Ayu duduk di kerusi hospital. Daniel meraup wajahnya. Perasaan bersalah begitu menggunung. Ini semua silapnya.
Ayu yang menangis teresak-esak ditenangkan oleh mummy. Belakang tubuh Ayu diusap lembut.
"Sabarlah, Ayu. InsyaAllah Adam selamat."
Namun kata-kata semangat itu langsung tidak mampu meredakan perasaan Ayu.
"Ayu, I'm so sorry.." ucap Daniel perlahan.
Ayu diam. Tidak memberi respon. Membuatkan Daniel semakin tidak tenteram.
"Ayu, tak kanlah saya sengaja nak biarkan Adam terlepas macam tu. Saya sayang dia. Saya yang azankan dia."
Mendengar luahan Daniel membuatkan tangisan Ayu makin kuat. Ya, dia tahu. Selama dia di sini, Daniel dan mummylah yang banyak membantunya.
"So, the child is your son?"
Tiba-tiba ada satu suara menyampuk.
Mummy dan Daniel melihat empunya suara. Ayu pula kekal menunduk. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki itu. Ya Allah, dugaan apa lagi yang kau berikan ini...
"Yes," jawab Daniel dengan yakin.
Lelaki itu mengangguk perlahan. "Tak sangka kau seliar ni."
Demi mendengar kata-kata lelaki itu, Ayu terus berdiri. Bersedia menentang lelaki itu.
"Apa encik cakap ni?" Ayu bertanya dengan suara yang serak.
"Kau lupa ke yang kau tu masih.."
"Not here!" Pintas Ayu.
Tanpa mendengar amaran Ayu, lelaki itu menyambung.
"Aku bank in duit setiap bulan dalam akaun kau. Kau masih terikat dengan aku!" Suara lelaki itu sedikit tinggi.
"Jadi leraikan ikatan tu sekarang!" tengking Ayu.
Mummy dan Daniel tersentak. Masih tidak memahami apa yang berlaku.
Lelaki itu senyum sinis. "Kau lupa ke yang kau tengah bercakap dengan Tengku Zareef Arrayan?"
"Saya tak pernah lupa. Dan saya tak mungkin lupa lelaki durjana macam encik ni!"
"Kalau aku ni lelaki durjana kau tu perempuan murah!!"
Pang!
Zareef memegang pipinya yang pijar.
Ayu tergamam. Tidak sangka dirinya akan bertindak sedemikian.
Zareef senyum penuh makna. "Terima kasih untuk sentuhan ni. Masih tak berubah dengan rasa sentuhan pertama kita yang dulu."
Air mata Ayu semakin lebat. Jijik! Dia tidak mahu mengingati peristiwa itu.
"Bila aku ingat balik malam tu..." Zareef memintal hujung selendang Ayu.
"Aku terfikir."
Ayu mengelak. "Don't touch me again!" Katanya dengan perlahan tetapi tegas.
Zareef ketawa kecil. "Betul ke budak dalam tu anak lelaki tu?" Tanya Zareef sambil menjeling Daniel.
Ayu tersentak. Tak! Dia tak boleh tahu. "Adam anak saya!"
"Dia ber-bin kan siapa?"
Ayu terdiam. Tekaknya rasa berpasir.
"See? You can't answer it, darling.." Zareef menyentuh pipi Ayu.
Ayu memejamkan mata apabila merasakan nafas Zareef begitu hampir dengan wajahnya. Kejadian malam itu kembali berlayar dalam ruang fikiran. Pantas dia menjauh.
Zareef ketawa kecil. "Kau mesti tak boleh lupa sentuhan aku kan?"
Ayu memalingkan wajahnya. Dia malu.
"Tak perlu malu, sayang.. Aku dah tengok semuanya." Bisik Zareef.
"Pergi!" Halau Ayu.
"Okay. Tapi dengan satu syarat."
Ayu memandang Zareef. Berdebar mendengar kata-kata yng selanjutnya.
"Aku nak buat ujian DNA."
"No!" Laju Ayu membantah.
"Hey, kenapa takut sangat ni sayang...? Adam is not my son, right?" Zareef memprovok isterinya itu.
"Pergi, encik! Tolonglah pergi..." Ayu merayu.
Zareef akhirnya akur. Dia berlalu dengan senyuman sinis. "Bye, darling..." Pipi Ayu dielus sebelum Ayu menepis tangannya dengan kuat.
Sebaik sahaja Zareef berlalu, Ayu jatuh terduduk. Tidak lama kemudian esakannya kedengaran.
Daniel datang menghampiri. Bahu Ayu disentuh.
"Si.. siapa tu, A..yu?" Tergagap dia bertanya. Berharap apa yang dia sangkakan tidak benar.
Ayu menggeleng perlahan. "Dia.."
Daniel sabar menanti. Mummy juga datang mendekati.
"Dia papa Adam.."
Share this novel