MALAYSIA, 2015
Ayu menangis teresak-esak. Selimut ditarik bagi menutupi tubuh yang terdedah. Zareef pula elok duduk di birai katil.
"Kenapa Encik buat saya macam ni...?" Soal Ayu dalam tangisan.
Zareef mengukir senyuman sinis. "Aku yang panggil pejabat agama."
"Ta.. tapi kena.. pa?"
"Sebab aku nak kahwin dengan kau. Supaya lebih mudah untuk aku seksa kau!" Zareef menjawab dengan mudah.
"Tapi sa.. ya tak ke..nal En..cik."
"But I know you! Bapak kau bunuh bapak aku!"
Zareef bangun lalu merapati gadis yang telah ditiduri secara paksa itu. Pipi Ayu dicengkam.
"Sakitkan? Tapi aku masih belum puas!"
Ayu menggeleng tidak percaya. "Tak mungkin ayah saya buat macam tu.." nafi Ayu dalam keadaan lemah.
"Kau ingat bapak kau tu baik sangat ke?"
Makin kuat tangisan Ayu.
"Ops, lupa. Bapak kau tu boleh tahan baiklah jugak sebab dia mampu didik anak DARA dia ni. Lucky me, I've got your virginity." Bisik Zareef di telinga Ayu.
Ayu memejamkan matanya. Kejadian semalam terimbas kembali. Usai akad dilafazkan, dia terus ditarik ke dalam bilik hotel ini. Sungguh dia malu untuk bersemuka dengan suaminya itu.
"Saya masih ada maruah, Encik!" Ayu cuba melawan.
Zareef ketawa jahat. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau lupa ke apa yang jadi semalam?"
Ya. Ayu merasakan bahawa dirinya begitu jijik sekali. Tiada guna lagi dia menegakkan benang yang basah. Dirinya telah kotor!
Zareef mencampakkan sehelai kertas beserta pen ke arah Ayu.
"Tulis nombor akaun kau."
Ayu enggan menurut. Untuk apa? Kertas dan pen itu hanya dipandang kosong.
"Cepatlah!"
Apabila dijerkah barulah Ayu mengikut seperti yang diarahkan.
Selesai menulis apa yang dipinta, Zareef terus merampas kertas tersebut. Dia kemudian berdiri di hadapan cermin sambil membutangkan bajunya.
"Hukuman gantung tak bertali memang sesuai untuk kau," kata Zareef tanpa nada.
Ayu tersentak. Dia pantas menggeleng. "Encik, tolonglah jangan seksa saya macam ni..."
Rayuan Ayu langsung tidak dipedulikan.
"Aku akan bank in duit setiap bulan dalam akaun kau. Tapi untuk bulan ni, aku bank in double. It's special for last night. Thanks, dear." Zareef mencuit dagu Ayu sebelum terus keluar dari bilik tanpa sedikit pun rasa bersalah.
"Encik!!"
Dan Ayu menangis seorang diri. Kata-kata terakhir Zareef berlegar di kepalanya. Tidak. Dia bukan pelacur!
Dia dapat membayangkan masa hadapannya yang gelap.
Ya Allah...
Sakit.
Share this novel
menarik. jln cerita ringkas tp padat.
menarik. jln cerita ringkas tp padat.
menarik. jln cerita ringkas tp padat.