Bab 12

Romance Series 58266

"Alhamdulillah, the baby is safe."

Respon yang langsung tak disangka oleh Ayu. Dia telah dipeluk dan ubun-ubunnya dikucup oleh Zareef.

Gembirakah Zareef dengan kandungan ini? Ayu pula tidak sampai hati untuk mengeluh. Itu bermakna dia tidak rela dengan takdir Allah. Dia benar-benar buntu. Ini bermakna, ada satu lagi perkara yang mengikat mereka. Dan anak ini juga wujud tanpa kerelaannya.

"Adam..."

Daniel yang menghampiri mematikan memori semalam. Adam sudah pun berada dalam dukungan Zareef.

"Mummy mana?" Soal Ayu yang masih tersandar di katil hospital.

"Mummy tak dapat datang. Ada hal," jawab Daniel.

Ayu mengangguk.

"Adam tahu tak Adam dah nak dapat adik?"

Pertanyaan Zareef itu menyentakkan Daniel. Adam ketawa kecil. Seolah-olah mengerti.

"Awak... mengandung?" Daniel tergagap.

Ayu menunduk. Tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan.

Suasana hening. Daniel yang faham, meminta diri.

"Pa...pa..."

Ayu tersentak. Adam direnung tidak percaya.

Zareef tersenyum lebar. "Masa I jaga dia, I ada ajar dia panggil I papa."

Ayu hanya diam.

"Sebelum ni apa je yang dia boleh cakap?" Soal Zareef. Berminat untuk mengenali anaknya dengan lebih dalam. Sudah lama dia mengabaikan Adam.

"Mama," jawab Ayu sepatah.

"Lagi?"

"Susu."

"Lagi?"

"Bonda."

"Siapa bonda?" Soal Zareef lagi.

"Mummy," Ayu sabar menjawab.

Zareef mengangguk.

"Itu je?" Dahi Zareef berkerut. Sedikit kurang percaya. Kalau begitu, lambat juga anaknya bercakap.

"Daddy."

"Daddy?" Semakin berkerut dahi Zareef.

Ayu baru menyedari akan keterlanjurannya.

"Da.. Dani.." Jawab Ayu teragak-agak.

Wajah Zareef sedikit berubah. Agak terkilan. Namun dia cepat-cepat menepis perasaan itu. Daniel yang menjaga Adam sebelum ini.

Tiba-tiba Ayu menekup mulutnya.

"Kenapa?" Zareef cemas.

Ayu tidak menjawab. Sebaliknya dia turun dari katil. Bergegas ke toilet. Namun pergerakannya agak terbatas sementelah keadaannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam toilet, dia muntah di singki.

Zareef mengekori Ayu sambil masih mendukung Adam. Belakang tubuh isterinya itu diusap perlahan dengan sebelah tangan.

"Are you okay?"

Soalan pertama yang terpacul di bibir Zareef selepas Ayu kembali ke katilnya.

Ayu mengangguk. Dari dia sedar semalam, dia kerap muntah-muntah.

"Dulu pun you macam ni ke?"

"Huh?" Ayu tidak memahami arah tuju soalan Zareef.

"Maksud I, masa you pregnantkan Adam dulu you selalu muntah-muntah macam ni jugak ke?" Jelas Zareef.

"Tak sangat. Cuma kali ni je I rasa alahan I lebih teruk," jawab Ayu perlahan.

Zareef senyum kecil. "Maybe sebab Adam tahu yang masa tu papa dia tak ada untuk jaga mama dia. Kan Adam?"

Adam senyum.

"Kali ni baby dalam tu tahu yang papa dia ada. Tu yang buat perangai," sambung Zareef. Kali ini dia memandang Ayu pula.

Ayu menunduk. Tidak selesa apabila Zareef menjadi terlalu prihatin. Dia keliru dengan Zareef. Kadang baik, kadang baran. Apa kena dengan lelaki itu sebenarnya?

"Bagilah Adam tu kat I. Susahkan you pulak. Kena tengok-tengokkan I, nak jaga Adam lagi," ujar Ayu.

"Apa yang susahnya? Dua-dua anak I. You dah bersusah payah mengandungkan anak-anak I."

Ayu tergamam dengan kata-kata Zareef.

AKIBAT kejadian di studio tempoh hari, sekejap sahaja gosip hangat keluar.

FAMOUS MODEL, AYU IS ACTUALLY MARRIED.

Di Malaysia pula,

TENGKU ZAREEF ARRAYAN MENGANDUNGKAN SEORANG MODEL ANTARABANGSA.

Ayu berkurung dalam bilik. Langsung tidak menghadari mana-mana penggambaran lagi. Puas dipujuk oleh mummy dan Daniel tetapi masih begitu.

Tok! Tok! Tok!

Ayu tidak menjawab ketukan itu. Dia membiarkan sahaja. Mengapa semua orang tidak memahaminya?

"Ayu, I ni."

Ayu kenal suara itu. Zareef. Pasti Mummy memanggil lelaki itu untuk memujuknya. Argh!!

"You tak kesiankan Adam? Dah berhari-hari dia nangis rindukan you. You tak kesiankan baby kita? You dah lama tak makan."

Air mata Ayu mengalir. Baby kita. Anaknya. Jika dulu dia boleh bertahan demi Adam kenapa tidak sekarang? Dia juga harus menjaga bayi ini!

Perlahan-lahan dia bangkit dari katil. Pintu bilik dibuka. Terjengul wajah Zareef dan Adam yang sedang menangis.

Maafkan mama, sayang.

Baru sahaja dia ingin mengambil Adam, dia telah dihalang oleh Zareef.

"You kan tengah pregnant."

Ayu yang tadinya ingin marah tidak jadi. Sudahnya dia hanya mampu mengusap dan mencium wajah anaknya itu.

Betul juga kata Zareef. Takkanlah dia ingin mendukung Adam yang sudah berusia dua tahun?

Zareef mengelus pipi Ayu untuk menghilangkan sisa tangisan itu.

"Kenapa dengan you ni?" Soal Zareef dengan lembut.

Ayu hanya diam.

"You menyesal mengandungkan anak I ke?"

Zareef berharap agakannya itu salah sama sekali. Entah mengapa hatinya akan terguris andai Ayu mengiakan.

Serta-merta tangan Zareef ditepis. "Apa you cakap ni? Baby ni tak bersalah!"

"Good. I nak kita sama-sama besarkan baby ni."

Ayu senyum sinis. "Lepas tu senanglah you nak minta hak penjagaan lepas bercerai nanti kan?"

Zareef tersentak. "Apa you cakap ni?"

"Tak betul ke apa I cakap? Sebelum ni pun you nak hak penjagaan Adam. I tak fahamlah dengan you ni. You boleh aje kahwin dengan perempuan lain and dapat anak. Jangan ambil anak I! Malah you tak payah sentuh I pun!"

Ya Allah, dulu tu dia hanya mengugut agar Ayu tidak membangkitkan soal cerai! Zareef menghela nafas. Dia harus bersabar. Tadi mummy ada berpesan yang emosi wanita hamil memang sensitif. Tidak baik untuk ibu dan anak.

"You sedar tak apa you cakap ni? Kalau I tak sentuh you, baby ni tak kan wujud. Yes, I mengaku memang silap I sebab paksa you. Tapi I tak boleh putarkan masa balik."

Hati Ayu jadi sejuk serta-merta. Ini adalah intonasi paling lembut yang pernah Zareef gunakan padanya. Adakah sekadar untuk memujuk?

Ayu mengeluh. "I... I don't know what's wrong with me."

"I know what's wrong with you," balas Zareef pantas.

Ayu memandang Zareef dengan penuh tanda soal.

"Baby dalam perut ni rindukan papa dia."

Ayu terkejut apabila Zareef menyentuh perutnya.

"Jom, makan. Kesian adik kan, Adam? Mesti dia lapar."

Adam sudah berhenti menangis.

Tanpa membuang masa, Zareef memimpin Ayu ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience