Bab 1

Romance Series 58266

ISTANBUL, 2018

Sesi fotografinya sudah tamat. Ayu keluar melalui pintu belakang. Bimbang dikejar wartawan.

"Ayu!"

"Aaa!!" Ayu terjerit.

Daniel ketawa. Seronok dapat mengenakan Ayu.

"Saya ingatkan wartawan tadi!" Kata Ayu sedikit marah. Dia mengurut dadanya.

Daniel tersengih. "Sorry."

"Adam mana?" Tanya Ayu dalam keadaan berbisik. Sememangnya selama dia dalam industri modeling, tiada siapa tahu akan kewujudan anak kecil itu.

"Ada dalam kereta," jawab Daniel. Mereka kini beriringin menuju ke kawasan parkir.

"Alone?!"

"Er.. mummy tak dapat datang." Daniel serba salah.

Mummy yang dimaksudkan ialah ibu kepada Daniel.

"Ya Allah, he's only two, Daniel!"

"Habis tu tak kan saya nak bawak dia naik? Awak nak kantoi ke?"

Daniel mengejar Ayu yang sudah mula melajukan langkah. Selendang gadis itu sedikit berterbangan ditiup angin.

Sampai sahaja Ayu terus membuka pintu kereta. Tidak berkunci. Dan mereka tergamam.

Ayu menjeling Daniel dengan tajam. "Where. Is. He?" Soalnya tegang.

"Sa.. saya.."

Tidak sempat Daniel menjawab, mata Ayu tertancap pada sekumpulan orang yang sedang berkumpuk di seberang jalan yang berhampiran. Jantungnya berdegup kencang.

Kaki melangkah laju menghampiri kawasan kejadian. Naluri seorang ibu benar-benar menguasainya kini.

"Ayu, where are you going?"

Panggilan Daniel tidak dihiraukan. Sudahnya dia terpaksa mengikuti Ayu.

"What's wrong, miss?" Ayu bertanya kepada seorang gadis berhampiran.

"There is a child that had an accident."

Jantung Ayu semakin laju berdegup. Tak kan...

Ayu terus menyelit di antara ramai orang diikuti oleh Daniel. Saat mata terlihat akan mangsa yang dikatakan, kaki terus meluru ke arah si kecil.

"Adam!!"

"He's your son?" Tanya pegawai ambulan yang bertugas.

"Yes, he's our son," Daniel yang tolong menjawab apabila Ayu masih meraung.

"I'm so sorry to say this but this is the man who.."

Ayu terus mendongak. Ingin melihat gerangan yang telah melanggar anaknya itu.

Empat iris bertemu. Masa seakan terhenti. Mereka terkaku.

Dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience