Epilog

Romance Series 58266

"Are you okay?" Tidak keruan Zareef melihat Ayu yang tenang dan sesekali memeritkan wajah di sebelahnya.

Sentuhan lembut Zareef membuatkan Ayu lebih relaks dan mengurangkan sakit yang terasa. Tidak seperti dahulu, dia terpaksa menanggung kesakitan seorang diri. Zareef menggenggam erat tangan isterinya.

"I think our baby is coming out now..." tutur Ayu kepada Zareef dengan suara yang tersekat-sekat. Sehabis daya dia cuba menenangkan diri. Tangannya juga memegang erat tangan suaminya. Meminta kekuatan dan sokongan.

Hati Zareef disiat pilu. Beginikah sakit yang ditanggung oleh Ayu tanpa kehadirannya dahulu? Atau lebih sakit? Air mata lelakinya yang hampir tumpah diseka.

"Kepala baby dah keluar, sikit lagi Ayu..." Kata bidan itu.

"Our baby is about to see us. I can see her..."
ucap Zareef kepada isterinya. Tangannya yang terasa sakit dek pautan Ayu tidak dihiraukan.

Tidak berapa lama kemudian, suara bayi yang menangis membuatkan Ayu berasa lega. Seorang lagi bayi yang dikandungnya selamat lahir ke dunia. Ayu terkulai lemah. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila melihat bayinya yang sempurna.

"Alhamdulillah, sayang... Thank you, I love you so much!" Satu kucupan hangat yang dan lama daripada Zareef hinggap pada ubun-ubun Ayu.

"Assalamualaikum, Tengku Fareez Arrasyid..." tutur Zareef. Pipi si anak diciumnya lembut sebelum mengalunkan azan di telinga kanan si kecil dan iqamah di telinga kiri anaknya.

Ayu yang memerhati menitikkan air matanya. Pemandangan yang dia tidak pernah sangka akan berlaku. Terima kasih, Ya Allah...

"CAN I have one more baby?"

Mata Ayu membulat. "Fareez tak sampai setahun pun lagi."

Zareef tersengih. Tak adalah, abang gurau aje."

Ayu menggeleng perlahan. Tersenyum dia melihat telatah si suami. Zareef sedang bermain dengan pipi Adam dan Fareez yang sedang tidur.

Sebaik sahaja Ayu selesai berpantang, mereka pulang ke Istanbul untuk sementara waktu bagi menjemput Adam. Mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menetap dan membesarkan anak-anak mereka di Malaysia. Dani dan Mummy juga boleh melawat jika mereka ke sini atau ada apa-apa urusan di Malaysia.

"Papa minta maaf, sayang. Sebab dulu papa tak sambut Adam," bisik Zareef ke telinga anak sulungnya.

"Abang..."

Zareef tahu, Ayu tidak suka apabila kisah dahulu dibangkitkan.

"Sayang dah lama habis pantang kan?" Zareef menukar topik dengan senyuman nakal. Sebelah keningnya dijungkitkan.

Pap!

"Aduh..."

Satu tamparan hinggap di peha Zareef. Tahu apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu.

Kemudian mereka sama-sama ketawa. Fareez yang mula merengek sedikit cepat-cepat ditenangkan oleh Zareef.

"I love you, sayang..." Sebuah ciuman dihadiahkannya kepada Ayu.

"I love you too, sayang..." balas Ayu.

Mata mereka bertaut. Ya Allah, kau kekallah rasa sayang ini sampai ke syurga. Sesungguhnya cinta yang halal itu sangat indah.

TAMAT 1/1/19 Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. tqvm for all supporters. sila comment pendapat anda tentang cerita ya. I love to read all your comments??. Sangat memberi semangat untuk saya menulis. Sorry sebab cerita ni memang pendek

Share this novel

Masnah
2024-11-12 23:09:13 

best, tk bagus jg pnjan sgt, lama2 bosan ,

norsila
2022-09-24 10:22:00 

dah 2 kali ni baca..hehe pendek tapi puas.. cepat abis cepat tau tamatnya..hahaha..


NovelPlus Premium

The best ads free experience