Zareef berdiri di hadapan grill rumah mummy. Tempat isterinya menginap.
Mummy datang bersama Adam.
"Ayu mana?" Soal Zareef sambil mencubit-cubit pipi Adam.
"Dia..."
"Dia berkurung dalam bilik lagi ke?" Tebak Zareef.
"Tak..."
"Habis tu?"
Mummy serba salah. Membuatkan Zareef tidak sedap hati.
"Mummy, Ayu pergi mana?"
"Ma.. Malay.. sia."
"Ha?!"
Bergema satu tingkat apartment itu dengan suara Zareef.
"It's not funny, mummy!"
"Betul, dia balik Malaysia.."
"Bila?!"
"Baru je on the way tadi."
"Kenapa tak bagitahu Zareef?!"
"Dia minta Zareef izinkan pemergian dia. Mungkin dia akan balik Istanbul semula, mungkin juga tak. Dia cakap lagi, Zareef boleh lepaskan dia lepas dia bersalin."
"No!"
Tanpa membuang masa, wajah Adam dikucup bertalu-talu sebelum dia berlari ke arah lif.
SELEPAS Ayu berjalan ke tempat duduknya setelah kembali dari lavatory.
"Er, excuse me..."
Bahu seorang penumpang yang duduk di sebelah tempat duduknya ditolak sedikit. Badan itu tertutup dengan selimut dari atas ke bawah. Entah lelaki entah perempuan.
"Excuse me, I wanna get in..."
Kakinya pula yang Ayu tepuk beberapa kali. Lama sangatkah dia di lavatory tadi sampai orang itu tidur nyenyak sekali?
Ayu malas menunggu lagi. Dia cuba juga untuk masuk. Menyendeng penuh susah. Tempatnya di sebelah tingkap, orang itu pula di tempat duduk kedua.
Elok sahaja Ayu angkat kaki untuk melangkah kaki pemumpang itu, terasa pinggangnya dipeluk hingga dia terhatuh ke atas riba orang itu.
Tidak sempat menjerit, mulut Ayu sudah ditutup. Membuntang mata Ayu. Mungkin inilah balasan atas dosanya sebagai seorang isteri.
Dalam hati dia berdoa agar ada kru kapal terbang yang lalu. Kerusi sebelah kosong. Penumpang pula ramai yang tidur.
Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi pegangan itu sangat kemas hingga badan mereka rapat. Nak berpaling tapi Ayu tetap tak mampu memandangnya.
"Izinkan pemergian you dan ceraikan you lepas bersalin?"
Ayu terkaku. Zareef...
"Dua-dua I tak kan buat!" Tegas sekali suaranya.
Zareef semakin mengemaskan pelukannya. Menjadikan mereka sangat rapat. Hidung hampir berlaga. Dada memainkan alunan yang tidak menentu. Mata bertentang mata.
"Kalau dulu I tak ada masa you pregnantkan Adam, sekarang I nak bersama you masa you pregnantkan baby kita. I want to take care both of you. I nak jaga you masa dalam pantang, I nak teman you masa melahirkan, and I nak azankan baby kita. I nak faham macam mana kesakitan yang you alami sebelum ni. Tanpa I dan I sebagai punca. I'm sorry, Ayu. So sorry..."
Ayu benar-benar tergamam. Tiada suara yang mampu keluar.
"Bagi I peluang tu, Ayu..."
Syahdu sekali kedengaran di telinga Ayu. Matanya terpejam. Air mata Ayu menitis.
Perlukah dia mempercayai lelaki ini? Lelaki yang telah menzaliminya?
Apa muslihat awak, Zareef? Rintih hati Ayu. Jangan buat saya sayangkan awak.
"Please, I'm begging you..."
Tengku Zareef Arrayan merayu padanya? Seorang wanita yang dianggap pelacur? Adakah Zareef hanya menumpang rahimnya untuk membesarkan benih lelaki itu?
Siapa dia di mata Zareef?
Share this novel