Bab 7

Romance Series 58266

Zareef melihat belakang tubuhnya melalui cermin bilik mandi. Jelas kesan cakaran yang cukup dalam dan besar. Pedih.

Argh, kenapa aku buat lagi?!

Rintihan, tangisan, rayuan dan raungan Ayu semalam bermain dalam fikirannya. Apa aku dah buat ni...

Kenapa bila dengan dia je aku mesti tak dapat kawal perasaan? Apa kau dah buat kat aku Ayu?!

"Argh!!!"

Segala peralatan mandian berterabur di lantai bilik mandi.

Beberapa minit kemudian, Zareef kembali keluar dari bilik mandi. Dia kaku di hadapan pintu. Melihat Ayu yang sedang teresak-esak dengan comforter yang membaluti tubuhnya di penjuru katil.

Perlahan-lahan Ayu dihampiri. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Sebelah Ayu.

"Kenapa... Kenapa, Zareef? Kenapa..." Soal Ayu berselang-seli dengan esakannya.

Wajah Ayu sudah basah dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.

Tanpa teragak-agak, Zareef menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Ayu meronta-ronta minta dilepaskan. Dada lelaki itu ditolak sekuatnya. Namun akhirnya dia mengalah. Dia memang tak akan mampu melawan Zareef.

"I'm sorry. So sorry," ujar Zareef syahdu.

Sedang Zareef leka, Ayu bertindak menjauhkan dirinya.

"Kenapa awak buat saya macam ni lagi? Kenapa?!"

Zareef diam. Menerima segala amarah Ayu.

"Sakit, Zareef. Sakit sangat..."

Ayu menyebak rambutnya ke belakang sebelum menyambung.

"Awak kejam! Saya benci awak!! Sampai bila kita nak macam ni...? Lepaskan saya..."

"No, Ayu. No!" Kata Zareef.

"Tapi kenapa?! Tak puas lagi ke awak seksa saya?!"

"Sebab apa yang jadi dulu membuka lembaran baru dalam hidup aku."

"Hanya sebab satu malam tu hidup saya musnah. Malam tu jugak punca kelahiran Adam! Puas hati awak?!" Ayu menengking.

"Adam tetap anak aku! Aku boleh ambil hak penjagaan dia atas tuduhan yang kau tak mampu jaga dia! Kau biarkan dia sorang-sorang masa dia accident hari tu!!"

"Awak jangan berangan!! Sembilan bulan saya mengandungkan dia, dua tahun saya jaga dia tanpa seorang suami di sisi. Hanya Dani dan mummy yang ada untuk saya. Dan Adam memang tak layak berbapakan seorang lelaki durjana macam awak ni!!"

"Ayu!"

"Tiga tahun awak langsung tak pedulikan kami. Sekarang senang-senang awak nak ambil Adam daripada saya?"

"Ayu..."

"Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Kalau betul pun ayah saya bunuh ayah awak, itu bukan salah saya!!"

Sekali lagi tubuh itu dipeluk secara paksa oleh Zareef.

"Kau tak kan faham, Ayu. Tak akan. Bila tiba masanya, kau akan tahu..."

"AYU, kenapa kau tak balik semalam? Kau tidur kat mana?"

Pertanyaan rakan-rakan sebiliknya langsung tak dipedulikan. Usai menyiapkan diri, mereka keluar ke pantai. Hari ini mereka akan mengadakan aktiviti riadah.
"Does anyone can play volleyball?" Soal Zareef kepada ahli kumpulannya.

Hanya segelintir sahaja yang mengangkat tangan. Oleh itu, Zareef mula mengajar ahli kumpulannya serba sedikit tentang basic permainan bola tampar.

Sementara dalam kumpulan yang lain, Daniel yang mengetuai.

"Are you all healthy to play this game?" Daniel sememangnya seorang yang sangat mengambil berat.

Semua mengangguk kecuali Ayu. Ainin yang menyedari perubahan rakan sebiliknya itu mula menghampiri Ayu.

"Ayu, kau okey tak ni?"

Ayu hanya diam.

Melihatkan muka Ayu yang pucat, Ainin meletakkan belakang tapak tangan pada dahi Ayu.

"Kau demam ni!" Ujar Ainin.

Tiba-tiba, Ainin ternampak pergelangan tangan Ayu yang merah.

"Ayu, kenapa ni?" Setahunya semalam Ayu baik-baik sahaja.

Ayu hanya diam. Dia benar-benar tak larat.

"Kau tak boleh join! Aku bagitahu Dani jap."

Tanpa berlengah, Ainin menghampiri Daniel sebelum membisikkan sesuatu. Daniel terus mencari kelibat Ayu.

Daniel pantas ke arah Ayu. "Ayu, awak larat tak nak jalan? Jom, kita pergi sickbay."

Ayu menggeleng.

"Ainin, boleh tak awak tolong papah dia? Sorry, sebab saya kena lead group ni," pinta Daniel sekaligus memohon maaf.

"Okey."

Baru beberapa langkah Ayu dan Ainin melangkah, Ayu sudah terkulai tidak sedarkan diri. Daniel yang dari tadi memerhati, berlari ke arah dua orang gadis itu.

"Kenapa ni?" Soal Daniel cemas.

"Ayu pengsan!" Beritahu Ainin.

"It's okay, saya angkat dia."

Baru sahaja Daniel ingin mencempung tubuh Ayu, Zareef datang mencelah.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Saya tak tahu. Semalam dia tak balik bilik. Hari ni tiba-tiba dia demam. Tangan dia pun merah. Masa dia balik pagi tadi, dia nampak lemah sangat," jelas Ainin.

Zareef terdiam seketika. Melihat perubahan wajah Zareef, tahulah Daniel yang semua ini berpunca daripada lelaki itu.

Pantas Daniel merentap kolar baju Zareef. Dia sudah tidak peduli siapa lelaki itu.

"Apa kau dah buat kat Ayu, hah?" Bisiknya.

"Yang kau menggelabah ni kenapa?" Zareef senyum sinis. Sebagai lelaki, dia tahu maksud pandangan Daniel terhadap isterinya.

"Kalau apa-apa jadi kat dia, siap kau!"

Nada masing-masing seperti berbisik. Tidak mahu didengari oleh Ainin.

"Excuse me, sepatutnya aku yang warning kau. Jangan berangan nak dapat isteri aku!"

Zareef menepis tangaan Daniel. Daniel ketawa sinis.

"Kau ni kelakarlah. Dia masih isteri kau ke lepas 3 tahun kau gantung dia tak bertali?"

"Aku masih bagi dia nafkah!"

"Ya, tapi kau kena tahu. 3 tahun dia dengan aku. Anak kau, Adam tu yang aku dah anggap macam anak aku sendiri. Aku yang jaga Ayu masa dia mengandung. Aku yang bawak dia pergi hospital. Aku yang iqamat dan azankan Adam. Aku dan mak aku yang jaga Ayu masa dalam pantang. Adam membesar dengan aku. Semua tu tugas seorang suami. Tapi mana kau masa tu?!"

Zareef tersentak.

"Just so you know, kau begitu rugi sebab tak dapat bersama Ayu dalam masa dia memerlukan dan kau patut bersyukur sebab dia masih sudi nak besarkan zuriat kau! Kau tak layak untuk jadi ayah kepada Adam dan suami kepada Ayu. Ingat tu!"

"Er... Dani? Tengku?" Panggil Ainin. Menyedarkan dua orang lelaki itu.

"Ayu ni macam mana?"

"Tengku Zareef angkat," jawab Daniel. Dia belum gila untuk melakukan perkara haram sedangkan suami gadis itu berada di sini.

Tanpa membuang masa, tubuh Ayu dicempung oleh Zareef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience