"Dari dulu lagi saya cakap dengan awak. Mintak fasakh, tapi awak tak nak!"
Ayu meraup wajahnya. Air matanya mengalir. Kata-kata Daniel langsung tidak memberi semangat.
"Awak cakap senang. Saya yang tanggung semuanya."
"Habis tu sampai bila awak nak biarkan aje hidup awak terikat macam ni?! Adam tu perlukan seorang bapa yang boleh diharap. Zareef tu dayus! Awak pulak nak ke digelar isteri nusyuz dengan masyarakat dekat luar sana?"
"Diorang tak kan tau! Dari awal lagi saya masuk industri dengan status yang saya masih single. Malah diorang tak tau pun kewujudan Adam!"
"That's the problem! Lambat-laun diorang akan tanya jugak. Ayu, when are you going to married? Sekarang pun diorang sibuk nak korek sama ada awak dah ada boyfriend ke belum. Macam mana awak nak kahwin dengan status awak macam ni, Ayu? Awak tak nak rasa bahagia macam wanita lain ke? Awak kena ingat, Ayu. Awak model muslimah yang popular dekat satu Istanbul ni. Paparazi kat luar sana sibuk cari awak. Adam. Sampai bila awak nak sembunyikan dia? Katakanlah satu hari nanti paparazi dapat tahu pasal Adam. Sanggup ke awak nafikan dia sebagai zuriat awak?"
Ayu terdiam. Semua yang dikatakan oleh Daniel benar. Tiada satu pun yang dapat dia nafikan. Tapi apa yang dia boleh buat? Hanya meratapi nasib.
Mereka berdua senyap. Ruang tamu itu sunyi untuk seketika.
"Next week pihak production nak awak fotograf dengan model kanak-kanak untuk majalah berunsurkan keibuan. Tapi diorang tak ada model kanak-kanak lagi. Kali ni kita akan deal dengan satu syarikat rakaman dari Malaysia."
Daniel sengaja menujar topik. Tidak mahu lagi menambahkan stres Ayu.
" Baguslah. Senang sikit nak berkomunikasi nanti."
"Tapi tak tahu lagi shooting start bila sebab diorang sti tak jumpa model kanak-kanak."
"Lusa Adam check out from hospital, right?"
"Yes.." jawab Daniel teragak-agak.
"Kita jadikan Adam model."
"What?!" Jelas Daniel terkejut dengan keputusan Ayu.
"Are you serious?"
"I'm super serious!" Jawab Ayu penuh yakin.
"But why?"
Ayu mengeluh. "Kenapa saya kena shooting dengan anak orang lain sedangkan I have my own son?"
Daniel terdiam. Tapi tak lama apabila dia kembali bersuara.
"Tapi risiko untuk rahsia awak terbongkar lagi besar, Ayu."
Ayu menggeleng perlahan. "Don't ask me anything. Leave me alone."
Usai berkata Ayu terus masuk ke dalam bilik.
Daniel mengeluh. Perlahan-lahan dia jeluar dari rumah. Memang dia tidak tidur serumah dengan mummynya dan Ayu. Dia ada rumah sendiri yang tidak jauh dari rumah mereka.
"Ayu, let me introduce you with our new production from Malaysia."
Ayu hanya mengangguk. Dia mengikut langkah pembantu pengurusan di situ. Daniel di sebelah kekal sebagai personal assistantnya.
Tiba-tiba Adam yang dalam kendongan Daniel menangis. Ayu pantas mengambil Adam dari Daniel. Sejak Adam kemalangan, dia sering menangis. Namun begitu, Ayu bersyukur Adam masih selamat.
"Sh... stop crying, baby. Mama is here," bisik Ayu ke telinga anaknya itu.
"Awak dah bagi dia minum susu belum?" Ayu menyoal Daniel.
"Dah," jawab Daniel.
Mereka berbual dalam keadaan berbisik. Namun begitu, kaki tetap melangkah.
"Habis tu kenapa Adam meragam?"
"Manalah saya tahu."
Ayu terus menepuk-nepuk belakang tubuh Adam dengan perlahan. Cuba menenangkan anaknya itu.
Mereka tiba di ruang fotografi.
"Ayu, this is Tengku Zareef Arrayan. CEO of Garuda Production."
Ayu benar-benar rasa ingin rebah. Ya Allah... Daniel juga terkejut. Adam pula semakin kuat tangisannya.
"Nice to meet you."
Huluran tangan Zareef tidak disambut oleh Ayu.
Zareef menjatuhkan tangannya. Dia tersenyum. Tapi Ayu kenal senyuman itu. Senyuman 3 tahun lepas. Dia. Takut. Akan. Senyuman. Itu.
"Hey, baby. Why are you crying...?"
Ayu tergamam dengan tindakan Zareef yang mengusap pipi Adam. Namun kali ini senyuman tadi berubah. Pertama kali dia melihat Zareef tersenyum... ikhlas?
Perlahan-lahan Adam berhenti menangis.
"He's like me!" Kata Zareef memandangkan Adam menggenggam jarinya yang sedang mengusap pipi anak kecil di dalam dokongan Ayu itu. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya.
"Baby, do you want to be a model?"
Adam tersenyum.
"Good boy!"
Zareef kembali memandang Daniel dan Ayu. "Esok kita start shooting. I want Adam to be my model."
Sebelum beredar, Zareef membisikkan sesuatu di telinga Ayu.
"His eyes are so beautiful."
Ayu tergamam.
Bodoh kau, Ayu! Anak mata Adam yang berwarna brown itu diperoleh daripada Zareef! Itu sudah cukup menjelaskan segalanya. Tidak perlu Zareef beritahu kerana Ayu sudah tahu akan warna anak mata Zareef. Semuanya kerana renungan tajam Zareef pada malam itu.
Air mata Ayu bergenang. Sebaik sahaja Zareef berlalu, Adam kembali menangis.
Daniel hanya merenung Ayu di sebelah. Dia tahu tidak guna dia berkata sekarang. Biarlah Ayu tenang dahulu.
Share this novel