada kat sini!" Kata Zareef. Dia cuba membantu Ayu untuk bangun.

"I..."

"Argh..." Erang Ayu.

"Are you okay?" Soal Zareef berbaur kerisauan. Lebih-lebih lagi bila melihat kerutan di dahi Ayu.

"Sakit..."

Zareef melihat darah yang mengalir. Ayu tersentak. No, tak kanlah...

"Are you pregnant?" Bisik Zareef ke telinga Ayu. Penuh syahdu.

Ayu menggeleng perlahan sambil menahan keperitan. "I don't know..."

Tanpa membuang masa, tubuh Ayu dicempung.

"Kalau jadi apa-apa, I tak nak tengok muka you lagi!!" Tengking Zareef.

"Jadi betullah dia ni perempuan simpanan you? You dah tidur dengan dia? Dia mengandungkan anak you?!"

Dalam kesakitan, Ayu dapat lihat rahang Zareef yang bergerak-gerak. Dia. Sedang. Marah.

"Hey, kalau I nak tidur dengan dia sampai dia mengandung pun tak jadi masalahlah! Sebab perempuan ni isteri I!!"

Satu studio bertukar menjadi sunyi sepi tiba-tiba.

Lily tersentak. "Wh.. What?"

Zareef terus membawa Ayu keluar dari studio yang kembali kecoh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience